Selepas memastikan Nur Ilhan Hayyan betul-betul sihat , mereka berlapan pun menjalankan misi seperti yang dirancang. Hari ini mereka akan jalan-jalan cari makan ditempat yang menarik dan sedap disekitar Jerman. Makanan yang halal ye , jangan silap.
"So kita nak pergi mana dulu sekarang? Del?" tanya Noah Isqandar yang mengambil tempat sebagai pemandu sambil memandang ke arah Tengku Adelia Medina yang sedang duduk di tempat penumpang hadapan.
Mereka berlapan berpisah kepada dua kumpulan dimana setiap kereta akan ada 4 orang. Tengku Adyan Mateen , Noah Isqandar , Nur Ilhan Hayyan dan Tengku Adelia Medina menaiki kereta BMW M5 milik Tengku Adyan Mateen manakala Tengku Aryan Mikhayl , Eariq Rizqin , Harith Fayyad dan Tengku Arda Mikhayla menaiki kereta BMW M4 milik Tengku Aryan Mikhayl. Tengku Adelia Medina dan Tengku Arda Mikhayla berpisah mengikut abang masing-masing.
Mereka berpusing disekitar Jerman dengan menaiki 4 biji kereta. Dua kereta daripada mereka dan dua lagi daripada anak buah Tengku Adyan Mateen.
"Kita pergi kedai makan Lades Holzkohlegrill dekat Hamburg boleh?" tanya Tengku Adelia Medina kembali. Dia rindu saangat nak makan masakan yang sangat sedap dekat situ.
"I'm ok je. Yang lain?" balas Noah Isqandar
"Hari ni ikut je kemana adik aku nak pergi. Ryan." balas Tengku Adyan Mateen sambil memejamkan matanya. Malas nak fikir sebab takde mood langsung. Nur Ilhan Hayyan pula sudah menyambung tidurnya kerana dirinya masih tak berapa sihat
"Yow!" balas Tengku Aryan Mikhayl daripada penyambung suara yang bersambung antara kereta mereka berdua
"Kau dengan yang lain ikut je kemana Khay nak pergi. Diorang dah lama tak datang sini jadi biar diorang yang tentukan nak pergi mana pula" arah Tengku Adyan Mateen
"Ok Dyan. So Riq jom kita gerak pergi kedai makan Central Grill dekat Frankfurt" arah Tengku Aryan Mikhayl dikereta belakang.
****
Disisi Aus Farhan pula , setelah dia selesai menunaikan solat tahajud dan subuh. Dia pun mengambil keputusan untuk keluar berpusing disekitar Jerman memandangkan tiada apa yang boleh dilakukan diapartmentnya yang juga terletak di Stuttgart , Jerman.
Disebabkan dia masih belum terbiasa dengan persekitaran negara itu. Jadi dia memilih untuk ke kedai makan Central Grill dekat Frankfurt untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong itu dengan menaiki teksi kerana dia tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Di kedai Central Grill , Aus Farhan telah memesan 3 jenis menu iaitu Iskender Kebab , Gözleme (sejenis pastry) dan Manti.
Sementara menunggu makanannya sampai , ada seseorang menepuk bahunya daripada belakang dan membuatkan dia terkejut lalu segera menoleh untuk melihat. Takut gadis yang mengganggunya tempoh hari itu sahaja.
"Tolonglah jangan gadis tu lagi. Ya Allah kuatkanlah aku sekarang ini" rayu Aus Farhan ddidalam hatinya. Dia segera menoleh dengan kadar perlahaan supaya dia tidak akan terkejut teruk nanti. Tetapi sangkaannya meleset teruk kerana yang menepuk bahunya itu adalah seorang lelaki yang dikenalinya pada hari pertama ke sini.
"Aus? Kau sorang je ke dekat sini?" tanya Eariq Rizqin ramah. Aus Farhan berasa sangat familiar dengan wajah Eariq Rizqin meskipun baru masuk dua kali mereka berjumpa.
"Haah , sorang je. Korang datang berlapan ke?" balas Aus Farhan sambil tersenyum manis.
Eariq Rizqin membalas senyuman jejaka bermata biru dihadapannya sekarang. "Manis sungguh Aus ni. Murah dengan senyuman lepastu sopan pula. Teringin aku nak ada adik macam dia. How are you now brother?" kata Eariq Rizqin didalam hati. Dia sangat merindui adiknya yang telah lama menghilang.
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...