Aryana mengering ke arah sang suami yang tidur dengan nyenyak. Dia dari tadi lagi cuba untuk menutup mata namun tidak berjaya disebabkan dia rasa tidak selesa.
Dia merenung wajah tampan suaminya yang sedang diulit mimpi. Hampir sepuluh minit dia cuba untuk melelapkan mata namun seperti tadi juga tidak berjaya.
Perlahan lahan Tengku Ashraf tersedar dari lena. Buka saja mata dia terus melihat wajah isterinya yang sedang merenung wajahnya.
"Abang, sa..sakit" lengan suaminya terus dicengkam dengan kuat disebabkan sakit yang melampau. Air mata semakin banyak mengalir ke pipi.
"Kita pergi hospital sekarang ye sayang" panik sudah Tengku Ashraf sekarang ini. Dengan pantas dia mencapai baju putih yang tergantung di kepala katil. Tudung juga disarungkan untuk menutup rambut isterinya.
Tubuh Aryana terus didukung keluar dari bilik. Dia tidak kisah lagi lampu biliknya tidak ditutup yang penting keadaan isterinya terlebih dahulu.
Alah kalau bil elektrik naik bayar je lah dia kan kaya.
Sekejap saja mereka sudah sampai di tingkat bawah. Aryana mencengkam kuat lengan suaminya untuk meredakan kesakitan.
"Zack!" Tengku Ashraf terus memanggil orang kanannya.
"Ye tengku"
"Siapkan kereta cepat"
"Baik tengku"
Zack terus melangkah keluar untuk menyediakan kereta.
Selepas seketika kereta pun telah tersedia.
"Pergi mana tengku?" soal Zack apabila kereta itu selamat keluar dari perkarangan mansion.
"Hospital" Tengku Ashraf menjawab ringkas, tangannya dari tadi lagi tidak berhenti mengusap kepala isterinya. Dia kasihan melihat keadaan Aryana seperti ini.
"Sakit abang!" ujar Aryana dengan dahi yang berkerut hebat menahan sakit.
Tengku Ashraf tidak sanggup melihat keadaan isterinya seperti itu.
Jika boleh sakit itu berpindah padanya dengan senang hati dia mengambil tempat isterinya untuk melahirkan zuriatnya namun apa boleh buat memang sakit itu semua tidak boleh berpindah.
Untuk itu dia berterima kasih pada isterinya.
Kereta itu kemudian selamat sampai di hospital. Zack terus pergi ke pondok pengawal keselamatan untuk minta kebenaran masuk memandangkan sekarang ini sudah Tengah malam.
Selepas itu Zack muncul dengan beberapa orang nurse dengan membawa katil.
"Letak dia dekat sini" arah doktor perempuan yang ditugaskan untuk merawat Aryana sepanjang wanita itu mengandung.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
RomanceKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024