Diaz Vercetti. Bukan kumpulan mafia atau penjahat tetapi merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh Tengku Luth Ilham semasa zaman mudanya. Kumpulan ini telah diperkenankan dan diterima oleh semua saudara mara kerabat diraja ketika itu. Niat utama kumpulan ini ditubuhkan adalah kerana talian persahabatan mereka berenam yang sudah seperti keluarga. Tengku Luth Ilham , Tengku Luth Irham , Edhan Fateh , Hud Zuhair , Harraz Shah dan Daris Muzaffar. Tanpa disangka Diaz Vercetti mula mengembang hebat dalam kalangan manusia lain kerana kehebatan mereka dalam pelbagai segi aspek.
Dengan sekelip mata sahaja kumpulan yang ditubuhkan kerana pertalian persahabatan yang sudah dianggap keluarga telah menjadi sebuah kumpulan CEO yang berjaya. Mereka berenam memegang dan memulihkan segala ekonomi negara serta berusaha sebaik mungkin melindungi manusia lain yang memerlukan bantuan. Mereka terus-menerus berkhidmat sehinggalah kehadiran pasangan hidup masing-masing.
Pada permulaannya , semuanya bahagia tanpa ada sebarang pesengketaan dan akhirnya ia terus berubah kerana pemberontakkan daripada seseorang dalam kalangan perempuan. Memberontak kerana misinya untuk menjadi isteri kepada salah seorang daripada dua Tengku dalam Diaz Vercetti tidak kesampaian disebabkan mereka berdua telah berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
Pemberontakkan ini telah mengakibatkan hubungan yang selama ini harmoni menjadi tragik selepas kematian isteri tercinta dan kehilangan anak kedua kepada Tuan Harraz Shah. Dia menghilang sebaik sahaja insiden itu terjadi dan kembali muncul dengan sebuah wasiat serta seorang budak lelaki disampingnya yang dikenalkan sebagai anaknya. Disebabkan wasiat yang diutarakan oleh wanita itu , entah benar atau tidak kerana ia berkait dengan arwah isteri Tuan Harraz Shah dan perasaan kasihan akan mereka berdua maka Tuan Harraz Shah merelakan diri dengan mengahwini wanita itu.
--------------------
Aus Farhan. Seorang budak lelaki yang dibawa bersama oleh wanita yang dikenali sebagai Mama , Safia ketika itu. Dia tidak seperti budak lain yang berbinkan bapa mereka dibelakang nama kerana daripada dahulu lagi dia tidak berbinkan sesiapa. Sebaik sahaja umurnya menginjak masuk 20 tahun , dia mendapat seorang abang tiri. Pada mulanya mereka amat rapat seperti adik dan abang tetapi semuanya berubah sebaik sahaja dia dan 'Mama' masuk ke dalam keluarga Tuan Harraz Shah yang merupakan CEO kelima terbesar yang juga merupakan member kelima dalam Diaz Vercetti. Dia dibenci teruk sampaikan dipukul oleh abang tirinya , Eariq Rizqin yang menganggap dia penganggu.
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...