BUNYI hujan yang lebat di luar menggusarkan hati Ian. Dari tadi dia menanti kepulangan isteri tetapi masih tak kelihatan batang hidung Alessandra. Mahu mencari, dia tengah dalam fasa merajuk. Habis seluruh lantai di bilik dijejaknya.
Baru teringat akan sesuatu, dia mencari telefon pintar yang dicampak entah ke mana. Aplikasi 'Tracker' dibuka. Ini salah satu cara mudah untuk dia jejak lokasi sebenar Alessandra. Ada gunanya juga rantai yang dipasang dengan GPS itu.
Dahinya berkerut melihat lokasi terkini Alessandra. Rasanya macam dia kenal kawasan ini. Bukan ke.. ini pekarangan rumah Ku Kaf?
Tiba-tiba, kedengaran bunyi aneh dari luar tingkap. Seolah-olah ada orang sengaja membaling batu ke arah tingkap biliknya. Ada perompak ke? Pantas, dia menghayunkan kaki ke tingkap. Kawasan luar rumah ditinjau.
Kelihatan seorang wanita berpakaian persis Alessandra berdiri di tengah laman.
"Malaiqa? Dia buat apa tengah-tengah hujan ini?" Tuala di ampaian ditarik. Haih, kalau demam isterinya itu macam mana?
Belum sempat dia ingin turun mendapatkan isterinya, muzik berirama menyapa gegendang telinga. Luar tingkap dijenguk kembali.
"What?" Ian bagaikan tidak percaya dengan apa yang dipertontonkan kepada dia saat ini.
Bole chudiyan, bole kangna
Haai main ho gayi teri saajnaPinggul Alessandra mula melenggok ke kiri dan ke kanan. Dalam hati habis disumpah ranahnya Dahlia atas idea ini. Kata Dahlia, inilah kesukaan anak-anak muda sekarang. Tambahan pula Ian memang minat Bollywood.
Tak pasal-pasal dia kena belajar menari dalam masa yang singkat tadi. Tak apa Alessandra, demi memujuk putera muda yang merajuk.
Dia toleh ke belakang sekilas untuk mengintai jikalau masih ada sosok Ian di tingkap. Ya, lelaki itu sedang menontonnya sekarang. Bajunya yang lencun disebabkan hujan diabaikan sahaja.
Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)Badan Alessandra mula berputar, dengan gerakan tangan yang dihayunkan lembut.
Ian tersenyum senget. Ah, ini pasti cubaan Alessandra untuk memujuk hatinya yang masih rajuk. Dagunya yang licin tanpa sebarang janggut diusap beberapa kali.
What a nice view.
Sepantas kilat dia berlari turun ke halaman rumah. Perkara sebegini jarang berlaku.
Haai haai main marjaawa marjaawa tere bin
Ab to meri raatein kat ti taare gin gin
Bas tujhko pukaara kare,
meri bindiya ishaara kareAlessandra masih meneruskan tariannya dengan harapan Ian nampaklah usahanya yang satu ini. Biasanya budak-budak tak merajuk lama kan?
Belum penghujung lagu, tiba-tiba tangannya ditarik membuatkan segala pergerakannya terhenti. Ian mencerlung ke arahnya tajam.
"Enough, Malaiqa." Mendatar suara Ian memberi arahan.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Romance2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu