PREVIEW ENAM

21 4 0
                                    

Ketibaan Puan Habibah dan Encik Ehsan disambut mesra oleh Hasya. Tubuh kedua orang tuanya itu dipeluk erat bagai ingin melepaskan rindu yang terpendam. Maklumlah, sudah lama tidak bersua muka dengan mereka.

"Jom, ibu, abah. Kita balik rumah Hasya. Ibu dan abah mesti penat kan duduk lama-lama dalam flight?"

Troli yang mempunyai bagasi milik kedua orang tuanya itu ditolak perlahan oleh Hasya sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Eloklah. Abah Hasya pun dah mula lenguh-lenguh tu. Dari tadi asyik merungut je kerjanya."

Encik Ehsan hanya tergelak kecil apabila mendengar rungutan isterinya itu. Biasalah. Kudrat sudah tidak sekuat dulu seiring dengan umurnya yang kini semakin lanjut.

Hasya tersengih. Lantas troli itu disorong sehingga ke ruang menunggu teksi. Hari ini mujurlah teksi mudah didapati. Sepanjang Hasya berada di Seoul, Hasya lebih gemar menggunakan pengangkutan awam kerana pengangkutan awam di negara ini lebih mudah diakses berbanding di Malaysia. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak memiliki kenderaan sendiri walaupun sebenarnya dia mampu untuk berbuat demikian.

"Hasya ada sediakan masakan special kat rumah. Nanti kita makan sama-sama, ya?"

Puan Habibah dan Encik Ehsan tersenyum sambil mengangguk kecil. Keduanya mengikut langkah anak mereka dari belakang tanpa berbicara dengan lebih lanjut.

Antologi Cinta, Musim LuruhWhere stories live. Discover now