12

18.6K 1.9K 366
                                    

Baihaqi terlantar tidak sedarkan diri ditatap sayu. Hari ini sudah tiga hari Baihaqi koma. Dan sepanjang itu Aqib kesunyian dan buntu sendiri. Tak lama lagi Hessa akan dikeluarkan hospital. Rumah yang mereka tiga beradik huni selama ini sudah tak selamat untuk dihuni lagi.

Aqib sendirilah yang harus cari rumah baru untuk pastikan adiknya selamat. Mujurlah ada Seif. Sedikit sebanyak beban mengejutnya dibantu lelaki itu. Seif cakap lepas Hessa keluar dari hospital dia akan mulakan urusan perkahwinan mereka. Setakat ini Hessa masih belum tahu tentang keputusan Aqib dan Seif. Aqib terlalu takut untuk mula memberitahu semua itu kerana dia sendiri masih ragu-ragu dengan keputusannya.

Satu keluhan berat terhembus dan Aqib tatap tangan abangnya. Perlahan-lahan tangannya bergerak mencapai tangan itu. Wajah pucat Baihaqi ditatap sayu.

"Abang..."

"Kalau kau bangun nanti, kau jangan marahkan aku. Aku sorang-sorang kat sini. Aku tak tahu nak buat apa. Aku buntu." Aqib ketap gigi. Dia tunduk hingga rambutnya jatuh ke dahi.

"Aku fikir aku dah jadi askar, aku kuat. Aku fikir aku tak akan merengek macam ni lagi depan kau. Tapi aku sebenarnya masih lemah. Aku tak berani hadap semua ni sendiri tanpa kau.

"Maafkan aku... Maafkan Aqib, abang." Tanpa sedar air mata Aqib mengalir ke pipi.

"Aku selalu takut. Takut hilang kau. Takut hilang Hessa. Sebenarnya aku paling lemah antara kita. Aku tak berguna dan selalu harapkan kau untuk semua benda. Dalam keadaan macam ni pun aku tak boleh bertegas dengan kemahuan aku dan tunduk pada pertolongan orang."

"Aku tak boleh bantu diri aku sendiri. Macam mana aku nak bantu kau dan Hessa?"

"Jadi, nanti kau sedar. Tolong maafkan aku. Aku buat semua ni sebab aku tak mampu sendiri... Seif boleh jaga Hessa lebih baik daripada aku."

Setelah segala perkara terbuku di hati diluah. Aqib tarik nafas panjang. Dia tarik tangan Baihaqi lalu di bawa ke dahi. Tiada apa yang dia harapkan sekarang. Dia cuma berharap Baihaqi bangun dan sembuh secepat yang mungkin.

Hidupnya tak ada makna lagi kalau Baihaqi tiada...

Bunyi pintu dikuak buat Aqib alih pandangan lantas ulas matanya menangkap susuk Doktor Afya dan beberapa orang jururawat di muka pintu.

"Awak ada kat sini?"

"Tak lah. Saya ada atas bumbung. Jenguk abang saya pakai niat." jawab Aqib selamba sambil dia bangun memberi ruang untuk doktor untuk memeriksa abangnya.

Mata Afya mengecil.
"Ololo pandainya awak. Nah lollypop. Pergi keluar." Afya keluarkan lollypop dari poket jubahnya lantas dihulur kepada Aqib.

"Tak nak. Mak saya cakap, kalau orang kasi gula-gula, jangan ambil. Nanti kena culik."

Jururawat-jururawat bersama doktor Afya sudah mengemam bibir masing-masing menahan diri dari meletus tawa mendengar perbalahan mulut dua orang itu.

"Orang besar gedabak macam awak ni, kalau culik apa je yang laku?" Afya sudah malas mahu melayan.

"Ish doktor Afya. Janganlah tanya macam tu. Malulah saya."

Tak semena-mena mengekek jururawat-jururawat yang ada di belakang Afya.

Afya pula menjenggil mata memandang Aqib buat-buat tersipu dengan soalan bodohnya. "Patutlah abang awak tak bangun-bangun. Mesti dia penat kan layan perangai awak ni."

"Betullah tu. Saya pun penat dengan perangai saya. Apapun, terima kasih. Saya keluar dulu." Selamba Aqib capai lollypop dari tangan Afya lantas berlalu pergi.

Afya pula mendengus sambil dia geleng kepala. Abang dengan adik sama je. Dua-dua buat sakit kepala.

•❉᯽❉•

SEIFWhere stories live. Discover now