Sejak mereka bertengkar mulut, sosok Ian langsung tidak kelihatan. Gundah-gelana hati Alessandra sebagai seorang isteri. Serba salah pun ya kerana dia telah melukakan hati Ian. Jam dinding dilirik sekilas. Sudah masuk pukul 1 pagi.
Dia kalih ke kanan, kalih ke kiri tetap mata degil tidak mahu katup. Macam tahu-tahu sahaja dia menunggu si suami. Ralit memikirkan keberadaan Ian, tiba-tiba bunyi kuakan pintu. Ian sudah balik!
Matanya dipejamkan. Sengaja dia tidak mahu lelaki itu tahu dia menanti.
Ian meletakkan jam tangannya di atas meja solek. Dia sudah terlalu rimpuh kerana berjam-jam dia habiskan masa melepaskan geram pada punching bag di akademi. Wajah mulus Alessandra yang nampak seperti diulit lena direnung lama.
"Tidur pun cantik. Bila gaduh je kurang cantik sebab macam rimau," borak Ian sendiri. Mentang-mentanglah isterinya tidur.
Puas merenung wajah Alessandra, dia membawa diri ke dalam bilik air. Badannya berkeringat.
Mendengar sahaja pintu bilik air ditutup, Alessandra kembali celikkan mata. Kurang asam! Dia kata aku macam rimau? Tapi ke mana Ian pergi tadi?
Selesai membersihkan sisa-sisa peluh masin, dia keluar dengan hanya bertuala. Baju tidur di dalam almari dicapai dan disarungkan ke badan. Tempat di sebelah Alessandra menjadi tujuannya seperti biasa.
Alessandra hanya diam apabila terasa henyakan di sebelah. Pasti Ian sudah berbaring. Tak semena, dia terasa hempapan tangan kekar di bahagian pinggangnya. Sebelah mata dibuka sedikit untuk mengintai.
Kelihatan Ian peluk tubuhnya seperti malam-malam sebelum ini. Tak tahan dalam kepuraan, Alessandra bangun mendadak membuatkan Ian terbeliak. Belum tidur isterinya ini?
"You pergi mana? Kenapa baru sekarang balik?" sembur Alessandra bertalu-talu.
"Kau belum tidur?" tanya Ian.
"Belum. I tunggu youlah," jujur Alessandra.
"Oh."
Itu aje dia balas?
"You merajuk dengan I lagi ke Ian? Atau you masih marahkan I?" Pinggang Ian dicuitnya.
"Just sleep Malaiqa. Aku mengantuk dan aku penat. Baring cepat, nak peluk." Ian mendepakan tangannya. Boleh pula isterinya itu duduk sekarang ini? Alessandra tahu tak Ian tak boleh tidur tanpa human bearnya?
"Kenapa nak peluk I kalau you masih merajuk? Ingatkan dah tak sudi," omel Alessandra.
Ian mendocak selari tangannya menarik langsung Alessandra menyebabkan wanita itu terbaring elok di sisinya.
"Banyak mulut. Kita nak peluk itu bagi jelah," ujar Ian perlahan di sebalik samar-samar cahaya.
"Masalahnya you yang tak habis-habis lagi nak merajuk dengan I."
"Merajuk, merajuklah. Peluk tetap kena peluk," gumam Ian. Dia perketatkan lagi rangkulan di pinggang Alessandra. Gemar betul dia dengan wangian isteri.
"Gedik," ejek Alessandra. Dalam keterpaksaan pun, tangannya masih memeluk pinggang Ian.
"Shh, tidur. Esok kau kena bangun awal, kerja." Tangan Ian setia menepuk lembut badan Alessandra seolah-olah isterinya itu anak kecil yang perlu didodoikan.
"I bukan babylah!" tepis Alessandra.
"Kau wifey baby aku."
•••
Hari ini Alessandra terpaksa datang ke agensi sendiri disebabkan Ian mempunyai hal yang lebih mustahak. Padahal dapat dia rasakan lelaki itu masih mengelak untuk berdua-duaan dengannya. Malam semalam sahaja Ian dirasuk hantu manja. Pagi ini dirasuk hantu ice bear.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Storie d'amore2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu