Bab 7 ♡ Perkenalan ♡

7 2 0
                                    

Akhirnya kapal terbang mendarat didestinasi yang dituju. Aus Farhan keluar daripada perut kapal dengan perasaan lega dan brsyukur yang tidak terhingga kerana Allah SWT memanjangkan umur dan melindunginya sehingga dia tiba di negara ini.

"Alhamdulillah sampai juga aku dekat sini" ucap Aus Farhan perlahan semasa tiba di lobi lapangan terbang itu

Dia berasa bersyukur dan lega kerana akhirnya dia telah berjaya menjejakkan kakinya di negara yang menjadi impiannya daripada kecil lagi. Dan juga berjaya menyambung pelajaran di Ludwig Maximilian University of Munich seperti yang diimpikan semasa dia berada dia 16 tahun lagi.

Doa bersyukur atas rahmat dan kurniaan Allah SWT dibaca didalam hati

اللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ لَا تُعَذِّبْنَا بَعْدَهَا أَبَدًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنْ فَضْلِكَ الْوَاسِعَ رِزْقًا حَلَالًا طَيْبًا وَلَا تُفْقِرْنَا بَعْدَهُ إِلَى أَحَدٍ سِوَاكَ أَبَدًا تَزِيْدُنَا لَكَ بِهَا شُكْرًا وَإِلَيْكَ فَاقَةً وَفَقْرًا وَبِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Allaahummaftah lanaa min khazaini rahmatika laa tu'adz- dzibnaa ba'dahaa abadan fid-dunyaa wal aakhirati, wa min fadlikal wasi'i rizqan halaalan thayyiban, wa laa tufqirnaa ba'dahu ilaa ahadin siwaaka abadan, taziidunaa laka bihaa syukran wa ilaika faaqatan wa faqran, wa bika 'amman siwaaka ghinan wa ta'affufan.

# "Ya Allah, bukakanlah (pintu rahmat-Mu) dari gudang-gudang rahmat-Mu untuk kami, janganlah siksa kami selamanya setelah kami mendapatkan rahmat itu di dunia maupun di akhirat. Dan dari karunia-Mu yang Maha Luas rezeki yang halal serta baik untuk kami. Setelah itu, janganlah Engkau membuat kami membutuhkan orang lain selain-Mu selamanya, sebab rahmat dan karunia-Mu, membuat kami semakin bersyukur kepada-Mu, dan semakin membutuhkan-Mu, dan semakin tidak membutuhkan orang lain selain Engkau ya Allah."

Setelah selesai membaca doa bersyukur atas rahmat dan kurniaan Allah SWT , dia tiba-tiba dilanggar oleh seseorang daripada belakang sehingga dirinya hampir tersembam ke hadapan.

"Astaghfirullahhalazim" ucap Aus Farhan yang terkejut ketika itu

Aus Farhan segera menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang melanggarnya tadi dan rupa-rupanya seorang gadis yang berpakaian sangat terdedah dan menjolok mata. Dengan segera dia menundukkan pandangan daripada gadis itu. Bukan kerana tidak hormat tetapi pakaian gadis itu terlalu tidak sopan. Dia tidak mahu mendapat dosa zina mata kerana memandang gadis itu.

"Ehh Jantan! Kau ni tak reti nak berhenti tepi ke , HA?" marah gadis itu sambil menolak bahu kiri Aus Farhan

"Saya minta maaf dan saya minta tolong sangat jangan sentuh saya sesuka hati walaupun berlapik kerana kita bukan mahram. Haram untuk awak sentuh saya" Aus Farhan membalas dan menegur dengan sopan tanpa memandang ke arah gadis itu

"HAHAHAHA. Aku nak sentuh kau atau tidak itu hak aku dan kau tak perlulah acah alim sangat dekat sini faham?" kata gadis itu sambil kakinya melangkah menghampiri batang tubuh Aus Farhan yang tinggi itu.

Aus Farhan mengundurkan dirinya setapak demi setapak kerana tidak mahu dirinya tersentuh gadis itu. Gadis dihadapannya itu semakin galak melangkah mendekatinya selepas melihat wajah cuaknya ketika itu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bertapa takutnya dia jika tersentuh perempuan bukan mahram baginya.

DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]Where stories live. Discover now