"SERIUSlah Nayla?"
Membulat mata Thalia memandang Nayla. Reaksinya seakan tidak percaya dengan cerita Nayla itu. Nama panjangnya Nur Thalia. Tetapi, hanya senang disapa Thia sahaja.
Nayla mengangguk. Mengeyakan soalan sahabatnya itu. Dia sudah menceritakan semua kejadian siang tadi kepada sahabatnya.
"Ya, Thia. Sia-sia aje bercinta lama-lama. Macam tu aje dia putuskan aku. Aku rasa dia dah terlanjur cinta dengan perempuan lain," duga Nayla.
"Tak baik menuduh Nayla. Tak betul nanti, jatuh fitnah pula. Percuma aje dapat dosa," ujar Thalia.
Nayla hela nafas berat.
"Tapi aku sedih Thia. Kami dah harungi susah dan senang bersama. Bahkan kami juga dah rancang nak bertunang tahun ni. Tapi tak sangka, ini yang aku dapat. Hancur hati aku Thia." Lirih nada suara Nayla meluahkan isi hatinya.
"Aku faham apa yang kau rasa sekarang ni Nayla. Anggap ajelah apa yang berlaku ni mengajar kau menjadi seorang wanita yang lebih matang dalam berfikir. Bercinta bertahun-tahun tak menjamin kau akan bersama Hafiz pada akhirnya," kata Thalia. Memujuk gadis itu.
"Ingat Nayla. Allah sebaik-baik perancang. Insya-Allah, kau akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada Hafiz," sambung Thalia lagi.
Nayla ukir senyuman nipis.
"Terima kasih Thia. Kau memang penasihat terbaik aku."
"Kita kawan sejak tingkatan satu lagi Nayla. Susah dan senang kita bersama. Cuma masuk tingkatan empat tu aje, kau ada palau aku. Nasib baik aku bukan jenis perempuan cepat terasa hati," kata Thalia. Nada suaranya kedengaran berjauh hati.
Nayla tergelak kecil.
"Yalah, aku mengaku salah aku. Aku dibutakan dengan cinta. Bila susah baru aku cari kau. Aku minta maaf Thia," ucap Nayla. Sungguh dia terasa amat menyesal apabila mengingati peristiwa itu.
Thalia ukir senyuman kecil.
"Tak apalah Nayla. Manusia tak ada yang sempurna. Rileks. Aku tak ambil hati pun dan aku dah lupakan semua tu," kata Thalia.
Nayla terus memeluk tubuh sang sahabat.
"Sayang kau ketat-ketat Thia," kata Nayla.
"Sayang kau juga," balas Thalia sebelum kedua-dua mereka ketawa. Tidak lama tawa Thalia mati apabila dia teringat akan sesuatu. Pelukan dileraikan.
"Oh ya, aku nak beritahu kau ni," kata Thalia.
Nayla memandang Thalia. Menunggu ucapan gadis itu.
"Apa?"
"Aku nak pergi Korea Selatan. Kau nak ikut tak? Alang-alang boleh kau tenangkan fikiran. Maklumlah kau kan baru lepas putus cinta. Mesti kau tengah patah hati sekarang ni," beritahu Thalia. Siap menyindir lagi.
Nayla merengus kasar.
"Kurang ajar betul. Mentang-mentang ada modal nak menyindir aku, seronok betul kau ya?"
Thalia ketawa.
"Aku cakap benda betul. Nak pergi tak?"
"Buat apa pergi sana?" tanya Nayla.
Thalia menjulingkan mata.
"Lah perempuan ni. Kau lupa ke yang ibu aku berhijrah ke sana selepas bercerai dengan ayah aku? Aku nak pergi sana melawat ibu akulah." Sebal Thalia.
Sebelum ini kalau bercuti panjang, dia akan pergi ke Korea Selatan untuk bertemu dengan ibunya. Cuma waktu itu dia pergi seorang diri. Tetapi, kali ini dia mahu mengajak Nayla sekali.
Nayla tersengih. Dia benar-benar terlupa.
"Oh maaf. Aku lupa. Boleh juga. Bila kau nak pergi? Boleh aku tempah tiket sekarang." Nayla sudah mencapai telefon pintarnya.
"Lusa. Tak payah. Aku dah tempah tiket untuk kau sekali. Aku memang nak heret kau ikut aku pun," kata Thalia. Mudah sungguh dia menutur kata.
Nayla menayang muka serius.
"Baik kau tak payah tanya," rengus Nayla.
Thalia ketawa.
"Kalau aku pergi, kerja aku macam mana?" tanya Nayla.
"Hello Cik Qaseh Nayla. Kau tu bekerja sendiri. Bukan kerja dengan orang," ujar Thalia.
"Tahulah. Tapi ada pelanggan tempah kek. Dia nak petang esok," beritahu Nayla.
"Sempat lagi kau nak siapkan. Kita pergi lusa kan? Pastikan kau beritahu semua pelanggan yang kau rcuti dua minggu. Itu pun nak kena aku ajar." Thalia mendecit lidah.
Nayla terkekeh ketawa. Seronok melihat reaksi bengang Thalia itu.
"Yalah Thia."
YOU ARE READING
Antologi Cinta, Musim Luruh
RomanceMenghimpunkan empat orang penulis berbakat yang telah memenangi pertandingan Autumn Oneshot Story anjuran Lucyana Publication. 1. Qaseh Terindah Buat Thaqif - Nasyanur 2. Fall, In Love - Snowdream 3. Between You & Me - Ema Raimah 4. Forever We Are Y...