*Chapter ini terlalu panjang. Jika ada typos boleh komen. Nanti saya betulkan. Thank you in advance!
SEWAKTU kakinya melangkah masuk ke ruangan itu, jelas Baihaqi dengar bualan-bualan kosong orang di situ. Matanya meliar memandang sekeliling kemudian matanya mengerling lelaki di sebelahnya. Dia lihat senyum sederhana di bibir Seif. Entah apa yang dia bahagiakan sangat.Saat Baihaqi dan Seif melintasi satu meja diskusi, dia lihat tiga orang pekerja perempuan sedang berborak santai sambil menikmati makanan ringan.
"Ya. Kafe kat dah naik harga. Lunch nanti kita..." Tak jadi seorang pekerja habiskan ayat. Bahunya ditepuk-tepuk hingga dia menoleh ke belakang lantas terlopong dengan mata membulat memandang Seif dan Baihaqi.
Seif dengan wajah bersahaja dan Baihaqi pahit manis sahaja senyum yang dia lempar pada orang-orang itu.
"Tu-tuan Seif! Selamat pagi." Air liur diteguk. Laju-laju si pekerja perempuan itu menghampiri bos sambil dia selit rambut ke belakang telinga. Jelingan manja dilempar pada Baihaqi yang sudah tak beriak wajahnya.
"Maaf ganggu, Tolong sediakan air..." Seif pandang Baihaqi. Sahabatnya itu baru sembuh dari pembedahan, jadi kopi tak bagus untuk dia.
"Kopi untuk saya dan tea untuk dia." Seif tunjuk Baihaqi di sebelahnya.
Laju sahaja pekerja perempuan itu mengangguk kepala. "Saya akan buat!"
"Eh! Kau kan nak makan! Biar aku buat!"
"Tak payah. Aku buat, kau mana tahu buat air."
Bergaduh pula tiga perempuan itu semata-mata berebut nak buat air.
"Kan bagus kalau korang berebut nak buat kerja macam ni." Sempat Seif memerli sebelum dia beredar diikuti Baihaqi.
Gulp! Tiga-tiga terdiam lalu terkedu. Ah! Itulah, siapa suruh santai sangat. Kan dah kena perli dengan Tuan Seif!
"Ini office kau mulai sekarang." Seif tolak satu pintu dan menunjuk satu ruang sudah kemas dan dihias menepati selera seorang Baihaqi.
"Nepotism" perli Baihaqi. Kerana jawatan diberi kepadanya sekarang bukan sekadar jawatan biasa yang boleh dilantik Seif sesuka hati selain lelaki itu perlu dapatkan kelulusan ahli lembaga pengarah.
Seif tiba-tiba ketawa kecil. "Kalau cakap pasal nepotism. Aku pun bekerja atas unsur nepotism keluarga aku. Syarikat ni milik arwah atuk aku, kemudian ayah aku yang ambil alih dan sekarang aku yang sambung sebagai ceo. Tapi sebagai orang yang dah bertanggungjawab atas usaha orang lain, aku lantik kau sebab kau layak."
Seif henyak punggung di atas sofa. "Macam main catur, kita takkan letak chess di dalam sesetengah petak tanpa tujuan. Semuanya ada strategi sendiri. Jadi aku harap kau tak anggap lantikan kau ni ada unsur nepotism. Kau layak. Kau dah ada jawatan bagus di dalam bank, tempat kerja lama kau, sekarang kau cuma upgrade life kau daripada pengalaman yang kau dah ada." Terdengar seperti memujuk.
YOU ARE READING
SEIF
RomanceBermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.