PROLOG

175 3 5
                                    


"AGAIN?!" Fadzlan geleng kepala kemudian ketawa kecil. Mata yang sejak tadi tekun memerhati skrin telefon bimbit terus bertukar memandang Atira di hadapan.

"Again... what?" Atira menyampuk dengan dahi berkerut. Pelik kerana tiba-tiba sahaja Fadzlan bereaksi seperti itu. Gelas strawberry milk shake di tangannya diletakkan kembali ke atas meja.

"My brother..."

"Hurmmm... Kenapa dengan dia?"

"His interior designer berhenti lagi," beritahunya sambil tergelak. "Tira tahu tak termasuk yang ini dah berbelas orang yang berhenti dari syarikat dia," sambungnya dengan tawa yang masih bersisa.

"Abang Ed?" Kentang goreng yang sudah hampir sejuk dicapai kemudian dicolekkan sedikit sos sebelum disumbatkan ke dalam mulut.

Kepala digeleng. "Bukan. Abang Emeer."

"Darkside?" tanya Atira agak teruja. Walaupun dia tidak pernah kenal dengan abang kedua Fadzlan tetapi tentang lelaki itu memang kerap dia dengari melalui mama Fadzlan sendiri.

Kepala diangguk pula.

"So sekarang Darkside nak cari interior designer baru?"

"Yup!" jawab Fadzlan sepatah lalu telefon bimbit diletakkan ke atas meja. Air mocha di atas meja dicapai lalu dihirup.

"Sounds interesting..."

"Berminat ke?" Fadzlan buang sengih.

"I heard a lot about him. And they always say that he's one of the best interior designers in Malaysia. Tira ada juga tengok rekaan hiasan dalaman yang dia buat untuk rumah Tengku Panglima Arif Bendahara. One word... amazing!" pujinya. Dia juga tahu Emeer juga seorang arkitek yang dikenali juga cuma lelaki itu lebih berminat atau cenderung dengan kerja-kerja hiasan dalaman.

Fadzlan mengangguk mengiakan. Terfikirkan sesuatu, duduknya dibetulkan lalu gadis di hadapannya itu dipandang.

"What?" Atira kerutkan dahi.

"Tira tak nak cuba apply kerja di Darkside? Maksud Lan, kerja dengan abang Lan?"

Atira terdiam. Terkebil-kebil matanya memandang Fadzlan.

"Kalau bekerja dengan dia, banyak yang Tira dapat belajar. He's good. He's really good," pujinya beria.

"Tapi Tira dah selesa bekerja di Megah Rancak..."

"Anggap saja Lan minta bantuan Tira untuk tolong abang Lan."

"Kenapa Tira?" Kening dijongket tinggi.

"Sebab Lan tahu Tira boleh handle dia."

"Handle dia? Maksud Lan?"

"With your stubbornness and forthrightness, bolehlah jadi lawan dia."

"Kalau dia tak nak ambil Tira bekerja?" Keningnya dijongket.

"You are good despite tak banyak pengalaman. I'm sure with your character, he'll accept you."

Atira terdiam. Tidak terkata dia dibuatnya. Karakter dia? Maknanya Emeer suka dengan orang yang degil dan keras kepala macam dia?

"Tak apa kalau Tira tak berminat. Lan cuma minta bantuan dan beri cadangan aje. Keputusannya tetap di tangan Tira."

"Sebenarnya bagus juga kalau Tira dapat bekerja dengan seseorang yang berpengalaman macam dia. It's good for my career development too."

"Exactly!" Fadzlan petik ibu jarinya bersetuju.

"Let me think about it first. Okay? Takut Tira tak cukup kuat nanti melayan perangai kepala angin dia," sengihnya. Dia tak nak memberi harapan kerana dia tahu lelaki seperti Emeer tentu akan memilih designer yang terbaik dan bukan sembarangan. Setakat orang yang cetek pengalaman seperti dia, tentu tidak akan dipandang oleh lelaki itu.

Fadzlan tergelak kecil. "Lan tak paksa. Terpulang pada Tira," balasnya dan terus menyambung menikmati minumannya.


PS : UNTUK PESANAN SILA KE KEDAI SHOPEE AAIP - https://shopee.com.my/aaideapublication


DEAR SAYANG, I LOVE YOUWhere stories live. Discover now