Tengku Ashraf melangkah bersama Rayyan dan Rafiq meninggalkan mahkamah, mereka bertiga hanya menayangkan wajah puas saat mendengar dato' Hisham serta lyiana dipenjara selama 20 tahun.
"Finally bro" Rayyan menghembuskan nafas lega. Setelah sekian lama akhirnya rancangan mereka berdua sudah sampai di penghujung.
Rancangan dimana mereka akan pastikan dato' Hisham masuk penjara.
"Jadi lepas ni tak payah lagi kita fikir pasal benda ni, dah serabut kepala aku" ujar Rafiq sebelum ketiga tiga jejaka itu melangkah menuju ke tempat parking kereta.
"Gerak dulu bro. Kirim salam dekat adik kesayangan aku tu ye" Rayyan sengaja menekan perkataan kesayangan itu. Tak lain tak bukan mesti nak buat Tengku Ashraf cemburu.
"Kau tak payah nak melebih ye. Tak pasal pasal peluru tembus dekat kepala kau nanti" pandangan tajam dihadiahkan buat Rayyan.
Mereka kemudian bergerak ke destinasi masing masing.
"Tengku, ada nak singgah mana mana ke?" soal Zack apabila mereka terhenti singgah di stesen minyak.
"Singgah kedai terdekat. Isteri aku nak aiskrim" jawab Tengku Ashraf. Sikit lagi dia lupa nak belikan aiskrim untuk isterinya.
"Baik Tengku" Zack terus memecut laju kereta itu. Nak sampai on time lah kiranya.
Kereta itu berhenti di sebuah shopping kompleks sebelum mereka berdua melangkah masuk dalam untuk mencari aiskrim.
"Kau tak nak ikut?" soal Tengku Ashraf apabila melihat Zack statik di tempatnya.
"Tak Tengku, saya tunggu sini je" Zack menjawab dengan tenang.
"Tak apa lah kalau macam tu. Aku pergi dulu" Tengku Ashraf terus melangkah meninggalkan Zack bersendirian.
Zack hanya menghantar langkah majikannya dengan ekor mata. Dia kemudian melangkah menuju ke arah kereta namun secara tidak sengaja dia terlanggar seorang gadis hingga menyebabkan telefon gadis itu jatuh.
"Sorry cik. Saya tak sengaja, sorry sangat sangat" Zack memohon maaf pada gadis itu sebelum dia mengambil telefon yang jatuh lalu diberikan semula pada tuannya.
"Tak apa encik. Lain kali jalan tengok depan ye" gadis yang dikenali sebagai Nabella Aufia menjawab, telefonnya diambil semula sebelum tersenyum manis ke arah jejaka di hadapannya itu.
Yang pasti Zack lebih tinggi dari Nabella.
"Baik cik. Sekali lagi saya minta maaf ya" Zack melangkah meninggalkan Nabella.
"Boleh tahan cantik juga perempuan tu, agak agak dia single lagi tak ye?" Zack bertanya pada dirinya sendiri. Tak apa nanti dia cari maklumat tentang gadis itu.
YOU ARE READING
His love: miss pilot [COMPLETE]
Lãng mạnKarya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | peringatan : kata kata yang kurang sopan : typo akan ditemukan : story line yang membosankan : tatabahasa yang tidak tepat start: 5/11/2023 end:12/3/2024