Enam tahun kemudian,
"Taehyung!" Suara panggilan Park Jimin, rakan sebaya merangkap sahabat Taehyung di dalam kumpulan BTS.
"Kenapa?" sahut Taehyung. Fokusnya pada permainan video di telefon pintar sedikit terganggu.
Waktu terluang yang ada haruslah dia gunakan sebaik mungkin untuk diri sendiri. Sebelum dia dan rakan-rakannya kembali sibuk dengan dunia selebriti mereka.
"Sinilah kejap, ada surat untuk kau ni. Tak nak tengok ke?"
Taehyung menjeling sekilas, rasa mahu meneruskan permainan video itu dihentikan. Kaki terus menjejak lantai, punggung di angkat dari sofa lalu perlahan-lahan dia mendekati Jimin.
"Nah." Tangan Jimin segera menyerahkan surat itu kepada pemiliknya.
"Surat je?" tanya Taehyung sambil duduk mencangkung di sisi Jimin. Tangan pula menongkat dagu, wajah tiada reaksi dipamerkan. Mata kuyu turut kelihatan. Jelas daripada gaya Taehyung itu, dia langsung tidak berminat mahu mengetahui isi surat yang satu itu.
Sudah enam tahun dia menjalani kehidupan sebagai artis, dua tahun menjadi trainee di bawah syarikat BigHit Entertaiment. Setahun pula di SOPA, dan akhirnya menjadi penyanyi yang berprestij. Bermacam surat dia perolehi. Semua surat itu hanya memuja dirinya sebagai idol yang mereka cintai.
Tetapi, entah mengapa Taehyung merasakan surat-surat itu ditulis hanya kerana identitinya sebagai artis. Bukan kerana dia yang sebenar-benarnya.
"Entah, ada surat je dekat sini. Hadiah semua pengurus tak ambil lagi kut."
Taehyung hanya menayang wajah bosan sambil menggaru kening dengan perlahan.
Surat di tangan kiri dia belek seketika sebelum mata terpaku pada satu nama yang tertera di hujung sampul surat itu.
"From H.A?" tanya Taehyung sendirian. Wajahnya tiba-tiba berkerut.
Jimin turut menjenguk surat di tangan Taehyung itu.
"Kenapa dia bagi huruf capital je? Peminat misteri ke atau pun secret admire kau?"
Soalan Jimin itu menambahkan lagi kerutan di dahi Taehyung. Akalnya ligat mencari jawapan untuk nama penuh si penghantar surat itu.
"Cubalah buka, dia tulis apa?" gesa Jimin, tidak sabar mahu mengetahui apa yang ditulis oleh H.A itu kepada Taehyung.
Taehyung hanya menurut lalu surat itu dibukanya dengan cermat. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang tatkala mahu membaca perkataan pertama yang tertulis di atas surat itu.
Ke hadapan Kim Taehyung,
Seandainya, kau membaca surat ini. Ketahuilah, aku salah seorang penggemarmu.
Aku berharap kau baik-baik saja di dunia yang serba popular itu.
Jika sakit, rehatlah. Jika penat, berhentilah seketika. Jika takut dan gentar, carilah semula kekuatan itu.
Sesungguhnya, doaku sentiasa meniti di bibirku buatmu.
From H.A.
"Wow! Jinjja daebak!" kata Jimin, perasaan teruja jelas terpancar di wajah sebaik saja selesai membaca surat itu.
Tetapi, reaksi itu hanya ada pada Jimin tidak Taehyung.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri, fikirannya seperti mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Hati pula terasa lain ketika membaca tulisan surat itu.
Lengan Taehyung disiku Jimin sambil tersengih-sengih.
"Peminat rahsia kau makin bertambah hari demi hari, untunglah badan."
Kata-kata Jimin itu hanya dibalas dengan senyuman tipis. Taehyung tahu, dirinya begitu ramai penggemar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain iri hati tetapi, Taehyung tidak pernah merasakan dia lebih daripada mereka. Bagi Taehyung, mereka sama saja. Tiada apa pun yang berbeza. Tetap juga manusia biasa.
Namun, pengirim bernama H.A itu telah menarik perhatian Taehyung. Ada sesuatu tentang nama itu yang Taehyung lupa daripada kotak ingatannya.
"Hmm...." Terbit satu keluhan daripada bibir Taehyung.
YOU ARE READING
Antologi Cinta, Musim Luruh
RomanceMenghimpunkan empat orang penulis berbakat yang telah memenangi pertandingan Autumn Oneshot Story anjuran Lucyana Publication. 1. Qaseh Terindah Buat Thaqif - Nasyanur 2. Fall, In Love - Snowdream 3. Between You & Me - Ema Raimah 4. Forever We Are Y...