10

16.7K 1.7K 283
                                    



"MARI, saya tolong bawakan Hessa ke bilik." Dari duduk bercangkung di hadapan gadis itu, Seif berdiri dan dia hulur tangan kepada Hessa. Gadis itu mendongak, kelihatan bingung sekejap dan perlahan-lahan dia angkat tangan meletak telapak tangan di atas telapak tangan Seif.

"Saya tak boleh jumpa Abang Bai lagi?" soal Hessa sedikit pilu. Dia nak jumpa Baihaqi. Dia mahu melihat keadaan Baihaqi dengan matanya sendiri, barulah dia boleh merasa lega untuk rehat dan tidur.

"Tak ada sesiapa boleh jumpa Bai lagi. Saya pun nak jumpa dia kalau boleh tapi buat masa sekarang, biar doktor jalankan kerja dia. Kita sabar dan tunggu semuanya selesai." Seif senyum sebelum dia tunduk sedikit mencelup tangan ke bawah lipatan lutut Hessa. Sebelah lagi Tangan dia rangkul bahu gadis itu lantad dengan mudah tubuh kecil Hessa dicepung.

Awalnya Hessa sedikit terkejut kemudian dia diam merelakan. Mungkin sudah terbiasa didukung Seif seperti anak kucing. Lagipun, dia tiada tenaga untuk meronta dan menolak pertolongan lelaki itu.

"Abang Bai baik-baik je kan?" Hessa lentok kepala di dada Seif. Di kepalanya dipenuhi Baihaqi sahaja. Cemas, takut dan rindu bercampur baur.

Seif diam sejenak. Dia tiada jawapan. Tapi jangan berani kau mati lagi, Baihaqi. Jangan tinggal adik kau yang polos ni terkontang-kanting macam ni.

"Dia kuat. Jangan risau." jawab Seif ringkas.

Masuk sahaja ke dalam bilik wad Hessa, perlahan-lahan Seif baringkan tubuh itu di atas katil. Di kesempatan itu dia tilik wajah gadis sembilan belas tahun itu sejenak. Bibir Hessa yang selalunya bewarna merah jambu berubah warna tampak sedikit pucat. Wajah yang selalu bercahaya di hadapannya selama ini sudah malap cahayanya. Redup dan pudar.

"Saya akan pastikan Baihaqi akan baik-baik je. Jadi Hessa rehat dan serahkan semuanya pada saya. Jangan fikir bukan-bukan." Seusai merebahkan badan Hessa dengan penuh berhati-hati, Seif tarik tangannya dari bawah belakang tubuh Hessa sebelum ia tangannya berhenti bergerak di jemari Hessa. Tunak mata yang jatuh merenung jari runcing gadis itu.

Jari-jemari Hessa digenggam, dan Seif angkat kembali bola mata hitamnya membalas tatapan lesu Hessa.

"Saya boleh rehat?" soal Hessa. Lemah sahaja suaranya.

Seif senyum dan dia dekatkan tubuhnya. Tangan di jari Hessa dia tarik lantas mengusap lembut kepala gadis itu. "Hessa sepatutnya rehat tapi jangan rehat lama sangat. Saya masih perlukan Hessa."

Hessa cuba tersenyum walaupun kelihatan pahit. Matanya sudah layu lagi-lagi usapan tangan Seif di kepalanya sungguh hangat dan nyaman buat dia makin selesa memejamkan matanya. "Sweet dream, Hessa."

Setelah Hessa kembali terlelap, Seif tarik kerusi rehat lantas di letak tepat di sebelah katil perempuan itu. Dia tidak tahu nak ke mana malam ini. Mahu menunggu Baihaqi, doktor dah awal-awal beritahu yang dia tak dapat melihat lelaki itu lagi buat masa ini.

Beberapa ketika Seif peluk tubuh merenung gadis yang sudah lena itu, pintu wad dibuka dari luar.

"Seif?" Suara Afya kedengaran.

"Afya, tolong pasang balik air drip Hessa."

Dengar sahaja permintaan Seif, Afya terus meluru masuk menilik tangan Hessa.

"Macam mana boleh tertanggal?" soalnya.

"Tolong buat pelan-pelan. Jangan kejutkan dia. Saya baru tidurkan dia." Terus terpesong ke tepi kepala Afya dengan kerutan melihat riak bangga lelaki itu setelah menutur ayat terakhirnya. Berlagak macam dia tidurkan bayi umur 9 bulan.

"Awak ingat dia budak kecil ke?" Kecil besar Afya pandang Seif sekarang.

"Saya dah tak anggap dia budak kecil. Hessa dah dewasa. Kenapa?"

SEIFWhere stories live. Discover now