Chapter 14

676 31 2
                                    

Keesokan harinya Aryana telah dibenarkan keluar dari wad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya Aryana telah dibenarkan keluar dari wad. Mereka berdua bercadang nak pergi ke villa keluarga Tengku Ashraf, saja nak melawat.

"Sayang, fikir apa sampai abang panggil pun tak dengar?" Tengku Ashraf menyoal, mereka kini sedang dalam perjalanan ke rumah mummy.

"Yana teringin nak makan laksa Sarawak lah abang. Kita pergi Sarawak jom" Aryana mengerdipkan matanya berkali kali agar permintaannya ditunaikan oleh Tengku Ashraf.

"Sayang biar betul, jauh tu sayang" Tengku Ashraf terkejut apabila mendengar permintaan isterinya, bukan dia nak menolak tetapi dia risau sekiranya isterinya tidak larat. Maklumlah ibu mengandung.

Semalam Aryana disahkan mengandung selepas membuat pemeriksaan.

Flashback

"Tahniah Tengku, isteri Tengku disahkan mengandung" Doktor Zaleha memberitahu khabar baik kepada pasangan itu

"Be..betul ke doktor?" soal Aryana untuk kepastian

"Ye puan, usia kandungan puan dah mencecah dua minggu" doktor Zaleha menjawab sambil tersenyum manis. Turut gembira.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah" Tengku Ashraf tidak berhenti mengucapkan syukur selepas mendengar khabar baik itu, akhirnya impiannya ingin mempunyai anak bersama Aryana sudah tercapai.

End flashback

"Alah, private jet abang kan ada lagipun baby yang nak. Bolehlah abang" tangan berurat suaminya digoyangkan, dia nak makan laksa Sarawak.

"Fine, petang nanti kita pergi Sarawak ye sayang" Tengku Ashraf akhirnya menunaikan permintaan Aryana, asalkan isterinya bahagia itu yang paling penting.

"Yeay sayang abang" Aryana memeluk erat suaminya tanpa mempedulikan driver mereka. Bukannya mereka kesah pun

"Sayang, tak malu ke orang tengok" soal Tengku Ashraf perlahan cukup untuk mereka berdua saja dengar, nasib baik kedua dua anak buahnya tidak mempedulikannya mereka berdua.

"Tak, sebab abang suami Yana" jawab Aryana selamba. Dia kemudian tersenyum manis ke arah suaminya. Dia menggenggam tangan lelaki itu.

"Jangan sampai abang terkam sayang dekat sini nanti" bisik lekaki itu di telinga isterinya seperti memberi amaran.

"Ok ok, Yana tak buat dah Hehe" Aryana tersengih lalu menyembunyikan muka di dada suaminya.

"Nakal betul budak ni ye, harap harap anak abang tak ikut perangai mama dia" kepala Aryana diusap perlahan. Isterinya itu sangat manja kalah budak budak, tapi dia suka bila isterinya bersifat manja.

Faiz yang duduk di tempat pemandu hanya tersenyum nipis apabila melihat cara Tengku Ashraf melayan kerenah puan besarnya tetapi sedikit sebanyak hatinya terasa sunyi, ye lah majikannya dah kahwin dia bila lagi.

His love: miss pilot  [COMPLETE] Where stories live. Discover now