Ian memakai jam tangan Rolex miliknya. Susuk tubuh Alessandra yang duduk melunjur di atas katil dikerling sekilas.
"Wifey aku tak pergi kerja harini, kan?" soal Ian sembari kakinya menghampiri isterinya itu.
Wanita itu tampak sibuk menghadap laptop. Mungkin lagi menyiapkan tugasan. Maklumlah, sejak dia sarat mengandung ini, Madam Laia membenarkan dia untuk bekerja dari rumah. Risau kalau terjadi apa-apa.
Alessandra diam. Mungkin tidak dengar pertanyaan suaminya.
Ian geleng kepala. Hujung bibirnya ternaik. Dia mara ke arah katil sebelum sedikit membongkok.
"Hey, Ian Hayf's wife." Ian pagut dagu isterinya sehingga wanita itu mendongak.
Alessandra tersenyum. "Ya, hubby. You ada tanya apa-apa ke?"
"Yes, wifey. Tadi aku tanya... boleh tak aku nak meminang anak orang?" usik Ian.
Nak meminang anak dara lain? Mustahil. Kalau anak dara itu Alessandra, baru dia akan betul-betul masuk meminang.
"You dah tempah ke tanah khas sedalam 7 kaki untuk you? Kalau dah, I izinkan," jawab Alessandra dengan nada mengusik. Macamlah dia tidak tahu lelaki itu sedang menguji kesabarannya saat ini."
"Garanglah. Garang-garang nak pergi mana wifey? Ni, aku tanya tadi kau tak pergi kerja hari ni kan? Tak ada nak pergi mana-mana kan?" Ian tergelak kecil. Sejak dah sarat mengandung ini, isterinya itu mudah marah, alpa dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Apa sahajalah tingkah bumil itu yang selalu memeranjatkan Ian?
Cuci tandas sambil nangis? Pernah.Makan atas lantai sebab nak suasana baharu? Pernah.
Nak bela kucing sebab suka dengar bunyi 'Meow'? Pernah.
Alessandra menggumam. "I rasa I nak pergi shopping barang baby. Boleh?"
"Oh, no way. Kau tak boleh keluar sorang tanpa aku. Bahaya tahu tak?" Ian gelengkan kepala sambil jari telunjuknya bergerak kiri dan kanan. Betul-betul dia tidak setuju dengan idea Alessandra.
Ada hati isterinya itu nak keluar sendiri? Kalau ada orang jahat kejar, isterinya itu hanya mampu lari dua langkah. Selepas dua langkah, sudah mengah! Apatah sejak mengandung ini, wanitanya itu berjalan seperti Penguin.
"Ala..." Alessandra muncung sedepa.
Ian duduk di birai katil, betul-betul bersebelahan dengan kaki isterinya. Tangannya mula mengurut lembut wanita itu.
"Baby, aku dah pernah cakap dan kita dah pernah bincang pun pasal ni kan? Kau tak boleh keluar sorang, especially tanpa aku. Kalau ada Dahlia sekalipun aku takkan benarkan.."
"Kenapa? You tak percayakan Dahlia?"
"Bukan baby. Aku risau dengan keselamatan kau orang berdua. Kau dan Dahlia sama-sama perempuan. Sekuat mana pun kau orang, kodrat kau korang masih kodrat seorang wanita. Even Mighdad pun takkan benarkan perempuan dia untuk keluar seorang," jelas Ian panjang lebar.
Alessandra mengeluh.
"Ni mesti sebab hari itu kan? You dah tak percayakan I untuk keluar sorang." Alessandra bersuara.
Ian senyum pahit. "He almost hurt you and our little fighter. I won't forgive myself if he ever did something bad to both of you. Even worse, like Mighdad said, dia dah semakin berani tunjuk terang-terangan yang dia memang aim dan nakkan isteri aku. Macam mana aku tak risau?"
"I..."
"Dengan Fahrel yang hilang tiba-tiba. Aku.. aku dah buntu sebab main source of information aku dah lesap," cantas Ian. Dia raup rambutnya ke belakang.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Romance2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu