Bab 8 ♡ Hantu ♡

6 2 0
                                    

    Masa berlalu dengan sungguh pantas sehingga tidak sedar bahawa tinggal sehari sahaja lagi sebelum kehidupan Tengku Arda Mikhayla dan Tengku Adelia Medina berubah sebenarnya. Kehidupan sebagai seorang remaja dan juga seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang merupakan satu cabaran untuk menempuh kehidupan fasa dewasa kelak.

    Kehidupan fasa dewasa adalah satu fasa hidup yang sungguh tidak terjangkau dan mencabar dek akal bagi semua orang. Kerana di fasa ini lah kita semua perlu berdikari mencari rezeki , kuat tubuh badan , cekal jiwa dan bijak dalam mengatasi masalah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

    Seperti yang dikatakan oleh Tengku Adyan Mateen'Gunakan dan hargailah masa yang tersisa dengan sebaik mungkin hari ini sebelum menemui perubahan baru pada keesokkan hari' kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi keesokan harinya.

    "Khay. Jom bangun solat tahajud" kejut Tengku Adelia Medina pada pukul 4.00 am akibat terjaga daripada tidurnya. Daripada semalam lagi dia memang sudah berniat bangun tengah malam untuk menunaikan solat tahajud. Dan Alhamdulillah kerana Allah SWT telah membantunya supaya terjaga di pertengahan malam.

    "Pukul berapa sekarang?" tanya Tengku Arda Mikhayla dalam keadaan mamai.

    "Dah pukul 4.00 am dah. Kau nak ikut tak? Kalau tak nak aku nak solat sendiri je" balas Tengku Adelia Medina

    "Kau pergilah ambil wudhuk dulu lepastu panggil aku balik" kata Tengku Arda Mikhayla lalu menarik kembali selimutnya yang sudah terjatuh sehingga ke pinggangnya

    Tengku Adelia Medina menggelengkan kepala melihat kerenah sepupunya itu. Dia mengatur langkah keluar daripada bilik mereka dan turun ke dapur untuk mengisi air memandangkan air didalam bekas airnya sudah habis.

    "Ya Allah mengantuknya hambamu ini" kata Noah Isqandar perlahan sambil menguap sebaik sahaja turun ke bawah bersama Tengku Adyan Mateen dan Nur Ilhan Hayyan. Tujuan yang dituju mereka juga adalah dapur kerana mahu menemani Nur Ilhan Hayyan si penakut mengisi bekas airnya.

    "Bukan kau je tapi aku pun mengantuk sekali" balas Tengku Adyan Mateen perlahan sambil berjalan beriringan dengan Noah Isqandar dibelakang Nur Ilhan Hayyan.

    Ketiga-tiga mereka bangun untuk menunaikan solat tahajud yang sepatutnya dah siap mengambil wudhuk untuk solat. Tetapi disebabkan si penakut Nur Ilhan Hayyan yang ingin mengambil air dahulu maka terpaksalah ketiga-ketiga mereka turun ke dapur.

    "Dah kau pergilah ambil kat water despenser tu. Aku dengan Dyan tunggu sini" arah Noah Isqandar sambil melabuhkan punggungnya di kerusi ruang makan. Sebaik sahaja punggungnya selamat berlabuh , tuala yang berada dikepala terus ditarik menutupi muka. Dia mengambil peluang itu untuk melelapkan mata sebentar

    "Dyan.." panggil Nur Ilhan Hayyan lirih. Noah Isqandar ni lebih pentingkan tidur tu daripada teman dia. Dah la dia penakut teruk. Datanglah benda apapun dia boleh beranikan diri lagi tapi kalau hantu tu rasanya pitam dulu. Hantu yang paling ditakutinya adalah pontianak. Dah la muka buruk ada hati nak mengorat orang.

    "Pergi je Baby Hay. Aku dengan Qan ada dekat sini. Kitorang takkan tinggalkan kau" pujuk Tengku Adyan Mateen lembut lalu melabuhkan punggung dihadapan Noah Isqandar yang sudah dibuai lena. Tahu apa yang dirayukan oleh Nur Ilhan Hayyan tapi dia tak nak layankan sangat.

    Sampai bila nak jadi penakut macamtu. Entah macam manalah si penakut ni hadap setiap hari nanti bila dia dengan Noah Isqandar dah kahwin. Dia nak Nur Ilhan Hayyan biasakan diri tanpa mereka berdua nanti. Jarak antara ruang makan dan dapur tu beberapa langkah je.

    "Hmm yela" balas Nur Ilhan Hayyan mengalah. Tahu dah yang mereka berdua tu takkan temankan dia. Terpaksa lah beranikan diri juga untuk pergi seorang diri.

DV'S SECRET : LITTLE KNIGHT [EBOOK]Where stories live. Discover now