Setelah meluangkan masa lebih seminggu di Sarawak akhirnya mereka pulang kembali ke Kuala Lumpur. Selepas tiba di rumah, mereka berdua terus merebahkan diri di atas katil.
"Thank you abang, Boleh tak kita datang sana lagi" tubuh Tengku Ashraf dipeluk erat. Dia sangat gembira sewaktu mereka berada di Sarawak.
"Boleh sayang, untuk isteri abang semua boleh" dahi isterinya dicium beberapa kali.
"Kalau macam tu, boleh tak Yana nak drive kereta sendiri" Aryana mencuba nasib. Mana tahu Tengku Ashraf izinkan.
"Kalau yang tu abang tak izinkan" pantas saja Tengku Ashraf menjawab, dia tidak ingin sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.
Memang benar dia sudah mengarahkan anak buahnya untuk memantau isterinya namun dia tahu perangai Aryana. Isterinya itu selalu lari dari Bodyguard, ikut perangai siapa pun dia tak tau.
"Ala, bolehlah abang" muka comel ditayangkan, dia belum berhenti memujuk Tengku Ashraf.
"Tak. Boleh" Tengku Ashraf menyebut satu per satu, dia takkan berubah fikiran kalau melibatkan keselamatan isterinya.
"Bolehlah ab.." belum sempat Aryana menghabiskan kata katanya tiba tiba bibirnya dicium
"Diam pun" lelaki itu ketawa perlahan
"Abang ni" Aryana memuncungkan mulutnya tanda tidak suka
"Apa, nak lagi" kening dinaikkan ke atas.
"Ish, Yana benci abang" tubuh Tengku Ashraf ditolak namun suaminya itu tidak berganjak sama sekali.
"I love you too sayang" jawab Tengku Ashraf lalu memeluk kembali pinggang isterinya dengan erat bagai tidak mahu dilepaskan.
"Abang oh abang, Yana nak tanya sesuatu boleh?" soal Aryana apabila mereka hanya diam namun tangan Tengku Ashraf dari tadi lagi mengusap perut isterinya.
"Tanya je sayang. Tak perlu minta izin" Tengku Ashraf memberikan kebenaran.
"Kenapa dalam fon abang ada banyak gambar Yana? Dari mana abang dapat gambar tu?" soalan kbat keluar dari mulut Aryana. Dia pelik dari mana Tengku Ashraf dapat gambar dia, banyak pula tu.
"Abang suka simpan gambar sayang. kalau abang rindu boleh tengok" Tengku Ashraf menjawab pertanyaan Aryana.
"Ye ke, ke abang obses dekat Yana, baik abang jujur tak baik tipu" Aryana berkata sambil tersenyum menampakkan barisan giginya.
"Kalau ye kenapa, sayang nak buat apa, hmm?" soalan Aryana soalan daripada Tengku Ashraf. Terlakar satu senyuman nakal di bibir lelaki itu.
"Kalau ye baguslah, itu maknanya ada nama Yana sorang dekat hati abang kan?" Aryana membalas lalu mencium kedua dua belah pipi si suami.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
RomanceKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024