"IZARA!"
Izara, Janice dan Sephia merencatkan langkah mereka. Ketiga-tiganya menoleh ke arah yang sama. Izara melambai teruja ke arah sekumpulan gadis yang menuju ke arah mereka. Janice dan Sephia dengan sengaja menjarakkan sedikit diri mereka setelah menyedari sekumpulan gadis itu ialah rakan sekelas Izara; mahu memberi Izara sedikit privasi.
"Weh, kenapa tak beritahu kitorang kau pergi exhibition Nael?" Soal salah seorang daripada mereka.
Janice dan Sephia saling berpandangan. Janice menjongket sebelah alisnya. Dia tak tahu pula Sephia dan Izara pergi bersama. Tiba-tiba, Sephia menjongket bahu. Dia tak pergi ke pameran Nael bersama Izara. Malahan dia langsung tak tahu-menahu tentang lawatan Izara ke sana.
"Eh, kalau dia beritahu kau, tak jadi date-lah nanti!" Getus seseorang.
"Yelah tu! Siap dapat special tour daripada tuan punya exhibition lagi!"
Izara melepaskan tawa dan menggeleng kepala. Setelah bertukar beberapa lagi kata, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain. Izara pun kembali menoleh ke Sephia dan Janice di belakangnya. Mereka menutup semula jarak di antara mereka dan Izara.
"You pergi exhibition Nael ke?" Janice menyuarakan fikirannya dan Sephia.
"Ha'ah." Izara tak menafi. "Tapi tak rancang nak pergi pun. Cuma hari tu, I jumpa kawan I area galeri tempat exhibition Nael. Lepas je jumpa kawan I, terserempak dengan Nael. Dia yang pelawa singgah kejap. I pun rasa segan nak tolak." Izara tersenyum kecil.
Sephia dan Janice terangguk-angguk. Patutlah. Ingatkan Izara sengaja tak mahu pergi sekali dengan mereka.
"Eh, jom! Korang nak makan apa hari ni? Rasa macam nak makan nasi ayamlah."
SUASANA di perpustakaan kampus begitu sunyi dan tenteram pada waktu petang itu. Cahaya lembut matahari menyusup masuk melalui tingkap besar, menyoroti helaian-helaian halaman buku dan meja-meja kayu yang tersusun rapi. Udara yang tenang dipenuhi dengan derap langkah kaki yang lembut, suara berbisik antara para pelajar yang asyik membaca, dan bunyi halus dari kertas yang berpaling setiap kali halaman buku dibalik.
Di sepanjang rak-rak berisi buku, aroma harum kertas dan kulit buku menguar. Pelajar-pelajar duduk dengan tekun di meja-meja mereka, mata terfokus pada buku-buku yang terbuka di hadapan mereka. Beberapa dari mereka terlihat sedang merenung, mencerna setiap kata dengan penuh ketertarikan, sementara yang lain sibuk mencatat isi-isi penting di buku catatan mereka.
Duduk menghadap ke jendela tinggi di sayap kanan perpustakaan, ada seorang jejaka yang mengenakan t-shirt putih. Jaket kulit merah gelapnya digantung pada kerusi kosong bersebelahan dengannya. Sisi dahi ditekan-tekan menggunakan pensel mekanikal di tangan. Mata mengimbas pengiraan tenaga kinetik sebuah kenderaan yang bergerak dengan rumusnya KE=½mv².
Helaan nafas dalam dihembus. Belakang disandarkan pada kepala kerusi. Kaki dan tangan diunjurkan ke hadapan, meregangkan otot. Telefon pintar yang ditetapkan dalam mod senyap dia capai. Sudah pukul 4 petang. Sedar tak sedar, sudah tiga jam dia terperuk di dalam perpustakaan kampus itu. Padanlah mengapa pelajar mula berkurangan. Sebentar lagi, perpustakaan akan ditutup.
Ruang pemberitahuan dia buka. Ada beberapa pemberitahuan di akaun Instagram dengan nama pengguna @drivenbynael, akaun peribadinya. Aplikasi itu dia buka, mendedahkan foto-foto motosikal klasik yang memenuhi laman akaunnya. Tiada satu pun yang memaparkan wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
OVERRATED
Roman pour AdolescentsSephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak s...