Punggung dilabuhkan di sebuah pondok kecil berdekatan sungai sambil menikmati keindahan sang pencipta yang sangat mampu menenangkan fikiran dan badan setiap manusia. Matanya yang tertumpu tanpa berkedip ke arah sungai dan senyuman manis sesekali terlakar diwajah cantiknya akibat terhibur dengan karenah dua orang lelaki dan seorang gadis yang sangat dia kenali dan rapat. Fikirannya kembali mengingati peristiwa hitam yang hampir meragut nyawanya 12 tahun lalu. Dimana ketika itu dia baru berumur 5 tahun.
"Hey cutey , are you alright?" tanya seorang budak lelaki yang terduduk lemah diatas jalan bersebelahan taman permainan sambil menahan kesakitan dibahunya akibat digigit oleh seekor anjing yang terlepas.
Nyawa budak comel dihadapannya ini hampir sahaja diragut oleh seekor anjing peliharaan berbaka German Shepherd yang dipercayai terlepas kerana pintu sangkarnya tidak dikunci dengan kemas. Untung sahaja dia cepat bertindak menyelamatkan budak tersebut.
"Hiks hiks ma...maap" budak comel itu tidak henti memohon maaf akibat kecederaan yang dihadapinya sekarang
"Hey cutey , stop crying please. Tengok saya ok kan?" pujuk budak lelaki itu sambil tersenyum lemah dengan wajah yang semakin memucat. Dapat dirasakan badannya sudah semakin melemah ketika itu. Apakah ini pengakhiran hidupnya? Adakah ini kali terakhir dia dapat melihat wajah budak comel yang menjadi tatapan kegemarannya pada waktu sekolah dan waktu petang selepas sekolah?
"YA ALLAH! Adik!" ibu kepada budak comel itu bergegas berlari mendapatkan anaknya dan segera membelek sebelum memeluk tubuh kecil itu
"Mama...tolong celamatkan abang" kata budak comel yang masih sedikit pelat itu sambil jari telunjuknya diarahkan tepat ke arah budak lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.
Senyuman masih lagi dan akan sentiasa terlakar dibibirnya supaya budak comel itu tidak takut dan tenang. Meskipun umur mereka tidak jauh beza tetapi masih terdapat sedikit jurang perbezaan diantara itu. Dia yang sudah petah bercakap dan sudah berada ditahap permulaan kematangannya manakala si budak comel yang diselamatkannya itu masih mempunyai sedikit pelat semasa bercakap dan masih belum sampai tahap permulaan kematangannya. Perbezaan ini berlaku mungkin kerana mereka lahir di tahun yang berbeza.
"YA ALLAH , Nak!" ibu kepada budak comel dengan segera mendapatkan budak lelaki dan memangku tubuh kecil itu. Menggunung perasaan bersalah dihati pada masa itu kerana tidak perasan akan keadaan budak lelaki itu. Dia dengan segera memanggil suaminya datang lalu budak lelaki itu diangkat dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera kerana takut ia akan meragut nyawa budak lelaki itu
"Hey little boy , please wait a little bit more ok?" kata bapa kepada budak comel yang dia selamatkan. Malangnya budak lelaki itu sudah tidak mampu untuk membalas sepatah langsung soalan tersebut. Pandangannya semakin menggelap kerana matanya yang kian memberat dan pada akhirnya terpejam rapat didukungan itu.
––——————————————————
** Gembala Jerman (German Shepherd) , juga dikenali di Britain sebagai Alsatian yang baka asal adalah Jerman. Merupakan anjing kerja bersaiz daripada sederhana hingga besar. Baka ini dibangunkan oleh Max von Stephanitz yang menggunakan pelbagai anjing penggembala tradisional Jerman dari tahun 1899.
Nama lain bagi anjing ini ialah Anjing Gembala Jerman (German Shepherd Dog) , Alsatian , Anjing Serigala Alsatian (Alsatian Wolf Dog) , Deutscher Schäferhund , Altdeutsche , Schäferhunde. Dan ia berasal daripada negara yang kaya dengan tradisi burung helang iaitu Jerman
YOU ARE READING
DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]
FanfictionD'S SERIES 1 "Being loved by you is the things that makes me feel very happy" - Aus Farhan Tengku Arda Mikhayla. Seorang budak comel yang hampir sahaja kehilangan nyawa akibat satu peristiwa hitam ketika dia masih kecil. Nasib masih menyebelahinya k...