Suasana akademi MMA kalut dengan pergaduhan antara dua petinju Malik dan Zaidi. Disebabkan salah faham, mereka berdua menjadikan pertarungan itu sebagai pertarungan kalah mati.
"Lawan, lawan!" Sorak orang sekeliling.
Malik terus menerpa ke arah Zaidi ingin melayangkan penumbuk padu sekali lagi. Zaidi sudah longlai di atas lantai gelanggang.
"Korang semua buat apa dekat tempat aku?!" Tempik satu suara garau.
Suara yang bergema satu ruangan menyebabkan suasana sunyi sepi. Masing-masing tidak mampu berbicara dan riuh seperti sebelum ini. Mereka hanya mampu menahan rasa takut di hati melihat wajah garang Ian Hayf dan Tengku Dilan di muka pintu.
"Aku tanya jawab!" Tempik Ian lagi. Dilan di sebelah hanya menggeleng melihat perangai masing-masing. Boleh membusukkan nama akademi.
Sejurus sahaja mereka mendapat panggilan daripada pengurus di sini, terus Dilan mendapatkan Ian. Soalnya, perihal budak-budak di sini cuma Ian yang lebih tahu dan lebih dekat dengan mereka.
"P-phyton," jawab Malik tergagap-gagap.
"Apa masalah kau dengan Zaidi sampai tumpah darah macam ini?" Zaidi yang terkulai di atas gelanggang dikerling sekilas.
"Z-zaidi.." Malik kemam bibir.
"Kau pakai tangan pandai, tapi bila aku suruh buka mulut kau menggelupur. Yang lain? Ada yang nak beritahu aku apa masalah dua ekor ini?" Satu persatu muka penonton di situ direnung tajam.
"Zaidi dengan Malik gaduh pasal perempuan Phyton. Zaidi rampas girlfriend Malik," terang Shawal sebagai salah seorang petinju.
Ian tergelak sinis. "Gaduh sampai tumpah darah disebabkan seorang perempuan? Korang berdua hilang akal ke apa?"
"Aku sayang dia Phyton. Dia satu-satunya kekasih hati aku tapi Zaidi bodoh ini cuba masuk line," jawab Malik.
"Salah Zaidi atau salah perempuan kau?" Soal Ian sinis.
"Maksud kau?"
"Tetamu tak akan masuk kalau tuan rumah tak buka pintu sendiri. Kalau kau rasa Zaidi mampu rampas perempuan kau, maknanya perempuan kau pun rela untuk diri dia dirampas. Pakai otak, Malik."
"Tapi Phyton-"
Ian mengangkat tangannya tinggi menghalang Malik daripada terus berbicara. Dia sudah terlalu penat seharian, dia malas mahu berhadapan dengan perkara bodoh sebegini.
"Aku nak kau angkat Zaidi, dapatkan rawatan untuk dia. Kalau esok lusa aku datang sini, masih ada kesan luka yang kau tinggalkan dekat dia, mati kau aku kerjakan," ugut Ian.
"B-baik," akur Malik. Dia gerun dengan lelaki di hadapannya ini. Sudahlah Ian Co-CEO akademi ini, bila-bila masa dia akan dibuang kalau dia langgar tatatertib.
"Yang lain? Nak jadi tunggul kayu? Bersurai lah!" Perli Ian.
Barulah semua berpusu-pusu turun dari gelanggang dan berlalu meninggalkan Ian dan Tengku Dilan berdua di dalam ruangan itu. Ian duduk di tepi gelanggang memicit kepalanya.
"Garang juga kawan aku ini eh," tegur Dilan setelah dia hanya berdiam diri tadi.
"Kau yang belum pernah tengok aku tengking budak-budak itu semua. Macam itulah cara aku nak didik diorang. Kalau baik sangat, diorang semua pijak kepala aku."
"Tak sangka diorang boleh gaduh macam itu disebabkan seorang perempuan," nyata Dilan perlahan.
"Kau baru tahu ke? Perempuan memang dugaan dan halangan terbesar untuk lelaki," ujar Ian sinis.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Lãng mạn2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu