15

11.6K 1.6K 133
                                    

Bunyi pintu bilik air dikuak, lantas keluar si Hessa yang sudah siap berpakaian baju pajamas warna merah jambu dengan tuala tersangkut di bahu. Tengok dari gaya, rambut sudah siap dikeringkan dan disisir sekali.

Setelah itu, Hessa masukkan tuala ke dalam bakul dan dia pandang Seif sekilas. "Tuan Seif buat apa? Diam je," soal perempuan itu penuh lagak tenang sebelum dia bergerak ke arah meja menempatkan pelbagai produk kulit yang disediakan pembantu Seif tadi.

"Tengok Hessa," jawab Seif serangkap. Dia lihat Hessa ralit menilik produk penjagaan kulit sebelum perempuan itu capai satu botol lalu isinya dituang sedikit di atas tapak tangan.

"Tuan Seif nervous eh?" Tak bersalah Hessa aju soalan itu lantas membuat Seif hambur tawa kecil.

Seif bangun dari katil dan melangkah merapati gadis yang sekarang sah bergelar isterinya. Kepala tunduk sedikit menilik wajah itu. Tangan naik bersilang di dada.

"Kenapa saya perlu nervous?" soalnya.

Hessa dongak.

Wajah polos itu membuat Seif terfikir; apakah yang ada dalam benak gadis itu sekarang? Apakah definisi malam pertama bagi Hessa hingga gadis itu dapat bersikap sesantai ini? Adakah dia terlalu terdesak ingin mempunyai suami dan menjadi isteri hingga dia menjadi seperti ini?

"Yelah, first time Tuan Seif tidur sekali dengan perempuan. Atau... Tuan Seif dah pernah tidur dengan perempuan lain sebelum ni?" Mata Hessa menyipi. Entah kenapa dia rasa mahu marah dengan sangkaannya sendiri.

"Kalau ya? Hessa menyesal?" soal Seif kembali.

Dapat dilihat dengan jelas raut wajah putih bersih itu berubah kelat. Hessa letak kembali botol produk di atas meja dengan kasar. Kemudian, dia palingkan tubuh membelakangi Seif dengan bibir munggil itu sedikit muncung ke depan.

"Hessa tak menyesal..." Tiba-tiba dia beesuara.

"Hessa cuma marah," sambungnya.

"Marah?" Seif menarik lengan Hessa, memaksanya untuk kembali menghadap dirinya. Botol krim untuk memulihkan kesan parut, yang Hessa telah letakkan sebelumnya, kini kembali dicapainya.

"Yelah, Hessa hanya untuk Tuan Seif. Tiada lelaki lain, tapi Tuan Seif dah buat Hessa berkongsi dengan perempuan lain. Tak adillah!" 

Tersungging senyum di bibir Seif mendengar omelan Hessa. "Berkongsi? Nampak macam menarik idea Hessa."

"Tuan Seif!" Hessa kecil mata.

Seif tergelak lagi. Tangan bergerak perlahan-lahan mengusap parut kelar di leher isterinya. Matanya fokus di situ, agak lama sebelum Hessa menolak tangan Seif di lehernya. Anak mata hitam Seif terus terangkat memandang wajah itu.

"Sakit lagi?" soal Seif perlahan.

"Geli."

"Oh..." Seif pandang botol krim menghilangkan parut di tangan.

"Kalau saya sapu krim hilangkan parut ni sekejap, boleh?"

"Boleh." Baru seperti itu, Hessa sudah rasa gugup.

"Angkat." Seif tolak dagu Hessa dengan tangannya hingga Hessa mendongak. Setelah itu dia picit krim di dalam botol ke atas tapak tangan. Kemudian perlahan-lahan Seif sapu krim ke leher isterinya.

"Hessa tak suka leher Hessa sekarang. Berparut dan buruk." ujar Hessa tiba-tiba.

"Tak apa. Saya suka." Tenang Seif menjawab buat mata Hessa meluas sejenak.

Bergerak leher Hessa meneguk air liur hingga tangan Seif dapat menangkap gerakan itu. Seif tersenyum geli sebelum matanya jatuh melihat bahagian dada Hessa sedikit terdedah. Tak semena-mena senyum di bibir Seif mati dan dia berhenti menyapu krim di leher isterinya

SEIFWhere stories live. Discover now