Tengku Adelia Medina menangis teresak-esak dalam keadaan melutut itu dipeluk erat oleh Tengku Arda Mikhayla. Dia mengimbas kembali segala pengorbanan abangnya untuk keluarga mereka , Diaz Vercetti dan juga orang lain diluar sana. Benar kata Tengku Arda Mikhayla tadi , abangnya lah yang paling banyak berkorban selama ini. Tengku Adyan Mateen sanggup mengorbankan masa muda dan dirinya dengan menerima amanah daripada Walid dan Papa yang pada ketika itu dia baru sahaja berumur 16 tahun.
"Betul apa yang kau cakap , Khay. Abang aku dah banyak berkorban secara langsung dan tidak langsung selama ni. Dia sentiasa berusaha mengubah diri dia untuk menjadi lebih kuat dan tak pernah sekali pun aku dengar dia mengeluh kata dia penat. Dia pendam semua rasa sakit seorang diri dan aku sebagai adik dia sepatutnya bantu ringankan beban tapi aku pergi tambahkan lagi beban dekat dia. Aku jahat kan Khay sebab buat abang aku sendiri macam tu , mesti dia marahkan aku kan" kata Tengku Adelia Medina lirih dengan esakannya
"Sikit pun kau tak jahat , Del. Mungkin Abang Ayan simpan semua rasa sakit tu seorang diri sebab dia tak nak membahayakan kita. Percayalah cakap aku yang Abang Ayan sikit pun tak marahkan kau sebab kau satu-satunya adik dia dan mestilah dia sayang sangat dekat kau walaupun kau suka cari pasal dengan dia. Mana tahu dengan dia bergaduh manja dengan kau tu boleh memberikan dia sedikit ketenangan. Apa yang penting sekarang ialah hargai dan sayangi dia seperti yang aku cakapkan tadi. Kau nak bergurau dengan dia tu buat je tapi yang penting jangan sakitkan hati dia. Boleh?" Tengku Adelia Medina hanya mampu mengangguk kepalanya untuk mengiyakan soalan Tengku Arda Mikhayla itu.
Tengku Arda Mikhayla terus-menerus menenangkan Tengku Adelia Medina dengan memeluk setia tubuh supupunya itu. Dia faham apa yang dirasai oleh Tengku Adelia Medina ketika itu kerana dia juga mempunyai seorang abang , Tengku Aryan Mikhayl meskipun pengorbanan abangnya itu tak seteruk dan sebesar Tengku Adyan Mateen , abang kepada Tengku Adelia Medina.
Knock knock
"Del? Khay? Korang tak tidur lagi ke? Dah pukul 2.30 am dah ni. Esok pagi kata nak pergi ronda dulu sebagai kenangan hari terakhir dekat kampung sebelum balik KL." tanya Tengku Adyan Mateen disebalik pintu bilik
"Abang Ayan lah Del" bisik Tengku Arda Mikhayla yang masih setia memeluk Tengku Adelia Medina
"Ehh kau nak pergi mana?" tanya Tengku Arda Mikhayla dengan nada terkejut kerana Tengku Adelia Medina yang secara tiba-tiba melepaskan pelukan mereka.
"Aku nak pergi jumpa abang aku sekejap. Aku nak peluk dia. Aku rindu dengan pelukan dia." balas Tengku Adelia Medina yang masih sebak
"Del? Khay? Are you two alright? " tanya Tengku Adyan Mateen lagi dengan nada risau. Dia benar-benar risau ketika itu. Takut ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sudah la dia tidak membawa apa-apa alatan dibadan ketika ini.
"Ha pergi lah , kesian Abang Ayan tengah tunggu. Mesti dia tengah risau sangat tu" Tengku Adelia Medina mengangguk lalu segera berjalan ke arah pintu bilik untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka , Tengku Adelia Medina terus masuk ke dalam pelukan abangnya yang sedang berdiri tepat dihadapannya. Tengku Adyan Mateen tetap membalas pelukan adiknya itu meskipun dia dalam keadaan terpinga-pinga ketika itu.
"Apa hal pula adik aku ni? Tak pernah dibuatnya peluk aku malam-malam ni" tanya Tengku Adyan Mateen didalam hati
15 minit kemudian , Tengku Adelia Medina segera melepaskan pelukan itu lalu memandang wajah kacak abangnya yang kehairanan dengan tindakannya yang secara tiba-tiba tadi dengan pandangan sayu.
"Aku teringin nak peluk kau je Ayan"
"Tak. Aku yakin ada sebab kenapa kau tiba-tiba saja nak peluk aku tadi. Aku nak tahu apa sebab dia tapi memandangkan dah lewat sekarang jadi esok jelah aku nak kau jelaskan. Sekarang aku nak kau pergi basuh muka dengan kaki lepastu tidur tapi sebelum tidur tu make sure baca doa tidur dulu ok? Aku taknak kau menangis lagi sebab aku tak suka tengok adik aku menangis terutamanya sebab aku , faham?" balas Tengku Adyan Mateen sambil tangannya ligat mengelap air mata yang masih tersisa disekitar wajah adiknya.
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...