Tengku Seducer: 46

6.1K 448 24
                                    

Hari ini satu lagi kes mengerikan telah dilaporkan. Mengikut berita yang telah disiarkan, mayat diikat sebelum dikelar. Semua mangsa merupakan wanita yang berlatar belakangkan kehidupan susah, depresi dan kehilangan arah dalam hidup mereka.

Lebih menyayat hati apabila kulit kesemua mangsa itu ditoreh dan dihiris seperti kambing. Isi daging mangsa merah merekah. Atas alasan apa pembunuh melakukan perkara terkutuk itu, masih belum diketahui oleh pihak polis memandangkan kes masih dalam siasatan. Untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh oleh orang terdekat juga tidak mencukupi memandangkan kesemua kawan rapat mangsa mempunyai alibi yang sangat kukuh.

Namun, satu hal yang menarik tentang kes ini adalah corak pembunuhan itu. Semua mangsa masing-masing mempunyai satu tanda 'P' berserta nombor aneh di belakangnya. Sama seperti kes mangsa sebelum ini, Cik Alia.

'P; 23'

Kod itu seolah-olah satu kod rahsia yang sengaja ditinggalkan sebagai pembayang oleh pembunuh bersiri tersebut.

Fahrel memejamkan mata, menarik nafas panjang. Penumbuknya dikepalkan.

"Ini tak lain tak bukan kerja kau lagi, Fahim."

Telefon pintar yang elok terletak di atas meja dicapai dengan kasar. Nombor seseorang didail.

"Hello? Aku rasa kita kena cepatkan langkah kita."

•••

Ian lagi sibuk bersandar pada kerusi bilik kerjanya. Setelah panggilan telefon yang panjang dengan Fahrel tadi, dia memilih untuk merehatkan minda sambil berfikir tentang cadangan Fahrel.

Sedang dia asyik membaca mesej di Whatsapp, tiba-tiba terdetik ingin melihat perbualan antara dia dan Mighdad. Sudah bacakah lelaki itu?

Nama kontak Mighdad ditekan. Matanya bersinar apabila skrin memaparkan yang lelaki itu sedang 'online'. Pantas dia menekan butang gambar telefon.

Dia menunggu Mighdad mengangkat panggilannya.

"Salam, abang hijau taik Mighdad Askan," sapa Ian sejurus sahaja Mighdad menjawab panggilannya. Memang dari dulu dia suka cari pasal dengan kawan karibnya itu.

"Aku bukan Alessandralah." Mighdad mengeluh panjang. Sudahlah dia tidak boleh lama mengangkat panggilan, ditambah pula dengan Ian yang bermain-main. Letak nanti merajuk setahun pula kawannya ini.

Ian tertawa. "Aku tahulah. Malaiqa aku mana boleh disetarakan dengan sesiapa pun. Kau sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Cuma, penat sikit. Kenapa?"

"Saja. Aku nampak kau online tadi. Tu aku terus call sahabat aku ini. Kau dah baca semua luahan hati aku?" tanya Ian teragak-agak. Dia bukan apa, segala luahan perasaan sedih dan gembiranya dia sudah utarakan kepada Mighdad meskipun selalu satu tick sahaja.

Cuma Mighdad yang dia percaya. Nak buat macam mana kan? Nak luah pada Ku Kaf, belum tentu ayahandanya itu faham. Lihat sahajalah apabila dia beritahu menantunya mengandung, terus melompat kijang Ku Kaf. Tak fikir pinggangnya yang sudah menua. Tunggu masa untuk reput.

"Dah. Kau okay?" soal Mighdad. Dia menanggalkan jaket di badannya. Sempatlah dia berehat sebentar sebelum sambung lagi latihan. Rantai besi yang tergelung di lehernya terhayun kiri dan kanan.

"Macam inilah bro. Sandra kalau berjumpa dengan aku bercakap pun nak taknak," luah Ian.

"Memanglah. Dia terasa sebab kau nampak macam tak suka dengan anak korang itu," pintas Mighdad.

"Kau patut luah dekat Sandra, apa yang kau luah dekat aku. Aku yakin dia akan faham. Dia isteri kau kan? Lagipun, pasal maklumat Mr. FA itu aku dah minta bantuan kawan aku. Nanti aku send document itu ke kau," beritahu Mighdad prihatin.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now