BLURBKim Jiyeon, seorang gadis pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Victory mengalami kesukaran hidup selepas ditinggalkan oleh Puan Lee tanpa sebab musabab yang kukuh. Maka bermulalah, sebuah kisah perjalanan hidup Jiyeon yang agak terumbang-ambing.
Namun dalam kesusahan yang menimpa, seorang lelaki bernama Yoo Kihyun tidak pernah meninggalkan Jiyeon seorang diri. Walaupun mereka seringkali dianggap sebagai Tom and Jerry. Tetap juga dia sentiasa ada tatkala gadis itu memerlukan seseorang untuk menjadi bahu sandaran derita yang dihadapi.
“Tak apa, saya ada. Saya takkan tinggalkan awak, Kim Jiyeon.” – Yoo Kihyun.
“Terima kasih, Yoo Kihyun. Awak selalu ada untuk saya.” – Kim Jiyeon.
Tanpa sedar, hubungan teman tapi mesra mereka sedikit demi sedikit berubah arah. Akibat perasaan takut cinta ditolak menghantui diri masing-masing, mereka saling memendam perasaan sehinggalah Jiyeon terpaksa berpindah meninggalkan Kota Seoul.
Adakah derita hidup Jiyeon akan berterusan sehingga dia terpaksa meninggalkan Seoul? Bagaimana pula dengan Kihyun? Di antara Jiyeon dan Kihyun, siapakah yang dapat meluahkan rasa cinta terlebih dahulu? Atau mereka akan saling mencintai dalam diam sehingga ke akhirnya?
YOU ARE READING
Antologi Cinta, Musim Luruh
RomantikMenghimpunkan empat orang penulis berbakat yang telah memenangi pertandingan Autumn Oneshot Story anjuran Lucyana Publication. 1. Qaseh Terindah Buat Thaqif - Nasyanur 2. Fall, In Love - Snowdream 3. Between You & Me - Ema Raimah 4. Forever We Are Y...