special chapter 3

72 6 0
                                    

7 tahun kemudian

Tengku Arash Han bersama dengan kembarnya, Tengku Arash Hazriq melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan wajah kosong.

Akhirnya tamat juga zaman sekolah menengah mereka berdua.

Mereka berdua terus melangkah ke arah motosikal milik mereka untuk pulang ke rumah walaupun kelihatan ramai rakan rakan mereka bergambar untuk dijadikan kenangan.

Maklumlah hari ini hari terakhir mereka semua di sekolah tersebut sebelum melangkah ke universiti bagi menyambung pelajaran.

Han segera menghidupkan motosikal. Namun tiba tiba dia terlihat seorang gadis yang sangat dia kenal ditarik oleh beberapa orang pelajar lelaki.

"Sial betul!" Han memaki hamun mereka sebelum melangkah untuk membantu gadis itu.

"Woi! Kau lepaskan dia!" arah Han dengan tegas. Dia paling benci jika berlaku pembulian di depan matanya.

"Eh, kau siapa nak arahkan kitorang? Nak berlagak jadi hero lagi ke?" soal Aidan dengan penuh sinis.

Siapa saja yang tidak mengenali Aidan dengan geng gengnya itu? Boleh dikatakan mereka ini pembuli tegar di sekolah ini. Cikgu disiplin pun dah penat menasihati mereka supaya berubah tetapi masih juga sama perangainya.

Dan orang yang selalu jadi mangsa buli mereka adalah gadis ini. Atau dikenali sebagai Zahara Aulia.

Anak tunggal Zack Aryan.

"Kau lepaskan dia sebelum kau makan penumbuk lagi" arah Han lagi lalu gadis tadi diarahkan untuk bersembunyi di belakangnya

Mendengar saja ugutan lelaki itu, Aidan dan kawan kawannya terus berlari tidak cukup tanah. Takut.

Mereka sudah pernah ditumbuk oleh Han kerana memeras ugut pelajar lain demi meminta duit.

Han menghantar langkah Aidan dengan senyuman sinis. Kemudian pandangannya beralih pada gadis tadi.

"Jom. Aku hantar kau balik" ajak Han sebelum melangkah meninggalkan gadis itu.

Aulia terpaksa berlari mengejar langkah besar Han sehingga sampai ke tempat parkir motor.

Han menghulurkan topi keledar kepada Aulia. Menyuruh gadis itu memakainya

"Awak. Tak pakai?" soal Aulia selepas menyambut topi keledar itu.

"Tak. Kau pakai je. Kepala aku kebal"  selamba saja Han menjawab membuatkan Aulia tayang riak menyampah.

Belagak betul mamat ni. Hempuk kang

"Dah cepat naik kalau tak nak kena tinggal" Arah Han sebaik saja motosikal itu dihidupkan.

Han terus memecut laju motosikalnya ke sebuah rumah agam di mana gadis itu tinggal.

Aulia menyerahkan semula topi keledar milik Han sebelum mengucapkan terima kasih.

Setelah memastikan Aulia masuk ke dalam rumah. Han terus meninggalkan kawasan itu.

-------------------------------------------------------------


"Mama, mama tahu tak tadi Maira nampak along selamatkan perempuan" Humaira mula bercerita saat dia membantu mamanya memasak untuk makan malam.

"Ye? Tapi tak pelik pun.  Kamu tau kan along tu suka tolong orang" Aryana berfikir positif saja lagipun usia seperti Han terlalu awal untuk bercinta.

Masih banyak impian yang boleh dicapai dalam usia sebegitu.

"Tak mama, Maira sendiri nampak macam mana along tengok perempuan tu. Sah along suka dia"
Humaira masih lagi membuat teori sendiri sehingga satu cubitan singgah di tangannya

"Maira, kamu semua ni masih muda, kamu tu SPM pun belum lagi jangan fikir pasal cinta" Aryana menjeling anaknya dengan tajam.

Humaira tu belum lagi SPM tapi otak tu sibuk nak fikir pasal cinta.

Humaira hanya tersengih gaya orang tidak bersalah. Tangannya lincah menggaul sup tom yam di dalam kuali.

"Amboi. Riuh nampak, ada apa apa ke?" Soal Tengku Ashraf yang muncul secara tiba tiba.

"Ni ha anak abang ni, belum SPM dah fikir pasal cinta" jawab Aryana membuatkan Humaira meneguk liurnya. Pasti dia akan di bebel sekejap lagi.

"Maira, ingat kan apa papa selalu pesan. Belajar tinggi tinggi dulu sebelum kamu nak bercinta. Kalau papa dapat tahu kamu bercinta waktu sekolah, jangan salahkan papa kalau phone kamu hilang" Tengku Ashraf menasihati anaknya dengan lembut namun terselit ketegasan.

Dari dulu lagi dia dan isterinya mendidik anak mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang di dalam agama malah mereka berdua juga menghantar anak anak mereka mengikuti kelas mengaji seawal usia 4 tahun.

"Baik,  Maira ingat semua pesan papa" Balas Humaira lalu meninggalkan dapur.

Aryana memandang langkah anaknya sebelum pandangannya beralih ke arah suaminya yang sedang melihat kearahnya dengan tatapan penuh rasa sayang dan cinta.

"Abang, dah besar dah anak anak kita. Rasa baru semalam Yana lahirkan diorang" ujar Aryana. Alhamdulillah keluarga mereka masih bersatu walaupun banyak dugaan yang menimpa.

"Ye sayang, dah lama kita bersama. Abang tak sangka impian abang untuk miliki sayang tercapai" balas Tengku Ashraf sambil matanya tidak lepas daripada memandang wajah cantik isterinya.

Walaupun usia Aryana sudah mencecah 30 tahun namun wajah itu tetap kelihatan cantik. Sama juga seperti Tengku Ashraf. Kedua duanya tidak dimakan usia.

"Yana bersyukur sangat Allah bagi Yana lelaki yang baik macam abang sebagai suami. Abanglah cinta pertama dan terakhir Yana" ucap Aryana dengan ikhlas dari hati.

Lelaki ini telah mengajarnya erti kasih sayang dan cinta yang sebenar. Lelaki ini telah membuktikan bahwa lelaki setia masih ada dan lelaki ini jugalah yang telah mengajarnya apa itu erti cinta sejati yang sebenar.

"Abang lagilah bersyukur Allah kurniakan orang yang baik, cantik dan bijak macam sayang jadi isteri abang. Sayang bukti yang bidadari wujud di dunia ni. Bidadari untuk abang" balas Tengku Ashraf tidak mahu kalah.

Dia rela melakukan apa saja demi Aryana kerana Aryana sumber kekuatan untuknya. Aryana bidadari syurga untuknya,  Aryana isterinya serta Aryana pemilik hatinya.

"Ish yelah abang menang" balas Aryana dengan riak tidak puas hati kerana tidak mampu membalas kata kata suaminya yang terlalu berbunga.

"Sayang sentiasa menang di hati abang. I love you. Miss Pilot" bisik Tengku Ashraf betul betul di tepi telinga isterinya.

Mereka berdua tersenyum bahagia dengan kebahagiaan yang dikurniakan tuhan.

Kisah mereka mungkin tamat di sini tapi kisah cinta mereka akan kekal sehingga nafas mereka yang terakhir

TAMAT

Alhamdulillah dengan ini His Love: Miss Pilot melabuhkan tirainya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi membaca karya saya yang tidak seberapa ini.

Semoga kita berjumpa lagi di karya saya yang akan datang

Themoonlights_
2024


His love: miss pilot  [COMPLETE]Where stories live. Discover now