WAD hospital VIP itu sunyi, hanya kedengaran desahan mesin perubatan yang memantau keadaan Tengku Adhan. Fahrel berdiri di tepi katil dengan wajahnya yang berkerut. Sedaya upaya dia berusaha menahan emosi yang membuak. Ayahnya terbaring lemah, muka pucat, tetapi dalam keadaan itu, Fahrel melihat satu sinar harapan—sinar yang hanya boleh diberi oleh kuasa seorang bapa.
Dia perlu hentikan kegilaan Fahim yang semakin dibiarkan, semakin menjadi-jadi.
"Ayah." Fahrel memecah kesunyian. Dia mengambil tempat duduk di tepi katil hospital.
"Tolonglah bangun. Selama ni, Fahrel tunggu ayah bangun untuk redakan keadaan, tapi makin lama keadaan makin tak terkawal. Ni semua dah tak boleh dibiarkan. Fahim... dia dah semakin jauh, yah. Dia sanggup membunuh dan menculik perempuan-perempuan itu hanya untuk karya seni yang gila ini. Semua ini hanya untuk banggakan ayah!"
Sejujurnya, tak pernah terdetik dalam hatinya ingin memanggil lelaki tua itu dengan gelaran 'ayah'. Kerana sesungguhnya, lelaki itu memang tidak layak. Lelaki berumur itu punca ibunya membunuh diri kerana sakit dicurangi. Itupun setelah kehadiran Alessandra yang membongkar segala kebusukan ayahnya berlaku curang.
Dan sejak itulah, dia juga tidak pasti sama ada dia berdendam dengan Alessandra atau dia patut berterima kasih dengan wanita itu. Cuma satu hal yang dia tahu, dia tidak mahu Alessandra mati di tangan kembarnya. Tiada siapa yang berhak mati di tangan sesama manusia.
"Kalau ayah sedar, kita boleh hentikan semua ni. Kita kena hentikan Fahim sebelum semuanya terlambat." Fahrel menggenggam tangan ayahnya yang masih terbaring kaku, dengan matanya yang penuh harapan.
"Abang tu... dia cuma nak dapatkan pengiktirafan ayah. Dia fikir, kalau dia lakukan sesuatu yang luar biasa, ayah akan bangga. Dan semua ni memang salah ayah sebab ayah dari dulu tak pernah nak banggakan dia. Semua ni... memang salah dari dulu," rintih Fahrel keseorangan.
Dia teringat beberapa panggilan telefon dan mesej daripada Ian Hayf tentang kegiatan Fahim kebelakangan ini. Dia terpaksa berdiam diri sehinggalah dia selesai di sini. Tengku Adhan, adalah kunci untuk menghentikan kegilaan Fahim.
***
Di dalam sebuah kedai barang bayi, Ian dan Alessandra berjalan beriringan. Hari ini mereka sedondon. Alessandra mengenakan gaun labuh berwarna biru tua manakala Ian mengenakan T-shirt Ralph Lauren berwarna biru tua dengan seluar slek panjang hitam.
"Baby tengok ni! Comel!" Alessandra menjerit teruja, menunjuk kepada sepasang kasut bayi yang berwarna merah jambu.
"Ha, yang mana?" tanya Ian. Hampir sahaja jantungnya melonjak keluar apabila Alessandra menjerit secara tiba-tiba.
Simptom ibu mengandung memang datang sekali dengan nada suara naik seoktaf ke?
Alessandra menjuih bibir. "Bukan youlah! I cakap dengan baby kita. Little fighter."
"Lah, aku pun baby? Apa salahnya aku yang jawab?" Ian beriak tidak puas hati.
"Ada ke baby besar gedabak macam you ni? Tak ada kan? Eh, jomlah tengok botol susu pula!" ajak Alessandra. Dari tadi dia mengheret Ian ke sana ke sini. Nasib baiklah lelaki itu bukan jenis yang merungut.
"Oh, lupa pulak aku ni bibik kepada baby ni, kan?" omel Ian dengan nada ingin merajuk. Nak jadi bapa ni, sensitiflah. Salah budak kecik dalam perut tulah.
Sampai sahaja mereka di bahagian botol susu bayi, Alessandra membelek-belek botol susu jenama Hegen itu. Inilah botol susu viral dan kegemaran ibu-ibu semua kan?
"Hegen ni lelaki ke perempuan?" Pertanyaan Ian membuatkan Alessandra berkerut seribu.
"Apa maksud you?"
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Romance2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu