Special Chapter 2

103 6 0
                                    

Aryana menggelengkan kepalanya melihat anak anaknya bermain hujan bersama Rayyan.

Ada ke patut jejaka itu bawa anaknya main hujan waktu awal pagi.

"Woi bang! Kau bawa anak aku masuk sekarang!" arah Aryana pada abangnya sambil bercekak pinggang.

Dia memandang manusia itu dengan tatapan tajam

"Alah rilex lah dik. Budak budak ni tak puas lagi mandi hujam. Betul tak Han, Hazriq?" soal Rayyan pada dua orang kanak kanak itu.

Han hanya diam lalu menggelengkan kepalanya. Dia bukannya nak sangat mandi hujan tapi disebabkan uncle single dia ni ajak jadi dia ikut ajelah.

"Kalau anak anak aku demam. Siap kau!" kali ini bukan Aryana membalas tapi Tengku Ashraf. Kecil besar kecil besar saja Rayyan di matanya.

Perangai mengalahkan budak budak je. Patutlah sampai sekarang tak dapat awek.

"Hehe aku balik dulu ye bro. Pis yow" Rayyan terus masuk ke dalam keretanya dengan baju yang basah kuyup.

Sah, memang tak betul.

Han dan Hazriq pergi membersihkan diri sementara Aryana melangkah ke bilik dua puteri mereka untuk memeriksa sama ada dua orang itu sudah bangun atau tidak.

Anak anaknya kini sudah membesar. Han dan Hazriq kini berusia 9 tahun manakala Humaira berusia 7 tahun. Amanda pula berusia 6 tahun.

"Good morning mama" ceria saja Tengku Arsyila Humaira menyapanya

Manakala seorang lagi anaknya yang diberi nama Tengku Amanda Hanani sedang mandi.

Aryana mencium pipi anaknya sebelum berpesan.

"Maira nanti bawa adik turun ye. Mama nak siapkan sarapan" pesan Aryana sebelum meninggalkan bilik anaknya.

-------------------------------------------------------------

Selepas menghantar anak anaknya ke sekolah. Tengku Ashraf serta Aryana meluangkan masa berdua di rumah memandangkan hari ini Aryana cuti.

Kalau tanya kenapa Tengku Ashraf tidak mengupah pemandu peribadi untuk menghantar anak anaknya ke sekolah. Ini kerana Tengku Ashraf sukar mempercayai orang lain untuk menjaga anak anaknya.

Lagipun dia boleh saja hantar dan ambil anaknya sendiri. Dia tak rasa pun itu membebankan.

"Abang. Fikir apa tu?" soal Aryana sebelum menyandarkan kepala pada bahu lelaki itu.

Tengku Ashraf tersenyum lalu memandang isterinya itu. Aryana semakin hari semakin manja dengan dia sampai dengan anak sendiri pun nak cemburu.

"Abang tengah fikir pasal kita.  Abang ingat nak bawa sayang dengan anak anak pergi holiday" balas Tengku Ashraf sambil tangannya tidak lepas memeluk pinggang Aryana.

Sudah lama mereka sekeluarga tidak pergi bercuti. Kali terakhir pun beberapa bulan lepas mereka bercuti ke Switzerland.

"Abang. Sebenarnya kan dah lama Yana nak tanya benda ni. Macam mana abang boleh dapat banyak gambar Yana?" soal Aryana dengan penuh rasa ingin tahu.

Tengku Ashraf tersenyum sebelum menjawab pertanyaan isterinya.

"Sebenarnya dah lama abang perhatikan sayang sebelum abang muncul depan sayang. Abang sentiasa arahkan anak buah abang untuk ikut sayang ke mana sayang pergi. Abang tau tu menyeramkan tapi nak buat macam mana abang dah tertarik dengan sayang" jelas Tengku Ashraf dengan senyuman manis.

Dia rasa apa yang dia lakukan dahulu memang berbaloi. Tengoklah sekarang, Aryana telah menjadi miliknya. Ibu kepada anak anaknya.

Penantian dia selama 13 tahun tidak sia sia.

"Abang ni menyeramkan betul" selamba saja Aryana berkata seperti itu membuatkan Tengku Ashraf ketawa.

"I know. Tapi abang tak pernah buat benda bukan bukan dekat sayang sebelum kita kahwin" Tengku Ashraf berkata dengan penuh bangganya.

Aryana buat muka menyampah. Yakin betul suaminya itu. Dia dah lupa ke kejadian sewaktu dekat taman rumah datin Ayara dahulu?

"Ye lah tu" balas Aryana. Layan sajalah asalkan suami dia bahagia.

Masing masing diam setelah itu. Mereka berdua menonton cerita seram itu dengan penuh minat.

Pembetulan, Tengku Ashraf saja yang menonton cerita itu sedangkan Aryana dari tadi menyorokan muka di dada suaminya.

Maklumlah dia ni penakut orangnya.

"Abang. tukar cerita lain boleh? Cerita ni seram lah" pinta Aryana dengan suara yang dilembutkan agar suaminya menukar cerita lain.

Namun suaminya tetap menonton cerita itu.

Selepas cerita hantu itu habis, Tengku Ashraf terus menutup televisyen sebelum melihat ke arah isterinya yang tertidur di sofa itu.

Perlahan lahan tubuh isterinya diangkat lalu dibawa masuk ke bilik mereka sebelum dia turut baring di sebelah Aryana.

Tengku Ashraf tidak tidur. Dia sekadar mahu menemani isterinya.

Biasalah Tengku Ashraf mana boleh berjauhan dengan Aryana.

-------------------------------------------------------------

Hari ini Aryana mengikut Tengku Ashraf mengambil anak mereka di sekolah

Ini kerana Tengku Ashraf ingin membawa mereka sekeluarga makan di luar.

"Mama papa!" terus saja Humaira berlari ke arah orang tuanya dengan mata yang berair

"Hey hey anak mama ni kenapa sedih?" soal Aryana sambil mengusap air mata anaknya sementara Tengku Ashraf pula menggosok belakang badan Humaira.

"Mama, tadi ada orang ejek Maira. Dia kata Maira ni anak yatim" Han mula membuka cerita dengan wajah yang sedang menahan geram.

Comel saja gaya Han dan Hazriq bila marah.

"Dah dah. Jangan dengar cakap mereka. Maira anak mama dengan papa. Tak ada istilah anak yatim" Aryana memujuk anak perempuannya itu.

Dasyat budak budak zaman sekarang ini.

Mereka masuk ke dalam kereta sebelum bergerak ke sebuah restoran mewah untuk makan tengah hari

To be continued

Rasanya dah lama saya tak update cerita ni. Maklumlah idea tu tak ada.

Apa apa pun nantikan lagi satu special chapter untuk cerita ni

Macam biasa jangan lupa vote and comment. Thank you

His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now