Tengku Seducer: 16

8.9K 488 66
                                    

Ian menompang siku di atas motor, menanti Alessandra bersiap. Hari ini mereka akan hadir bersama ke majlis perkahwinan Dilan dan Qasarina. Akhirnya, kahwin juga. Dek lama menunggu, Ian membawa keluar vape dari poket baju Melayu dan disedut untuk memaniskan tekak.

Ralit mata memerhati keadaan sekeliling, tiba-tiba muncul Alessandra di ambang pintu manis dengan kebaya berwarna ungu lembut dan selendang yang menutupi separuh rambut. Sudahlah warna baju mereka sama padan. Asap yang berkepul-kepul di udara dikibas supaya tidak terkena pada wanita itu.

"Sorry, lama ke you tunggu?" Alessandra tayang sengih tak bersalah.

"H-hm."

Sampai tak boleh bercakap kau Ian dek terpana dengan kecantikan Alessandra.

"You marah I ke?"

Ian cuma membalas dengan gelengan. Haih, dah tak ada mulut ke cik abang ini?

"Habis itu kenapa you diam?" Alessandra menggodek beg tangan untuk mengambil cermin kecil yang sentiasa dibawa kemana-mana. Mukanya dibelek melalui pantulan cermin. Okay sahaja, tiada cacat-cela.

"Mungkin sebab kecantikan kau mampu mengunci mulut aku. Hati nak memuji, tetapi mulut kata jangan," selar Ian.

Jawapan jujur Ian menghamburkan tawa Alessandra. Geli hati pula apabila lelaki itu bermadah pujangga.

"Kau boleh ke naik motor dengan kebaya ini? Aku boleh patah balik ambil kereta," soal Ian risau. Dia ingatkan wanita itu cuma akan pakai baju seperti biasa, kali ini lain pula fesyennya.

"No need. I dah biasalah, boleh."

Dengar sahaja jawapan Alessandra, terus lagi satu helmet dicapai dan dipakaikan ke kepala wanita itu. Tali diketatkan bagi tujuan keselamatan. Nak bawa anak dara orang, kenalah bawa dengan elok-elok.

Malaiqa kan amanah Ian.

Alessandra terus membonceng di belakang Ian. Nak dekat 2 minit mereka berada di atas motor, masih tiada tanda-tanda lelaki itu ingin bergerak.

"Kenapa you tak gerak lagi?" Alessandra menepuk bahu Ian memberikan isyarat.

"Kau...tak puji aku pun? Aku tak handsome ke hari ini?" Tubuh Ian tegak. Dia cuma perhatikan riak wajah Alessandra melalui pantulan cermin sisi.

Alessandra kerutkan dahi.

"You fikir pasal ini dari tadi? Jangan kata sebab ini you taknak gerak?" Soalan dibalas soalan. Apa nak heran dengan mereka berdua ini.

"Kau tak puji, jadi aku taknak gerak. Tak ada semangat." Ian mematikan enjin motor.

"Ian, jangan buat perangai boleh tak? You itu ahli keluarga pengantin lelaki. Kalau kita lambat, apa kata orang?" marah Alessandra.

"Dahlah tak puji orang, lepas itu nak marah-marah orang," gumam Ian.

"Nanti dekat sana, beraturlah perempuan nak puji you. You kan pujaan hati diorang," perli Alessandra.

Sebenarnya dia boleh sahaja puji Ian, cuma dia tidak mahu menyuap ego lelaki itu. Tipulah kalau dia kata Ian tidak kacak apatah lagi ini kali pertama dia lihat lelaki ini lengkap dengan persalinan baju Melayu berwarna ungu.

"Semangat aku ada pada kau, bukan pada diorang," jawab Ian perlahan.

"Fine. You looks good today. I terpana, terdiam lalu terkentut tengok kekacakan you. Indah sangat ciptaan Tuhan yang satu ini untuk I," puji melambung Alessandra berikan.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now