Bab 6 ♡ Qan ♡

13 2 0
                                    

     Setelah purata kiraan 18 jam 18 minit menempuh perjalanan diatas udara daripada Malaysia menuju ke Jerman. Akhirnya mereka berlapan dan juga Aus Farhan telah pun berjaya tiba di negara yang kaya dengan tradisi Burung Helang. Negara yang menjadi tempat dimana terletak satu-satunya mansion utama Diaz Vercetti yang sungguh gah berdiri.

    Negara ini juga merupakan dimana para ahli Diaz Vercetti dan juga anak-anak buah Diaz Vercetti yang sangat terlatih , hebat dan lincah dilahirkan dengan penuh kejayaan. Kehebatan mereka membuatkan sesiapa sahaja berasa gerun untuk mencari masalah dengan mereka. Kerana mereka tahu , sekali sahaja mereka menganggu Diaz Vercetti maka seumur hidup mereka itu tidak akan pernah terlepas daripada genggaman kemas Diaz Vercetti.

    Mereka berlapan berjalan beriringan keluar daripada lapangan menuju ke kereta yang telah disediakan oleh anak buah Tengku Luth Ilham seperti selalu.

    "Akhirnya sampai juga setelah menempuh perjalanan selama 18 jam lebih. Bahagianya rasa" kata Tengku Adelia Medina sebagai pembuka bicara sambil merenggangkan badannya sedikit akibat lenguh yang dihadapi

    "Dah lama kan kita tak datang sini , Del? Last kita datang pun tak silap aku masa kita umur 5 tahun" celah Tengku Arda Mikhayla yang berjalan bersebelahan dengan Tengku Adelia Medina

    "Betul tapi kita berdua jela yang dah lama tak datang sini. Diorang yang lelaki selalu je datang sini. Bagi diorang jarak antara Malaysia dengan Jerman tu dah macam jarak antara rumah aku dengan rumah kau je. Jalan kaki p-ADUHHH SAKIT LAHH!!!" tidak sempat Tengku Adelia Medina untuk menghabiskan ayatnya , telah mendarat tepat satu ketukan dikepalanya. Dia segera menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang mengetuk kepalanya tadi dengan perasaan penuh geram didalam hati.

    "Banyak bunyi betul la kau ni pendek" kata Noah Isqandar tanpa riak dan rasa bersalah itu. Makin panas hati Tengku Adelia Medina mendengar apa yang dikatakan oleh sahabat baik abangnya , Noah Isqandar.

    "Tak. Apa masalah kau sekarang? Kau tak puas hati apa dengan aku ha?" tanya Tengku Adelia Medina geram

    "Kau nak tahu apa masalah aku? It's simple. Semuanya sebab kau pendek dan banyak mulut. Bingit telinga aku tahu tak? Malang betul nasib suami kau nanti , tak boleh hidup tenang."

    "Kalau dengan suami aku nanti takdenya aku bising macamni , aku akan layan dia seperti satu-satunya raja didunia sama macam aku layan abang aku tahu? Dan yang pastinya kau tak payah sibuk tentang kehiupan aku dengan bakal suami aku nanti. Acah macam dia tu penting dalam hidup kita je."

    Tak puas dengan apa yang dikatakan Noah Isqandar tadi , disambung pula tentang perihal ketinggian. Suka betul cari gaduh dengan dia. Nasib sahabat baik Tengku Adyan Mateen je kalau tak dah lama kena sembelih.

    "Dan lagi satu jangan nak main pendek-pendek dengan aku sebabnya tinggi aku ni memang dah purata ideal bagi seorang permpuan kecuali abang aku. Kau tu je yang terlebih tinggi , paham?" kata Tengku Adelia Medina lalu segera berlalu pergi meninggalkan Noah Isqandar yang kaku disitu.

    Tergamam Noah Isqandar ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Tengku Adelia Medina itu. Agak pedas juga ayat yang disembur itu , memang menusuk masuk terus kedalam hati.

    "Tak abang tak adik , dua-dua mulut pedas. Aku yang dah lama dalam geng ni pun masih lagi rasa kepedihan dia apabila segala ayat tajam yang dilontarkan daripada diorang berdua ni , tak kisah dekat aku ke dekat orang lain" ujar Noah Isqandar didalam hati.

    Dia yang paling lama pun masih tak boleh nak tahan rasa pedih daripada kata-kata yang keluar daripada mulut Tengku Adyan Mateen dan Tengku Adelia Medina. Apa lagi orang lain , mahu menangis dulu rasanya.

DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]Where stories live. Discover now