Bab 4 ♡ BAD ♡

12 1 0
                                    

    Hari Jumaat adalah hari kebahagiaan bagi seorang Tengku Adyan Mateen kerena hari itu merupakan hari cuti untuk dia merehatkan diri dan fikiran. Kosongkan segala jadual dan jauhkan diri daripada semua orang dengan mengurungkan diri didalam bilik. Hari cuti lah hari yang dia boleh melakukan pelbagai yang dia inginkan untuk dirinya seperti membaca novel , mengqada' tidur dan melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah SWT seperti membaca Al-Quran , menunaikan solat-solat sunat dan banyak lagi.

    Perkara wajib yang perlu dilakukan selepas subuh pada setiap hari Jumaat bagi seorang jejaka kacak bernama Tengku Adyan Mateen bukanlah bersarapan tetapi tidur. Baginya qada' tidur dulu lebih penting dan wajib daripada makan.

    "Astaghfirullahhalazim!! Ni ke Tengku Adyan Mateen yang ramai perempuan minat sangat sampai siap ada yang hantar rombongan meminang? Yang diorang kata husband material dan menarik sangat tu? Asal tak nampak seperti yang dikatakan pun?" tanya Tengku Adelia Medina dengan nada perli sebaik sahaja membuka pintu bilik abangnya yang tidak berkunci kerena terlupa itu. Selalunya hari Jumaat mesti pintu bilik dia dikunci tapi kalini tak , memang nasib menyebelahinya kali ini.

    Tengku Adyan Mateen yang seronok dibuai lena itu tidak sedar langsung akan kehadiran adik dan adik sepupunya. Tidur mati terus. Letih sangat gamaknya sebab kelmarin seharian sibuk dengan sesi mengemas barang diri sendiri dan barang adiknya , Tengku Adelia Medina untuk dibawa ke universiti mereka esok.

    "Abang Ayan tengah tidurlah. Dia penat sebab kemas barang semalam rasanya. Kita tak payah ganggulah ehh , kita minta tolong abang aku je." pujuk Tengku Arda Mikhayla sambil menarik tangan Tengku Adelia Medina daripada terus masuk ke bilik Tengku Adyan Mateen

    "Tak boleh sister. Ummi suruh kita kejutkan dia juga untuk bangun makan dan temankan kita. Lagipun aku tak harap abang kau si Tengku Aryan Mikhayl tu teman kita , tengok sekarang dah menghilang. Takutnya dia tinggal kita dua dekat mall macam dulu tu sebab pergi jumpa kawan baik dia si Abang Riq dengan Abang Rith tu. Kita minta dia yang bawa pergi dengan balik tapi tengok la last-last abang aku juga yang kena datang ambil bawa balik. Nasib baik tak kena culik" bangkang Tengku Adelia Medina yang faham sangat dengan perbezaan ketara perangai antara Tengku Adyan Mateen dan Tengku Aryan Mikhayl.

    "Tapi.."

    "Dah jom. Jangan banyak bunyi sangat. Ingat yang nak beli barang tu kau. Ke kau nak kita pergi sendiri? Aku ok je tapi kau la eh yang jawab dengan abang aku nanti kalau dia naik angin"

    "Hurmm yela jom"

    Mereka berdua pun segera masuk ke dalam bilik dan berjalan sehingga ke sisi katil dimana Tengku Adyan Mateen sedang seronok diulik lenanya.

    "Amboi patutlah ramai sangat nak si Tengku Adyan Mateen ni sampai ada yang rela jual maruah diri. Rupanya sebab body abang aku ni seksi dan menggoda betul. Hmm , nasib baik lah kau ni jenis yang kuat iman dan tak berfikiran tak senonoh. Kalau tak , tak tahu lah apa yang jadi" bebel Tengku Adelia Medina perlahan sambil memandang badan abangnya yang sedang tidur tanpa memakai baju itu. Dia akui bahawa badan abangnya itu memang sungguh sempurna.

     "Ada ke yang sanggup jual maruah diri semata-mata nakkan Abang Ayan? Aku tahu pun yang datang masuk minang and last-last kena halau balik dengan ummi je" tanya Tengku Arda Mikhayla perlahan supaya tidak mengganggu Tengku Adyan Mateen.

    "Ada. Ramai sangat dan tak silap aku dah lebih daripada 10 orang. Aku memang tak faham betul dengan cara pemikiran diorang tu. Sumpah tak tergamak aku nak kata diorang tu bodoh tapi memang betul bodoh pun. Sanggup gadai maruah diri semata-mata sebab nakkan abang aku"

    "Abang Ayan buat apa je? Ada mengamuk tak?"

    "Ehhh kau macam suka je abang aku mengamuk kat orang ni"

DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]Where stories live. Discover now