BAB 17

325 7 0
                                    

Seperti hari-hari biasa, Becky, Freen, dan juga Afifah akan berkumpul di kafe untuk makan tengah hari setelah selesai kelas masing-masing. Hubungan Freen dan Becky kelihatan baik seperti dulu namun hanya mereka berdua tahu betapa sakit nya rasa di hati. Masing-masing bijak menutupi rasa sakit itu. Sedang mereka menikmati hidangan di kafe, tiba-tiba Izz muncul dan melempar kad jemputan kahwin ke arah Freen dan Afifah. Tindakan nya itu menyebabkan mereka tersentak.

Becky: Kenapa biadap sangat ni Izz?! Tak nampak ke kami tengah makan? Tak boleh bagi elok-elok? *tengking Becky*
Izz: sorry sayang. *mengambil kad-kad tadi dan menyerahkan secara baik* Jemput datang ya.
Afifah: *acah terkejut walaupun sebenarnya dia yang membantu Izz memilih design kad tersebut* Wahhh tahniah korang!
Becky: why don't you ask me first about this?? *Nada kesal*
Freen: Congrats both of you. *terus mendiamkan diri dan air muka nya terus berubah tetapi masih lagi mampu mengukir senyuman kecil yang penuh kepalsuan demi Becky*
Becky: Izz, we need to talk. Freen, Afifah, I dengan Izz gerak dulu tau. Ada hal yang nak diselesaikan. Nanti kita jumpa kat hostel. Korang makan la dulu ya.
Afifah: Okay, pergi dating la tuu. *Nada mengusik sambil menjeling Freen*
Freen: *hanya mengangguk, reaksi muka nya ditutupi dengan cap Nike hitam nya*

Afifah gembira kerana dapat meluangkan masa berdua dengan Freen tanpa kehadiran Becky. Afifah cuba untuk bersembang dengan Freen bermacam-macam topik tetapi dia hanya mendapat reaksi hambar daripada Freen. Freen hanya mengangguk tanda faham tetapi tidak fokus terhadap nya kerana isi kepala nya sekarang ini hanya dipenuhi dengan Becky dan Izz. Menurut kad jemputan tadi yang dia tenung sudah setengah jam, lagi seminggu Becky akan menikahi Izz secara sah. Dia akan kehilangan cinta pertamanya. Betapa sakitnya dan remuknya hati dia bila semua ini berlaku secara tiba-tiba dan mendadak setelah dia baru rasa mencintai dan dicintai oleh seseorang yang dia begitu sayang setelah ibu dan neneknya.

Freen juga sebenarnya telah menceritakan semua tentang dia dan Becky kepada ibu dan neneknya semasa dia pulang cuti semester tempoh hari. Ibu pada mula nya membantah tetapi dia cuba menerima pilihan hati Freen kerana ibu nya tahu selama ini Freen sangat susah nak sayangkan seseorang sepertimana dia sayangkan Becky. Nenek pula memang menentang sekeras-kerasnya. Freen sedih tapi dia harus terima kenyataan yang hubungan mereka berdua pasti mendapat tentangan.

Becky pula memang jenis berahsia dengan keluarga nya, tetapi abang nya Richie sudah mula menghidu hubungan mereka berdua sejak dari hari kejadian yang dia terserempak dengan mereka berdua di mall berjalan berpegangan tangan dalam keadaan mesra. Sehingga kan Richard mengikut mereka sampai ke tempat parkir kereta dan melihat mereka bercium. Sejak itu, Richard yakin yang adiknya Becky dan Freen memang ada hubungan istimewa. Richard juga telah menyiasat latar belakang Freen kerana bimbang dia mengambil kesempatan ke atas adiknya Becky, namun dia yakin Freen seorang yang tulus dalam mencintai adiknya kerana Freen betul-betul menjaga Becky dari semua sudut terutamanya dalam pelajaran.

Afifah: Freen, jom kita keluar tengok wayang alang-alang kelas Prof. Johan batal.
Freen: Malas lah. Aku nak balik bilik. *Nada lemau, badmood*
Afifah: alaaa jom la. Kau selalu macam tu, kalau Becky ajak laju je kau iyakan.
Freen: *merasa serba salah dan dia cuba nak lupakan apa yang terjadi tadi* yela-yela. Jom.
Afifah: yeayyyyy jom! Aku drive. Kau belum pernah naik kereta baru aku kan.

Menarik tangan Freen ke kereta. Sesampai mereka di mall, Afifah menggandeng tangan Freen seperti kanak-kanak riang. Freen yang badmood, ikutkan sahaja apa yang dilakukan nya kerana dalam kepala nya ketika itu hanya acara pernikahan Becky yang bakal berlangsung dalam masa seminggu lagi. Di dalam pawagam pun, dia hanya menatap layar dengan perasaan kosong. Sedangkan Afifah disebelah mengambil kesempatan untuk memeluk lengan Freen dan menyorokkan muka nya di bahu Freen kerana mereka menonton cerita hantu.

Setelah keluar dari pawagam, Afifah mengajak Freen ke Watson untuk membeli sesuatu. Freen mengikut jejaknya yang ingin masuk kedalam kedai tetapi pentas di halang oleh Afifah. Freen berkerut hairan.

Afifah: Freen, kau tunggu je dekat luar ni eh. Aku boleh masuk sorang. Lagipun aku nak beli satu barang je.
Freen: Takpe aku boleh teman kau.
Afifah: Eh takpe-takpe. Kau tunggu kejap eh. Bye *dia berlari masuk ke dalam kedai meninggalkan Freen*

Freen mula hairan dengan perangai Afifah. Biasanya dia suka menempel dengan Freen. Setelah selesai, Afifah keluar dari kedai dan menyapa Freen.

Afifah: Hi, let's go. Jom balik bilik.
Freen: done? Ok jom. *Malas banyak tanya*

Dua hari selepas itu, Freen dengan Becky pergi ke mall lagi untuk membeli persiapan kahwin Becky. Walau berat hati untuk menerima semua ini, Freen menerima pujukan Becky untuk menjadi bridesmaid di hari pernikahan nya. Dia ingin Freen berada di sisi nya. Setelah siap membeli barang, mereka berjalan melalui Watson dan Freen teringat tentang Afifah tempoh hari. Dia pantas masuk meninggalkan Becky terpinga-pinga di luar kedai. Dia berrtanya kepada semua staff yang ada sambil menunjukkan gambar Afifah jika ada pekerja yang mengingati Afifah. Nasib Freen sungguh baik kerana penjaga kaunter itu mengingati Afifah dan memberi tahu Afifiah ada bertanya kepadanya berkenaan dengan pregnancy test dan membelinya.

Alangkah terkejutnya Freen bila mendapat tahu tentang ini. Setelah mengucapkan terima kasih  kepada pekerja tersebut, dia pantas menuju ke arah Becky yang sedang menunggu di luar kedai.

Becky: hon, what's wrong? Do you need something? Why so urgent? If need a pad, I do have it here.
Freen: no baby, I cari yadom. Habis stok pulak. *terpaksa menipu*

-bersambung-

K.I.T.AWhere stories live. Discover now