"Wei Yana, ada sorang mamat ni datang cari kau tadi" beritahu lisa selepas Aryana keluar dari bilik solat.
"Mamat mana pula, aku kenal ke?" Soal Aryana, dia tidak pernah mengenali mana mana lelaki kecuali kawan lamanya.
"Aku tak tahu tapi sumpah mamat tu handsome gila" Lisa tersenyum saat mengingat muka lelaki tadi. Nampak macam orang Itali pun ada.
"Kau kalau boleh semua lelaki kau cakap handsome. Badak sumbu dekat kampung tu pun kau cakap handsome" selamba sahaja Aryana melontarkan ayat sebelum dia berpaling menghadap pesawat yang tersusun rapi.
"Aku cakap benda betul, mamat tu tunggu kau dekat sana" ujar Lisa sambil menunjuk ke satu arah.
Aryana melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Lisa. Dia dapat melihat seorang lelaki berpakaian pejabat.
Dengan langkah perlahan. Aryana menghampiri lelaki itu sebelum memberi salam.
"Assalamualaikum, kenapa awak nak jumpa saya?" soal Aryana, dia masih ingat lelaki itu.
Ye lelaki itu ialah Tengku Ashraf. Lelaki yang mengganggunya di majlis malam minggu lepas
"Tak ada, i cuma nak jumpa you je" jawab Tengku Ashraf dengan nada mendatar. Sebenarnya ada sesuatu yang dia nak bagitahu Aryana tetapi dia perlu tangguhkan dulu hasratnya itu.
"Kalau macam tu awak balik tak payah nak buang masa jumpa saya" Aryana menghalau Tengku Ashraf. Risau kalau ada orang nampak mereka berdua nanti tak pasal pasal kena tuduh dating, tak ke malu dia nanti.
"Tunggu kejap, ada benda i nak cakap" Tengku Ashraf memanggil Aryana sebelum sempat gadis itu melangkah.
"Nak cakap apa, cepatlah" Aryana mendengus, tadi cakap tiada apa apa tapi sekarang lain pula.
"Jom kahwin" ujar Tengku Ashraf dengan tenang.
"What!, awak dah gila ke apa" kuat sahaja Aryana menyoal Tengku Ashraf, dah gila agaknya lelaki itu. Baru je jumpa semalam terus di ajak kahwin.
"Tak. I serius. Kita kahwin" sekali lagi Tengku Ashraf mengulang ayatnya bersama suara yang serius.
"Sah, awak ni memang dah gila. Macam mana abang saya boleh berkawan dengan orang gila macam awak ni" Aryana berpaling membelakangi Tengku Ashraf. dia malas nak layan lelaki gila itu. Tak pasal pasal dia jadi gila sekali nanti.
"i bagi you dua pilihan, kita kahwin cara baik atau cara paksa" Tengku Ashraf memberi pilihan sambil memegang lengan baju Aryana.
"Apa awak ni, saya cakap tak nak tu tak nak lah. Tak faham bahasa Melayu ke apa" Aryana memandang Tengku Ashraf dengan tajam. Dia kemudian melepaskan lengan bajunya yang dipegang oleh lelaki itu.
"Ingat Aryana, i bagi you 3 hari untuk fikir jawapan. Kalau you masih juga degil i sendiri akan buat pilihan" Tengku Ashraf berkata sebelum tersenyum penuh makna.
"Just wait Puteri Aryana, you will be mine" Tengku Ashraf berkata dalam hati lalu tersenyum penuh makna. Tanpa kata dia terus melangkah meninggalkan Aryana yang terpinga pinga di situ.
"Dah gila agaknya mamat tu" Aryana berkata sebelum melangkah menghampiri Lisa yang sedang fokus bermain telefon.
"Siapa mamat tu? kenapa dia nak jumpa kau? "bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut Lisa selepas perasan Aryana ada di sebelahnya.
"Satu satu lah gila, aku pening nak jawab mana satu" kepala Lisa diketuk perlahan.
"Ok siapa mamat tu?" Lisa menyoal soalan itu semula.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
RomanceKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024