BANG!
"Allahuakbar" terkejut Noah Isqandar yang sedang merehatkan mata dengan kepala yang disandarkan ditingkap bahagian penumpang hadapan. Bergegar otak dia akibat dentuman itu. Mata yang dipejam pada mulanya terus tercelik segar.
"Astaghfirullahhalazim dik. Apa masalah kau ni? Balik-balik je bebai" tanya Tengku Adyan Mateen yang sedang menyandarkan kepalanya dikepala kerusi bahagian pemandu. Nasib dia tak mencarut benda bukan-bukan
"I HATE!"
"Why?"
"Kau tahu tak Bang."
"Tak" celah Tengku Adyan Mateen tanpa sempat adiknya mulakan cerita.
"Tengku Adyan Mateen! Dengarlah dulu bagi habis apa aku nak cerita ni!"marah Tengku Adelia Medina dengan perangai abangnya. Ada juga yang nak kena goreng ni rasanya.
"Ok. Ok. Sambung balik" balas Tengku Adyan Mateen sambil cuba menahan ketawanya. Tak pernah bosan dia ganggu adik dia sorang itu. Noah Isqandar dan Tengku Arda Mikhayla hanya diam sambil tersenyum kecil melihat pergaduhan manja kedua-dua anak Tengku Luth Ilham itu.
"Ishh!"
"Tak baik Del." tegur Tengku Adyan Mateen dan Noah Isqandar serentak dengan nada tegas. Mereka paling pantang dengar Tengku Adelia Medina mengeluh atau mencarut. Tak sopan.
"Yela sorry. So cerita dia macamni. Awal tadi kitorang tengah tunggu Bang Qaid dekat kantin lepastu Khay tiba-tiba ajak pergi library sebab dia bosan. Jadi kitorang berdua pun pergilah. Masa kat library tu Khay buat hal nak buku research theory of machines yang terletak dekat baris ke-4. Dah la tinggi gila , manalah nak sampai. Dan nak jadikan ceritanya adalah lah seorang budak lelaki Jerman ni datang hulurkan bantuan" luah Tengku Adelia Medina daripada A sampai Y
"Ok la tu dia nak bantu. Takde salah pun abang rasa. Betul tak Qan?" celah Tengku Adyan Mateen dan dibalas dengan anggukan daripada Noah Isqandar. Pelik diorang berdua dengan Tengku Adelia Medina , orang tak tolong marah lepastu orang tolong pun marah.
"Kalau dia tolong dengan niat elok takpelah juga ni duduk pandang Del atas bawah dengan mata nafsu tahu tak" sambung Tengku Adelia Medina mengakhiri luahannya.
"WHAT?!" jerit Tengku Adyan Mateen dan Noah Isqandar serentak akibat terkejut dengan apa yang dikatakan pada akhir luahan Tengku Adelia Medina
"Dia pandang je kan? Dia tak buat benda lain kan?" tanya Noah Isqandar untuk kepastian.
"Haah sebab Del dah marahkan dia tadi"
"Qan. Suruh Dina bersiap sedia untuk pindah sini"
"Ok" balas Noah Isqandar lalu segera melakukan apa yang diarahkan oleh sahabatnya tadi
****
"Abang!" panggil Tengku Adelia Medina dengan nada yang kuat sebaik sahaja masuk ke dalam bilik abangnya.
"Ya Allah Del. Suara awak tu kuat betul eh. Terkejut saya" kata Noah Isqandar yang sedang seronok bermain game Mobile Legend sambil meniarap diatas katil Tengku Adyan Mateen.
Hari ni sahaja dah dua kali dia terkejut disebabkan gadis cantik itu. Nasib jantung dia tak tercabut daripada jasad
"Hehehe sorry. By the way mana abang?" tanya Tengku Adelia Medina sambil memandang seluruh pelosok bilik abangnya
"Dalam toilet. Tengah mandi"
"I see tapi awak dah mandi ke?"
"Dah. Why?"
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...