16

11.5K 1.6K 181
                                    

Aqib sudah kembali bertugas minggu lalu. Sekarang Hessa tinggal di villa Seif. Walaupun sudah bergelar isteri Seif Yazeed, sungguh sukar mahu meluang masa dengan suami sendiri. Siang Seif bekerja. Pulang dari kerja Seif akan terus ke hospital untuk menjenguk Baihaqi.

Seif lebih sibuk daripada Baihaqi dan Aqib. Seingatnya sesibuk mana Baihaqi, lelaki itu masih ada masa buatnya. Begitu juga Aqib. Hessa tak pernah rasa tersisih mahupun kesunyian.

Pernah Hessa luah dia sunyi dan minta Seif lebihkan masa buatnya. Tapi jawapannya...

"Saya bukan Baihaqi. Saya Seif, Hessa. Saya sangat sibuk, berganda-ganda lebih sibuk daripada Baihaqi. Saya ketua perniagaan dan saya ada banyak perkara yang saya harus uruskan."

"Tapi Hessa jangan risau, kat villa ni ramai orang yang boleh temankan Hessa. Hessa tak akan sunyi. Dan saya akan cuba untuk cari masa buat Hessa juga." Seif usap pipi Hessa lantas dia pergi begitu sahaja.

Hessa mengeluh. Dia tak tahu ke? Semua orang kat villa ni macam manusia robot. Tak ada seorang pun boleh buat geng! Hessa ajak borak mereka layan sekejap dan terus sibuk dengan urusan lain. Ada yang tak berani langsung dekat dengan Hessa.

Rafa pun sama. Bercakap pun macam robot. Dia nak berseloroh pun tak ada mood. Haih, Tuan Seif ni memang ambil pekerja spesen macam dia ke? Bekerja macam robot. Lama-lama macam ni, dia pun boleh jadi robot. Robot rosak.

"Puan."

Panjang sungguh umur dia. Hessa peluk tubuh dan berpaling memandang Rafa. "Ya?"

"Tadi datin ada call..."

Hessa kerut dahi. Datin? Sejak bila dia ada kenalan datin-datin ni? Datin Juwita? Datin Fatnim? Ish sejak bila kawan kantin dia tu jadi datin.

"Dia jemput puan datang minum petang rumah dia."

"Datin mana ni?"

"Maaf, Datin Aiza." Rafa menunduk wajah.

"Oh... mama!" Mata Hessa tiba-tiba bersinar teruja. Jangan-jangan mama nak ajar dia jadi menantu kesayangan dia? Sejak dia kahwin dengan Seif dia tak ada dengar khabar tentang mentuanya. Tiba-tiba hari ini Datin Aiza jemput dia minum petang di rumah mereka. Ini pentanda baik. Mungkin mama mahu mulakan hubungan damai dengan dia walaupun awalnya agak tak berkenan dengan menantu sendiri.

Hessa sudah senyum-senyum sendiri.

"Puan nak pergi?" soal Rafa.

"Ish! Mestilah pergi. Tuan Seif dah tahu?" soal Hessa.

"Dah tahu. Saya minta izin dengan dia dulu sebelum bagitahu puan. Dia cakap, kalau puan nak pergi, pergi. Kalau tak nak, duduk rumah." Dengar dari mulut Rafa sahaja Hessa dah terbayang nada bicara suaminya. Terus dia merengus sendiri.

"Saya nak pergi! Tunggu sekejap saya bersiap." Hessa terus menoning berjalan menuju ke biliknya. Dia harus cari pakaian yang cantik biar sejuk hati mama lihat kecantikkan Hessa Yalina!


YANG awalnya teruja makin membuak-buak teruja saat Hessa lihat ada Afya dan beberapa orang gadis muda di rumah Datin Aiza sewaktu dia baru tiba di rumah ibu mertuanya. Ada kawan baru! Yay!

Lagipun dia kenal doktor Afya yang cantik itu. Walaupun agak tegas, sekurang-kurangnya tak ada lah dia kekok mahu bergaul dengan mereka.

"Maaf, mama. Hessa lewat sikit." Hessa menghampiri Datin Aiza lantas mencium penuh tertib dan sopan tangan wanita itu.

"Tak apa. Saya pun jemput Hessa lewat sikit. Lupa dah ada menantu." Datin Aiza lempar senyum hambar. Dia fikir air wajah Hessa akan berubah dengan perliannya, tapi gadis itu selamba sahaja.

SEIFWhere stories live. Discover now