PREVIEW LAPAN

9 3 0
                                    

MATA Jiyeon melilau mencari seseorang. Sejak keluar dari kelas tadi, Kihyun belum-belum juga kembali sehingga tiba waktu rehat pun lelaki itu tidak kelihatan.

"Kau cari siapa? Choi Sungyoon?" Bora menyiku Jiyeon dengan sengihan nakal.

"Aku cari Yoo Kihyun."

"Yoo... Yoo Kihyun?"

Berkerut muka Bora dan Yein. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja Jiyeon mencari lelaki yang selalu mengusik dan menyakiti hatinya itu. entah sejak bila pula mereka sudah berdamai.

Kim Jiyeon dan Yoo kihyun saling mengenali sejak kecil. Tetapi hubungan mereka tidak juga seperti kawan dan tidak juga seperti musuh. Apa yang pasti mereka seringkali bertengkar setiap kali bertemu secara empat mata.

"Rasanya Cikgu Kim Sunggyu denda dia kut."

"D... denda?" Mata Jiyeon bulat kerana terkejut.

"Ya. Cikgu jumpa rokok dalam beg dia masa spot check kelmarin."

"Rokok?" Jiyeon tercengang seperti tidak percaya dengan kata-kata Yein.

Yoo Kihyun merokok? Selama dia mengenali lelaki itu, tidak pernah sekali pun dia melihat Kihyun memegang rokok. Macam mana pula dia boleh merokok?

"Macam susah nak percayakan? Mula-mula kami fikir orang nak kenakan dia. Tapi dia tak nafikan pun tu bukan rokok dia. Jadi Cikgu Kim hukum dia."

Usai mendengar penjelasan Yein. Jiyeon bingkas bangun dari tempat duduknya lalu beredar.

Pertanyaan dua sahabatnya itu tak diendahkan, kaki yang masih sakit tidak dia peduli dan terus berjalan keluar dari kantin untuk mencari Kihyun.

Bagi Jiyeon, walaupun mereka selalu bergaduh disebabkan hal remeh. Dia amat mengenali Kihyun dan lelaki itu bukanlah seorang perokok.

Sebaliknya beberapa bulan lepas, lelaki itu yang telah menghalangnya daripada mencuba rokok bagi menghilangkan rasa tertekan yang dihadapi. Rokok di tangan Jiyeon dicampak jauh ke tengah sungai. Dan ketika ini, Kihyun pula yang merokok? Sangat tidak masuk dek akal, fikir Jiyeon.

"Apa hal pula rokok ada dalam beg dia?"

Jiyeon berjalan menuju ke padang untuk mencari kalau-kalau kelibat Kihyun berada di situ.

Sayangnya, pencarian di padang tidak membuahkan hasil. Bukan hanya kelibat, bayang hitam lelaki itu pun tidak kelihatan di mana-mana.

Kemudian Jiyeon berjalan menuju ke dewan sekolah mereka pula. Manalah Cikgu Kim memberi denda untuk lelaki itu membersihkan dewan sekolah Tetapi tetap hampa. Dewan itu sunyi dan sepi.

Jiyeon meraup wajah lalu melihat sekeliling. Di hadapannya ada bangunan sekolah mereka. di belakangnya pula padang sekolah. Di kiri bangunan dewan dan di sebelah kanan adalah jalan utama masuk ke kawasan sekolah.

Jika Kihyun tiada di dua tempat tadi, berkemungkinan besar dia pergi ke belakang sekolah di sana ada stor dan bengkel.

"Entah-entah..." Jiyeon menggeleng menafikan apa yang bermain fikirannya.

Mana mungkin Kihyun berada di situ untuk merokok. Dia masih yakin dan percaya Kihyun bukan seorang perokok.

Namun belum sempat dia mengatur langkah menuju ke belakang sekolah. Kelibat Jooheon dan Changkyun menyapa mata. Tanpa membuang waktu, Jiyeon segera memanggil.

"Lee Jooheon."

Serentak itu, langkahan mereka terhenti.

"Ada nampak Yoo Kihyun?" soalnya.

"Kihyun? Dia dekat rooftop tengah tidur. Kenapa?"

Jawapan Jooheon mematikan segala teka-teki Jiyeon.

"Tak ada apa-apa."

Jiyeon segera beredar meninggalkan mereka. Namun langkahnya terbantut apabila Jooheon mengajukan soalan pula.

"Awak okey ke? Lebih baik jumpa Jururawat Joo. Muka awak pucat sangat tu."

"Jangan risau, saya okey." Jiyeon mengukir senyuman dan terus beredar. Tidak mahu berlama-lama di situ, dia mahu menyoal Kihyun pula.

Adakah benar lelaki itu merokok?

Dia gagahkan juga mendaki anak tangga untuk naik ke bumbung bangunan sekolah. Walaupun terpaksa memegang penghadang tangga dan mendaki dengan perlahan, sesekali terpaksa berhenti untuk mengambil nafas dan juga menahan kesakitan di lutut. Namun perkara itu tidak mematahkan semangat untuk dia meneruskan langkah.

Sesudah tiba di bahagian atas, dia berhenti seketika di hadapan pintu. Kedua-dua tangan memegang tombol pintu lalu ditolak perlahan-lahan.

Sedikit demi sedikit satu figura yang sedang berbaring di atas meja segi empat yang tingginya bawah paras lutut menyapa pandangan.

Jiyeon menggeleng lalu melepaskan keluhan panjang sambil berjalan ke arah figura itu. Dia tersenyum sinis saat melihat Kihyun berbaring berbumbungkan langit nan biru.

Senyap-senyap Jiyeon melabuhkan punggung di sebelah Kihyun lalu melihat pemandangan di hadapan. Terlihat juga dedaun pokok maple yang berwarna keperang-perangan jatuh berguguran ke tanah. Musim luruh yang mendamaikan, tetapi tidak sedamai perasaanya.

Antologi Cinta, Musim LuruhWhere stories live. Discover now