"Wah, besarnya tempat ni. Ni syarikat awak ke?" soal Aryana selepas masuk ke syarikat milik suaminya.
"Ye, ni syarikat utama abang" Tengku Ashraf menjawab lalu duduk di kerusi kerjanya, kemudian Aryana ditarik agar duduk di atas pahanya.
Tidak dapat tidak Aryana terpaksa duduk diatas paha suaminya, tetapi mukanya jangan cakaplah memang dah merah macam udang hangus.
"Oh, maknanya syarikat awak ni ada banyak cawangan lah kan?" Tengku Ashraf tersenyum mendengar soalan Aryana, nampak sangat Aryana sudah selesa dengan dia.
"Tak lah banyak sangat, dekat Malaysia ada 150 cawangan dekat luar negara pula ada 280 cawangan. Sikit je tu" jawab Tengku Ashraf dengan ringkas supaya isterinya faham.
"Oh, patutlah awak ni kaya sangat" Aryana menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Sebab tu lah abang suruh sayang berhenti kerja. Harta abang lebih dari cukup nak tanggung sayang dengan bakal anak anak kita nanti" ujar Tengku Ashraf. Dia tersenyum saat menyebut perkataan anak. Dia dapat membayangkan bagaimana keadaan ketika Aryana mengandung, mesti comel.
"Awak menang dah rancang nak ada anak ke?" Aryana menyoal dengan nada perlahan. Dia rasa terlalu awal untuk mereka membicarakan soal anak.
"Siapa je taknak anak. Kalau ada rezeki ada lah tu. Betul tak sayang?" Tengku Ashraf mengusap kepala isterinya yang memakai tudung bawal.
Moment romantik mereka terhenti apabila seseorang mengetuk pintu.
Aryana ingin bangun dari paha suaminya namun Tengku Ashraf lebih pantas menghalang.
"Masuk" Tengku Ashraf membenarkan orang yang mengetuk pintu itu masuk.
"Maaf mengganggu tengku, Tan Sri. Hisham dengan anak dia nak jumpa Tengku. Mereka tunggu dekat lobi bawah" beritahu zack lalu menunduk hormat kearah majikannya.
"Dia ada appointment ke? " Tengku Ashraf menyoal tanpa memandang wajah zack.
"Ada Tengku" zack menjawab dengan pantas.
"Suruh diorang naik. Lepas tu suruh Shila buat kopi untuk mereka" arah Tengku Ashraf, namun dalam hati berdoa agar Lyiana tidak membuat onar lagi.
"Baik Tengku, saya minta diri dulu" Zack terus melangkah keluar.
"Awak, nak pinjam fon boleh tak?" soal Aryana lalu mengerdipkan mata beberapa kali.
"Boleh sayang, ambil dekat sana" Tengku Ashraf menunjuk ke arah meja kopi yang ada di sudut ruangan bilik itu.
Aryana terus bangun dari paha suaminya lalu menuju ke meja kopi yang ditunjukkan, iPhone berwarna hitam itu terus dicapai. Dia terkejut saat melihat Wallpaper telefon Tengku Ashraf yang menggunakan gambarnya.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
RomanceKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024