-Sehari sebelum pernikahan Becky dan Izz-
Becky dan Freen sungguh sibuk menyiapkan segala peralatan dan pakaian yang perlu dipakai pada keesokan harinya. Tiga kawan sekolah Becky iaitu Irin, Jane, dan Camila juga mula tiba di kediaman Becky untuk turut serta menjadi bridesmaid nya. Mereka semua akan menginap di situ untuk kelancaran majlis. Pada petang itu, laman mansion Mr. Armstrong sudah dihias indah dengan pelaminan yang bertema serba putih. Meja dan kerusi sudah disusun kemas di sekitar laman dan dalam rumah. Lampu-lampu juga siap dipasang. Sementara kawan-kawan Becky yang lain sedang sibuk membantu mama nya menyusun goodies untuk tetamu, Freen berada di dalam bilik menemani Becky menyemak semua barang-barang sehingga lah Freen menyedari yang kasut tumit tinggi nya tertinggal di asrama.
Freen: oh shit! *sumpah nya*
Becky: why honey? *Nada risau*
Freen: babe, I'm sorry to say this tapi kasut I tertinggal kat hostel. I pergi ambil sekarang ya. Boleh tak I nak pinjam kereta you sekejap.
Becky: oh, damn it. No, I won't let you drive alone dengan kalut macam ni. Never. Kejap I call Pak Rahim suruh hantar you. Boleh?
Freen: tapi I taknak susahkan dia babe. I can go by myself.
Becky: Shafreena. I said no. *memberi pandangan tajam dengan nada bengis*
Freen terpaksa akur dengan arahan kekasih hati nya yang hampir bertukar menjadi singa. Pak Rahim terus memandu menuju ke asrama Taylor University. Dia hanya diam memerhati Freen yang jauh merenung ke luar tingkap kereta dengan pandangan kosong. Muka nya kelihatan muram, bukan nya gembira. Pak Rahim tahu dia berkawan rapat dengan Nona Rebecca tetapi masih belum mengetahui tentang hubungan istimewa nya dengan Becky. Pantas sahaja Freen sedih bukan nya gembira kerana kekasih hati bakal bernikah dengan orang lain. Setelah 30 minit meredah kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur walaupun jarak rumah Becky dengan universiti sangat lah dekat, akhirnya sampai.
Pak Rahim: Freen, dah sampai nak.
Freen: *tersedar dari lamunan* oh, tak perasan pulak saya. Pak Rahim tunggu sini kejap saya naik ambil kasut secepat mungkin.
Pak Rahim: eh takpe, jangan kalut pak Rahim boleh tunggu.
Freen: sorry susahkan pak Rahim, saya terlupa nak bawa kasut tu sekali tadi.
Freen berlari anak ke biliknya kerana dia tidak suka membiarkan orang lain menunggu nya. Sesampai nya di bilik, dia mengetuk pintu berkali-kali tetapi tiada sahutan dari dalam. Dia pelik, Afifah tiada di bilik ke. Nasib baik dia membawa kunci biliknya sekali, jadi dia masuk ke dalam dan ya betul, Afifah tiada di bilik. Dia bergegas mengambil kasutnya dan menuju keluar tetapi ada sesuatu yang mencuri perhatian nya sehingga membuat langkahnya terhenti. Dia ternampak pregnancy test di atas meja Afifah. Dia segera ke meja itu dan alangkah terkejutnya Freen mendapati keputusan yang terpapar di alat itu menunjukkan 'positive'. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap beberapa keping gambar sebagai bukti jika ada perkara yang tidak diingini berlaku kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Afifah kebelakangan ini. Setelah beberapa minit, Freen kembali ke kereta.
Pak Rahim: haaa Freen, macam mana? Dah siap?
Freen: ok Pak Rahim, dah ambil dah. Hehe sorry tunggu lama.
Pak Rahim: eh takpe. Tak lama pun.
Freen baru memasang tali pinggang kaledar, tiba-tiba dia terdiam kaku melihat Afifah sedang berdiri menunggu di tempat parkir kereta khas nya. Muka nya nampak gelisah, wajarlah kerana keputusan pregnancy testnya tadi kalau betul itu yang membuatnya resah. Freen cuba bersangka baik mungkin dia sedang menunggu penghantar makanan tetapi sangkaan dia salah apabila sebuah super bike yang familiar meluncur laju menghampiri Afifah.
Pak Rahim: eh itu Tuan Izz kan?
Freen: ha'ah la, Pak Rahim. Tu memang dia.
Pak Rahim: eh itu perempuan yang sama di kondominium tempoh hari.
Freen: kondo? Bila?
Pak Rahim: eh tak tak. Pak Rahim salah orang kot. *cuba mengelak dan pura-pura tak tahu*
Freen: Pak Rahim ada sorokkan sesuatu ke? Saya merayu, tolong bagitahu saya sebab perempuan tu kawan sebilik saya.
Pak Rahim: haa??? Apa dia??? Kamu serius nak?
Freen: ya, saya serius Pak Rahim.
Dari jauh mereka berdua menyorok untuk melihat Afifah dan Izz. Setelah Izz turun dari motor nya dia terus menengking Afifah. Begitu juga Afifah, mereka berdua kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang bergaduh. Afifah memukul Izz berkali-kali namun Izz hanya berdiam. Setelah bertengkar sehingga Afifah menangis teruk, Izz kemudian nya beredar dari situ menyebabkan Afifah jatuh terduduk. Tindakan Freen yang bijak untuk merakam segala tindak-tanduk mereka berdua dipuji Pak Rahim.
Dalam perjalanan pulang, Pak Rahim menceritakan semua tentang apa yang terjadi pada malam pertunangan Becky dan Izz. Freen kelihatan sungguh kesal dan marah. Dia menahan marah sehingga menangis, Pak Rahim terkejut tiba-tiba Freen menangis. Dia bertanya dan Freen pun terpaksa jujur hubungan sebenar dia dengan Becky kerana dia terlalu sayangkan Becky. Pak Rahim tidak terkejut dan telah dapat mengagaknya.
Dalam kepala Freen pada ketika ini, dia ingin merencanakan sesuatu supaya perkahwinan Becky dan jantan tak guna itu dibatalkan. Pak Rahim memberi peringatan kepada Freen berkenaan dengan Mr. Armstrong. Beliau sanggup membunuh jika keinginan dia tidak dituruti. Jadi, perkahwinan ini tetap perlu diteruskan namun Freen, Pak Rahim, dan Richard perlu berhati-hati dalam menjaga keselamatan Becky setelah dia menjadi isteri Izz.
-bersambung-
YOU ARE READING
K.I.T.A
Fanfiction*cerita ini adalah rekaan semata-mata* Hubungan romantis antara dua jiwa yang bermula hanya sebagai seorang teman. Perjalanan hidup Shafreena & Rebecca di kampus dan kehidupan setelah itu diuji dengan pelbagai rintangan. Mampukah kekuatan cinta meny...