Tengku Adyan Mateen hanya fokus memandu kereta BMW M5nya menuju ke Avenue K Shopping Mall sambil menahan kesakitan yang dihadapinya ketika itu. Sementara Tengku Adelia Medina tidak henti melirik abangnya disisi dengan perasaan risau kerana wajah Tengku Adyan Mateen yang semakin memucat manakala Tengku Arda Mikhayla yang memilih untuk berdiam diri dibelakang kerana rasa bersalah terhadap abang sepupunya yang tidak sihat ketika itu.
"Kenapa tak bagitahu aku yang Aryan takde dekat rumah tadi?" tanya Tengku Adyan Mateen memecah kesunyian.
"Kami tak nak kau marah dia" jelas Tengku Adelia Medina jujur bersama anggukan daripada Tengku Arda Mikhayla
"Dah dia yang buat hal kan jadi memang patut pun kena tegur"
"Sudah la. Nanti tak pasal-pasal pula korang dua bergaduh. Aku tak nak abang aku luka sebab sepupu sendiri walaupun aku tahu kau kuat daripada dia"
"Hmm yela" balas Tengku Adyan Mateen yang akur dengan permintaan adik kesayangannya itu.
Setelah memarkirkan kereta ditempat yang disediakan ,
"Bang , kau tunggu sini jela. Rehat badan kau tu , dah makin pucat aku tengok. Biar kami dua je yang pergi"
"Takpe aku ikut. Aku risau takut jadi apa-apa dekat korang berdua"
"Aku ada kan Tengku Adyan Mateen. Sia-sia jelah aku belajar taekwando sampai dapat tali biru kalau tak digunakan. Boleh ehh abang kesayanganku" pujuk Tengku Adelia Medina dengan muka comelnya sambil mengoncang tangan abangnya
"Hmm yelah. Apa-apa bagitahu aku cepat , faham. Dan jangan biarkan Khay seorang diri. Bahaya sebab dia takde seni pertahan diri macam kau" akur Tengku Adyan Mateen kerana tidak mampu membantah lagi akibat kepalanya yang semakin sakit itu.
"Ok abang kesayanganku" balas Tengku Adelia Medina gembira lalu mencium pipi Tengku Adyan Mateen berkali-kali tanpa henti
"Stop it Tengku Adelia Medina. Dah pergi beli apa yang korang nak beli , kejap lagi nak pergi makan pula"
"Khoroshiy boss!"
Keluar sahaja Tengku Arda Mikhayla daripada kedai menjual handshock , Tengku Adelia Medina segera bertanya kepadanya."Kau ada nak beli apa lagi tak?"
"Aku rasa macam nak beli hadiah terima kasih untuk Abang Ayan lah"
"Ok so benda apa yang kau nak bagi?"
"Perfume"
"Ok jom" balas Tengku Adelia Medina lalu mereka berdua segera bergegas ke kedai perfume yang terletak tidak jauh daripada situ pula.
Hari berganti hari dengan cepat. Maka hari ini adalah hari dimana Tengku Adelia Medina dan Tengku Arda Mikhayla akan mengikuti ahli Diaz Vercetti yang lain untuk ke negara yang kaya dengan tradisi Burung Helang. Mereka akan melanjutkan pelajaran mereka disana selepas mendapat tawaran kerana keputusan SPM mereka yang sangat cemerlang.
"Bang , kau ok tak ni?" tanya Tengku Adelia Medina sambil memegang lengan abangnya yang sedang duduk disebelah kerusi menunggu
"Ok" balas Tengku Adyan Mateen ringkas dengan matanya yang masih setia dipejam. Dia masih sakit malahan semakin teruk sakit itu. Kepalanya itu makin kuat berdenyut sehingga matanya tidak mampu celik seperti biasa
"Kau dah makan ubat belum?"
"Dah"
"Aku risau la dengan keadaan kau sekarang. Baik kau jujur sebelum kantoi dengan Walid"
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...