Sehingga kini rasa bersalah dan ingin berterima kasih itu sentiasa berkobar-kobar didalam dirinya meskipun peristiwa itu sudah berlalu terlalu lama. 13 tahun bukanlah masa yang singkat tetapi kejadian itu akan sentiasa melekat diingatan selagi dirinya tidak berjumpa dengan budak lelaki yang telah menyelamatkannya ketika itu. Bagi Tengku Arda Mikhayla , budak lelaki itu adalah hero kecil kepadanya dan memandangkan dia tidak mengetahui nama maka dia memberi satu nama panggilan iaitu 'Little Knight'.
"Hoi Khay! Kau termenung apa ha? Teringat dekat 'Little knight' kau tu lagi ke?"
"Astaghfirullahhalazim , Del! Apa main sergah-sergah ni?! Terkejut aku tahu tak? Aduh...nasib tak luruh jantung ni" balas Tengku Arda Mikhayla sambil mengurut dadanya. Memang buat hal la dia ni. Nasib la takde penyakit jantung kalau tak memang dah mati dah.
"Ha termenung lah lagi. Kan dah mendapat HAHAHA. Aku ni dah bagi salam siap combo panggil dengan sopan tadi tahu. Tapi memandangkan kau tak dengar sebabnya member tengah mengelamun jauh kan jadi terpaksa la aku sergah kau"
"Eiii kau ni sama je dengan perangai Abang Ayan kan"
"Ayan? Memang lah kena sama , dah nama pun adik dengan abang tapi yang paling bagus mestilah aku hahaha"
"Angkat bakul sendiri lah pula dia ni" monolog Arda sendirian didalam hati. Entah dekat manalah dia beli confident tu. Maybe it's from shopee or maybe it's from Lazada , I think
"Tak baik lah kata macam itu dekat abang kau wahai Tengku Adelia Medina. Apa pula kata Abang Ayan nanti kalau dia tahu kau kata macam tu dekat dia. Dah la panggil guna nama ja. Ingat yang dia tu abang kau , faham?"
"Rileks la sister. Si kepala beku tu takkan marah aku punya dan sebab dia adalah kami berdua punya biul tu sama naik je. Kau ingat dia tak mengutuk belakang aku ke? Entah-entah setiap hari dia bergosip dengan kawan baik dia pasal aku" kata Tengku Adelia Medina sambil jari telunjuknya diangkat lalu diarahkan ke arah abangnya , Tengku Adyan Mateen yang sedang fokus memancing ikan disungai.
Tengku Arda Mikhayla dan Tengku Adelia Medina masing-masing mempunyai seorang abang. Tengku Aryan Mikhayl merupakan abang kepada Tengku Arda Mikhayla manakala Tengku Adyan Mateen pula merupakan abang kepada Tengku Adelia Medina. Kekacakan dan kecantikan mereka memang tiada tandingan kerana mereka berdarah campur.
Tengku Adyan Mateen dan Tengku Adelia Medina lah yang akan selalu menjadi incaran ramai kerana memiliki wajah yang kacak dan cantik , aura yang kuat dan tersendiri dan juga mempunyai sepasang mata berwarna biru kekelabuan yang sangat cantik manakala Tengku Aryan Mikhayl dan Tengku Arda Mikhayla yang mempunyai sepasang mata berwarna biru.
"Lantak pi kat hang lah , aku malaih nak kata pa dah. Tak tau la teqantuk kat mana sampai jadi ketegaq lagu ni"
"Uishhh loghat kedah mat! Lagi 2 hari nak balik KL baqu hang nak cakap loghat kedah noh. Uishh tequk nih" usik Tengku Adelia Medina yang berperwatakan ceria. Dialah penghibur mereka setiap hari.
"Hang pun sama naih. Kata aku padahai hang tu dah haqi keempat jijak tanah dekat depan umah tok baqu nak cakap loghat Kedah kot" balas Tengku Arda Mikhayla lalu mereka ketawa bersama
"Oii dah pukui 6 ni , jom lekaih kita balik takut sat lagi tak pasai pula kena beletiaq dengan tok" celah Tengku Adyan Mateen sambil mengangkat barang yang sudah kemas untuk dibawa pulang.
"Ha hat ni memang phiaw punya loghat Kedah! Boleh dikatakan tiap tahun dua kali balik Kedah semata-mata nak mancing ikan dengan nak pi boqong kuih saqang buqung ja" kata Tengku Adelia Medina sambil berjalan mendekati abangnya
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...