Aku dapati bahawa orang tersebut ialah mamat motor berkuasa tinggi yang hampir melanggar aku pagi tadi.
Aku: Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? *ujar ku marah. Suara aku agak kuat sehingga menyebabkan semua ahli kumpulan aku memberhentikan langkah mereka termasuklah Becky*
Dia: Kau yang halang laluan aku tadi kan? *dengan muka sombong nya*
Aku: Kau yang langgar aku tadi kan?
Dia: Wah...wah...berani nya kau dengan senior kau eh?
Aku: Sekarang ni bukan masalah berani, kau tu tak puas hati apa dengan aku? Pagi tadi, aku berdiri tepi jalan tau. Punya la lebar lagi jalan tu tapi kenapa kau himpit aku? Motor je kan?
Dia: Arghhhh, tak guna! Siap kau aku kerjakan. Kau tunggu je la. Jom geng! *berlalu pergi bersama dua lagi rakan nya*
Semua orang tidak berani untuk masuk campur, diam seribu bahasa termasuklah Afifah yang berdiri kaku disebelahku. Becky pula memerhati dari jauh, namun terserlah kerisauan di raut wajahnya. Kemudian, datang lah dua orang fasi menuju ke arah ku.
Fasi 1: Awak ok tak dik?
Aku: Ok je kak.
Fasi 2: Dik, abang nasihatkan jauhkan diri dari Izz & the gang tu kalau taknak dapat masalah. Minta maaf je kalau dia datang serang lain kali.
Aku: Izz eh nama dia? Bukan salah saya bang. Dia tu yang hampir nak langgar saya. Ada lesen ke tak? Macam tak pandai bawak motor je. *aku mengomel marah*
Fasi 1: Akak tahu bukan salah awak tapi Izz tu memang suka cari masalah. Kami dah tak sabar dia nak habis belajar kat sini. Baru lah bebas sikit. *keluhnya sebagai pelajar tahun 3*
Aku hanya mampu mengangguk faham. Dari situ aku dapat rasa kan yang Izz ini tidak disukai ramai dan ditakuti oleh pelajar lain terutamanya pelajar junior. Kami meneruskan perjalan lawatan kami ke perpustakaan, kafe, dewan kuliah, kolam renang, dan kemudahan-kemudahan lain. Setelah penat berjalan, kami pun Kembali ke dewan utama untuk majlus penutup hari pertama minggu orientasi.
Dalam perjalanan pulang ke asrama, Afifah rancak berbual dengan ku. Dia mengajakku makan malam di kafe yang berdekatan dengan asrama kami. Tiba-tiba sebuah kereta pink yang familiar menghampiri kami lalu berhenti. Tingkap gelap diturunkan, dan benar ternyata pemandu itu ialah Becky seperti sangkaan ku.
Becky: Guys, korang nak ke mana? *nada nya yang sangat cool beserta cermin mata hitamnya*
Afifah: Haiiiii Becky!! Kami nak balik asrama tapi sebelum tu kami nak singgah kafe sana beli makanan untuk dinner malam ni.
Becky: If you guys tak keberatan, jom lah naik kereta I. Kita keluar dinner luar kampus, I know one good restaurant not too far from here.
Afifah: Really??? Yeayyy, thanks Becky. Jom, Freen! *sambil menarik tanganku*
Disebabkan kereta Becky adalah sejenis sport car, jadi hanya terdapat dua pintu. Kebetulan Afifah memakai kain, jadi aku lah yang duduk dibelakang. Becky mengajarku cara untuk turunkan seat untuk aku masuk ke bahagian belakang. Maklum sahaja lah, keluarga aku tidak mempunyai kereta. Afifah pula sangat excited boleh duduk di depan. Sepanjang perjalanan ke restoran itu, hanya Afifah yang banyak bercakap. Aku dan Becky hanya diam seribu bahasa. Aku perasan Becky kerap kali memandangkan melalui cermin pandang belakang keretanya tapi aku pura-pura tidak perasan. Untuk yang kesekian kalinya, akhirnya mata kami bertemu dan dia agak gelabah. Comel! Malu tapi mahu. Tidak dinafikan jantung aku berdebar, pelik. Kami berdua perempuan. What's wrong with me????
Restoran yang Becky bawa kami merupakan sebuah restoran yang agak mewah. Tidak hairan, tengok sahaja kereta nya. Afifah juga tiada masalah untuk makan di restoran begitu kerana dia juga berasal dari keluarga yang berada. Aku memesan nasi goreng kampung. Jika di kampung aku, baru RM5 sepinggan tapi disini mencecah RM19. Aku risau duit yang ibu bekalkan ini tidak mencukupi sehingga akhir bulan. Aku tidak mahu mengusik duit biasiswa kerana aku ingin mengunanya untuk tujuan pelajaran sahaja.
Becky: Freen, that's all you want to order?
Aku: Yes, that's it.
Afifah: Alaa Freen, order lah lamb chop ke pasta ke.
Aku: Takpe, saya teringin nak makan nasi. *terpaksa menipu*
Becky: Are you sure? What about drinks?
Aku: Sky juice is fine for me.
Becky: No, order something else. It's on me. Don't worry.
Aku: Really? Emmm, I don't know nak order air apa. Can you just order what you think is good for me?
Becky: Sure! Is orange good for you?
Aku: Yes, thanks Becky.
Setelah selesai makan, kami Kembali ke asrama. Becky memakir kereta nya di parkir khas di bawah bangunan asrama. Rupa-rupanya ayahnya telah membeli lot parking tersebut khas untuk anak perempuan kesayangan nya. Kami berjalan ke arah lift dan setibanya di aras tiga. Tiba lah masa untuk kami kembali ke bilik masing-masing.
Afifah: Bye Becky, thanks for today. See you tomorrow! *terus meluncur masuk ke dalam bilik*
Becky: No problem.
Aku: Hey, thank you Becky for the treats. Sorry susahkan you.
Becky: You're welcome Freen. Small matter.
Aku: Bye, Beck! Jumpa esok. *senyum malu sambil menatap matanya*
Becky: Beck?? Ok, see ya!
-bersambung-
YOU ARE READING
K.I.T.A
Fanfiction*cerita ini adalah rekaan semata-mata* Hubungan romantis antara dua jiwa yang bermula hanya sebagai seorang teman. Perjalanan hidup Shafreena & Rebecca di kampus dan kehidupan setelah itu diuji dengan pelbagai rintangan. Mampukah kekuatan cinta meny...