Chapter 7

835 42 3
                                    

Akhirnya selepas beberapa minggu hari yang dinantikan pun tiba, hari dimana Aryana dan Tengku Ashraf akan sah menjadi suami isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya selepas beberapa minggu hari yang dinantikan pun tiba, hari dimana Aryana dan Tengku Ashraf akan sah menjadi suami isteri.

"Wah cantiknya member aku ni. Makin bertambah ye seri sejak nak jadi isteri orang" Lisa terus memuji Aryana selepas masuk ke dalam bilik dimana tempat Aryana dihias.

Aryana berjalan ke arah cermin besar yang berada di tengah bilik, dia dapat melihat imejnya sendiri yang cantik memakai baju kurung berwarna putih serta gaya tudung yang ringkas tetapi tetap terlihat cantik.

"Ok jom turun, pengantin lelaki dah sampai" ujar datin Ayara selepas melihat Aryana sudah siap sepenuhnya.

Jantung Aryana berdegup kencang saat memasuki dewan. Dia menggenggam tangan datin Ayara.

Mereka pun sampai di pelamin yang terhias sangat indah, Aryana menarik nafas perlahan, dia nervous walaupun bukan dia yang lafazkan akad.

Tengku Ashraf mencuba sedaya upaya untuk tidak melihat ke belakang, sama seperti Aryana, Tengku Ashraf juga turut gementar. Bayangkan kalau salah sebut nama tak ke dia yang malu nanti.

"Boleh kita mulakan" suara tok kadi mula kedengaran.

Tengku Ashraf hanya menganggukkan kepalanya.

"Tengku Ashraf Haqeem bin Tengku Zayyan"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Aryana Raysha binti Megat Ahmad dengan mas Kahwinya sebanyak 9 ratus ribu ringgit dibayar tunai"

"Aku terima nikahnya Puteri Aryana Raysha binti Megat Ahmad dengan nas kahwinnya sebanyak 9 ratus ribu ringgit dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Dengan sekali lafaz sahaja Aryana telah menjadi milik Tengku Ashraf dalam erti kata lain mereka telah sah menjadi suami isteri.

Aryana tidak tahu apa yang harus dia rasa selepas statusnya telah bertukar menjadi isteri orang. Nak kata sedih tak juga, nak kata gembira tak juga.

Selepas doa diaminkan, Tengku Ashraf terus pergi ke pelamin untuk menemui isterinya.

Dia terkedu saat melihat penampilan serta kecantikan Aryana,  Ya Allah cantiknya bidadarinya ini.

"Assalamualaikum bidadari syurga abang" ujar Tengku Ashraf dengan nada lembut lalu menarik tangan Aryana untuk disarung cincin.

"waalaikummussalam" balas Aryana lalu menyarungkan cincin di jari suaminya. Dia kemudian mencium hormat tangan Tengku Ashraf.

"Now you are mine Puteri Aryana Raysha" bisik Tengku Ashraf bersama senyuman kemenangan yang terbit di bibirnya. Akhirnya tercapai juga apa yang dia inginkan.

His love: miss pilot  [COMPLETE] Where stories live. Discover now