3 tahun kemudianUsai menidurkan sang anak, Aryana kembali ke biliknya semula. Sempat dia mencium kedua dua orang puteranya itu.
Semampainya dia di bilik dia melirik ke arah jam digital yang terletak di atas meja.
"Dah pukul 10, tapi Ashraf tak balik lagi" bisik hati Aryana. Dia rasa pelik disebabkan tidak pernah Tengku Ashfar pulang ke rumah selepas pukul 10, biasanya suaminya akan pulang selewat lewatnya pukul 7.
Tidak lama kemudian kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aryana segera turun ke tingkat bawah untuk menyambut kepulangan suaminya.
Namun selepas pintu terbuka, kelihatan Zack dengan wajah seperti tergesa gesa.
"Zack, suami saya mana?" soal Aryana selepas dia mendapati hanya Zack yang ada di situ.
"Saya sebenarnya datang sini nak sampaikan satu berita tak baik untuk puan" Zack menghembuskan nafasnya perlahan, berita yang dia bakal sampaikan nanti ada kaitan dengan Tengku Ashraf.
"Be..berita apa tu Zack?" Aryana sudah mulai panik.
"Sebenarnya Tengku kemalangan masa dia dalam perjalanan balik ke pejabat waktu tengah hari tadi" Zack memberi tahu berita itu. Tadi semasa Tengku Ashraf hendak pulang ke pejabat, tiba tiba kereta yang dinaiki lelaki itu hilang kawalan tetapi nasib baik Tengku Ashraf sempat diselamatkan.
"Macam mana keadaan dia sekarang?" Aryana masih cuba bertenang walaupun dalam hatinya sudah gelisah. Ye lah siapa je tak gelisah kalau suami sendiri kemalangan.
"Dia dah sedar puan, cuma masih ditahan di hospital" kali ini Zack berkata sedikit tenang.
"Saya nak pergi hospital" Aryana akhirnya membuat kata putus. Dia ingin menemani suaminya di hospital.
"Tapi puan, dah malam ni. Siapa nak jaga tuan muda Han dengan tuan muda Hazriq?" soal Zack dengan nada risau, mana mungkin kembar itu akan ditinggalkan berseorangan di rumah.
Aryana terdiam buat seketika, dia tidak mahu meninggalkan anak anaknya sendirian di rumah walaupun sudah ada ramai maid yang dapat menjaga kembar itu. Semasa dia bekerja pun dia akan hantar Han dan Hazriq pergi rumah datin Ayara.
"Nanti saya call Rayyan suruh jaga budak budak tu, saya nak pergi hospital" Akhirnya Aryana membuat keputusan muktamad. Sengaja dia meminta tolong Megat Rayyan untuk jaga budak budak tu disebabkan kembar itu memang rapat dengan dia.
"Kalau macam tu mari saya bawa puan pergi hospital" pintu bahagian penumpang dibuka untuk memudahkan Aryana masuk.
"Terima kasih Zack" ucap Aryana sebelum masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
RomanceKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024