Bab 10 ♡ Del ♡

8 2 0
                                    

  Tepat jam 9 pagi , semua penghuni mansion Diaz Vercetti telah berkumpul di ruang makan yang mewah dan besar ditingkat pertama mansion itu. Tengku Arda Mikhayla , Tengku Adelia Medina dan ahli Diaz Vercetti yang lain berkumpul di ruang makan untuk menjamu selera sebelum bertolak ke universiti masing-masing. Tiga kereta iaitu Audi RS6 Avant , Audi RS4 Avant dan Audi Q3 Sportback yang bakal digunakan oleh mereka untuk menuju ke destinasi berbeza sebentar lagi telah pun disediakan oleh anak buah Tengku Adyan Mateen.

    Audi RS6 Avant bakal menuju ke Technical University of Munich. Manakala Audi RS4 Avant pula bakal menuju ke Ruprecht Karl University of Heidelberg. Akhir sekali Audi Q3 Sportback bakal menuju ke Ludwig Maximilian University of Munich.

    "Dah siap?" tanya Tengku Adyan Mateen dengan nada yang datar seperti biasa

    "DAH!" balas mereka serentak dengan nada separa jerit membuatkan Tengku Adyan Mateen dan Noah Isqandar yang dalam keadaan diam dan tenang itu terkejut kecil

    "Semangat betul" bisik Noah Isqandar kepada Tengku Adyan Mateen dengan ketawa kecil.

    Memang betul lain suasana hari pertama sejak bilangan orang dalam mansion ni bertambah. Sebelum ni takde lah semangat sampai macam ni. Tengku Adyan Mateen hanya diam sambil menggeleng kecil kepalanya. Awal-awal dah pening. Tak tahu lah macam mana nak hadap sampai 4 tahun ni. Entah-entah mati dulu.

    "Ok dah boleh masuk kereta masing-masing. Qan dengan Qaid tunggu kejap. Aku ada hal nak cakap"

    Selepas mendengar arahan daripada Tengku Adyan Mateen , mereka yang lain segera bergegas ke kereta yang telah disediakan. Di ruang makan itu hanya tinggal Tengku Adyan Mateen , Noah Isqandar dan Qaid Zuhaily sahaja memandangkan ada perkara yang bakal dibincangkan tanpa yang lain.

    "Kau dah sediakan keperluan kau , Qaid?" tanya Tengku Adyan Mateen sebaik sahaja ruang makan itu hanya tinggal mereka bertiga.

    "Dah Ku Dyan" balas Qaid Zuhaily , anak buah kanan terpenting kepada Tengku Adyan Mateen , Noah Isqandar dan Nur Ilhan Hayyan yang juga merupakan ketua kepada Panglima Kanan Diaz Vercetti.

    "Ok seperti yang dipersetujui semalam. Kau ditugaskan untuk jaga adik aku dan adik Aryan dekat sana. Aku nak kau jaga semaksimal mungkin. Ingat yang aku tak nak tengok sekecil zarah pun luka dekat badan diorang berdua terutamanya adik aku. Faham?"

    "Faham Ku Dyan. Saya janji saya akan jaga Ku Del dan Ku Khay dengan sepenuh nyawa saya"

    "Baik. Jadi ingat mulai harini aku akan pegang janji kau ni. Qan , aku tunggu kat ruang tamu" Tengku Adyan Mateen segera berjalan menuju ke ruang tamu untuk menunggu sahabatnya selepas mendapat anggukan 'Ya'. Dia tahu ada yang ingin disampaikan oleh sahabatnya itu kepada anak buah kanannya.

    "Jaga Ku Del baik-baik. Kalau kau tak lakukan tugas kau baik-baik memang aku sendiri yang akan pisahkan kepala kau daripada badan. Faham?!"

    "Faham!"

****

    "Abang!" panggil Tengku Adelia Medina sambil berlari anak sebaik sahaja dia melihat Tengku Adyan Mateen , Noah Isqandar dan Qaid Zuhaily keluar daripada mansion mereka

    "Yes my little rainbow , why are you calling me?" tanya Tengku Adyan Mateen sebaik sahaja adiknya selamat masuk ke dalam pelukkannya.

    "Takde apapun just nak salam dan nak tanya sikit" balas Tengku Adelia Medina sambil mendongak kepala memandang wajah kacak abangnya yang tinggi lampai macam pokok kelapa tu

DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]Where stories live. Discover now