Beberapa bulan kemudian
ALESSANDRA merenung kosong segelas air sirap di atas mejanya. Dari semalam lagi fikirannya mula bercelaru memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk mendekati tengku Dilan nanti.
"Woi!" Bunyi tepukan di meja menyentakkan Alessandra daripada lamunan.
Dia angkat kening tinggi tanda bertanya.
"Cik Seducer kita ini fikir apa? Serabut betul aku tengok?"
"Kau... dah cari maklumat pasal Tengku Dilan?" Tanya Alessandra. Dia meneguk air sirap yang lama ditenung tadi.
"Oh, pasal Tengku Dilanlah ini? Dah. Aku dah jumpa dia dekat golf arena hari itu. Easy babe. Aku minta nombor dia, terus dia bagi! Itu pun aku cakap aku cuma nak bincang pasal MMA Academy dia itu dan aku suruh dia jumpa kau sebab kau berkenan dekat dia," jelas panjang Dahlia.
"How does he look? Good-looking or nah?"
"Itulah masalahnya sekarang ini! Dia pakai mask masa itu. Aku tak boleh nampak muka full dia. Alah babe, apa susah. Kau jumpa dia nanti confirm-confirm kau dapat tengok muka dia," pujuk Dahlia.
"Seriously Dahlia? Aku ini dah letih asyik jumpa lelaki yang tak betul, merenyam tak tentu pasal. Itu semua aku kenal muka diorang tau? Kalau si Dilan ini? Kalau dia criminal macam mana?" sangkal Alessandra melulu.
"Are you nuts? Madam Laia tak akan letak kau dalam situasi bahaya, Sandra."
Kedengaran keluh panjang Alessandra.
"Chill, Sandra. Just buat macam biasa. After kau selesai dengan Tengku Dilan, kau gerak. Your mission is done. Hidup macam normal balik. Lagipun ingat satu benda, sebab asal kau buat kerja ini semua," pesan Dahlia.
Alessandra mengoyakkan senyuman pahit.
"Aku harap payment aku lumayan kali ini," ujarnya.
Dia menikmati udara segar sambil menghisap vape di bibir. Berkepul-kepul asap di udara.
"Ian."
Dia panggungkan kepala memandang gerangan yang memanggilnya. Siapa lagi kalau tuan punya rumah si Dilan.
"Tak pergi kerja pula kau hari ini?" Soal Dilan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Ian.
"Malas. Nak rehat," jawab Ian malas.
"Malas ke ataupun kau tunggu Qasarina datang sini?" Kening Dilan terjongket berkali-kali. Mengusik.
Hati kecil Ian tersenyum. Hari ini hari yang bahagia untuknya memandangkan Tengku Qasarina akan pulang ke tanah air setelah bertahun-tahun menyambung pelajaran di Oxford. Rindu pada pujangga hati.
"Kau memang tak ada niat ke nak beritahu Qas apa yang kau rasa? Bertahun-tahun kau simpan perasaan. Nanti dia kena kebas aku tak tahu." Dilan mengapi-apikan perasaan rakan karibnya.
YOU ARE READING
Ian Hayf's: Tengku Seducer
Любовные романы2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] BLURB INSIDE. Theme song: Reminder - The Weeknd ⚠️ Restricted for Pembaca Matang ⚠️ 100% My Story, My Idea ⚠️ No Plagiarism Highest ranking: #1 wattpadmalay #2 wattpadmalay #2 wattpadmelayu