Meskipun bermandi dengan peluh, dia tidak mengalah. Latihan pada hari ini bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan yang akan datang. Nasib baik dia memakai t-shirt tanpa lengan pada hari ini memandangkan dia perlukan tenaga sepenuhnya untuk berlatih dengan Sifu Aziz.
Dia tidak lupa memakai pendakap gigi sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan giginya patah semasa perlawanan. Begitu juga dengan sarung tangan nipis.
Buk Buk!
"One more," arah lelaki separuh umur berjambang putih.
Buk Buk!
"Good punch, Phyton," puji Sifu Aziz. Dia cerlung tajam setiap pergerakan Ian Hayf.
Ian Hayf. Jejaka tampan yang berbakat dianugerahkan kebolehan untuk beraksi di gelanggang. Digelar 'Phyton' dalam Akademi Unholy MMA kerana sentiasa memenangi kesemua pertandingan 'muay thai' yang disertainya. Hasil latihan sejak dari kecil membuahkan hasil sehingga hari ini.
CEO Akademi Unholy MMA ini, Tengku Dilan memerangkap sebagai rakan baik Ian Hayf yang mengelola akademi ini. Tujuan akademi ini ditubuhkan atas permintaan Ian sendiri demi mengasah bakatnya. Sifu Aziz pula dilantik sebagai ketua pelatih MMA di sini.
MMA atau Mixed Martial Arts adalah pertandingan yang menggunakan pelbagai jenis pertahankan diri. Pelbagai jenis seni mempertahankan diri dibenarkan dalam MMA ini seperti taekwondo, karate, judo, muay thai.
"Saya tak rasa cukup kick lagi, sifu. Saya banyak termiss shot," ngeluh Ian.
"Kunci untuk kemenangan ialah tenang, Phyton. Kau kena belajar itu semua. Apa yang aku nampak, kau terlalu cepat nak balas serangan tanpa kau fikirkan strategi lawan kau seterusnya. Tindakan kau itu akan memakan diri kau nanti. Kau perlukan fizikal yang kuat selain perlu bijak dalam melakukan teknik atau pergerakkan untuk menewaskan musuh," nasihat panjang diberikan oleh sifunya.
"Baik, sifu." Dia akur. Peluh yang menitik dibiarkan sahaja.
"Kau MMA fighter terbaik di akademi ini. Disebabkan kau lah Tengku Dilan boleh tubuhkan akademi ini. Jadi, buat yang terbaik. Sekarang kita tamatkan latihan. Kau rehat dan balik. Fikirkan cara untuk kau baiki kesilapan kau. Esok lusa aku panggil kau masuk gelanggang, kalau kau masih buat silap yang sama, aku tarik nama kau daripada perlawanan itu."
"Saya minta maaf sifu. Saya janji saya akan perbaiki teknik saya selepas ini." Adrian tunduk memberi hormat kepada lelaki tua itu. Mereka berdua turun dari gelanggang.
"Lepas ini kau pergi mana? Aku kenal dengan kau, kau tak akan balik awal."
Sifu Aziz sudah biasa dengan kegiatan harian anak didiknya yang satu ini. Tak pernah melekap di rumah dan sentiasa ada sahaja perkara yang ingin dilakukan.
"Macam biasa saya ada perjumpaan penting, sifu. Tengku Dilan's order," jawab Ian malas. Tangannya laju mengemas beg pakaian dan botol air.
"Kau tak penat asyik kerja bawah orang? Mungkin sudah tiba masanya kau mula ambil orang pula kerja untuk kau. Kau berpotensi, Phyton," cadang sifu.
"Saya selesa hidup macam ini. Kerja di bawah orang tak bermaksud kita tak boleh selevel dengan mereka. Lagipun, Tengku Dilan sekeluarga dah baik ambil saya bekerja dan hasilnya lumayan."
"Apa-apa sahaja lah. Jangan lupa kirim salam dekat Tengku Dilan. Cakap dengan dia jangan ternak lemak, mari datang berlawan dengan aku." Sifu Aziz mencabar rakan Ian.
Adrian tergelak kecil. "Dia itu penakut. Tak ada maknanya nak lawan sifu yang hebat ini. Dia lagi rela duduk rumah goyang kaki. Saya gerak dulu."
Sifu Aziz membalas dengan anggukan. Dia berpaling untuk melihat pelatih-pelatih MMA yang lain.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Romance2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu