Aku memerhatikan dia yang sedang minum. Dia yang meminta ku untuk membuat air tadi. Katanya, air yang aku buat sedap padahal bagi aku biasa-biasa je.
"Nurin." Dia memanggil ku.
"Ya bos."
"Terima kasih sebab buatkan air untuk aku. Lain kali nak lagi." Katanya lalu memberikan senyuman manis.
"Ha, sama-sama." Aku mengambil cawan tersebut untuk dibasuh.
"Lepas basuh cawan tu, sambung balik kerja kau ya."
"Baiklah bos." Aku menunduk sedikit lalu beredar dari situ. Tertulis di atas mejanya, Tunku Muhd Akasyah. Ya, dia lah bos aku.
________________________________________
"Assalamualaikum." Akasyah melangkah masuk ke dalam rumah ibu bapanya.
"Waalaikumussalam. Kenapa tak balik dengan papa?" Tanya Marsya.
"Kasyah ada banyak kerja. Sebab tu lah balik lambat." Kata Akasyah selepas menyalami tangan mamanya.
"Ohh. Marilah makan. Ramai yang tengah tunggu Akasyah."
Akasyah mengerutkan dahinya. Ramai?
"Abang." Akasyah menyalami tangan Amin; abang iparnya.
"Sihat?"
"Alhamdulillah, sihat." Kata Akasyah lalu menyalami tangan kakaknya.
"Kak Isha, dah lah tu cubit pipi Kasyah. Kasyah bukan budak kecil lagi."
"Hehe, saja nak cubit pipi kau." Kata Farisha lalu memeluk lengan adiknya.
"Duduk. Kita nak makan ni." Kata Akhtar.
Doa makan dibaca oleh Amin lalu mereka menjamu selera bersama.
****
"Berapa lama kau stay sini kak?" Tanya Akasyah sambil mendukung Raja Aleya Delisya. Asyik tenung aku je budak ni. Handsome sangat ke aku ni? Hehe, puji diri sendiri apa salahnya kan."Sampai hari Ahad. Saja nak bawa Aleya rasa suasana kat sini." Kata Farisha sambil mengusap kepala Aleya. Akasyah hanya mengangguk.
"Girlfriend kau apa khabar?" Tanya Farisha.
"Dia sihat je. Tapi aku risau lah."
"Kenapa pulak?"
"Dia bagitahu aku, ramai pekerja kat syarikat papa tu dah tahu hubungan aku dengan dia. Selama ni, papa sorang je yang tahu." Akasyah memicit kepalanya. Serabut!
"Uncle, otay?" Tanya Aleya dengan pelatnya. (Okay).
"I'm not okay, princess." Akasyah mencium pipi Aleya lalu membenamkan mukanya ke leher Aleya. Ahh, rasa tenang sikit selepas bau anak buahnya ini. Wangi! Bau baby lah katakan.
Farisha mengusap bahu Akasyah. "Sabar ya Kasyah."
________________________________________
"Nurin, kamu ni bila nak kahwin?" Tanya Puan Nur; ibu ku.
"Hmm, tak tahu lah ibu. Tapi Nauha ada boyfriend."
"Ha, elok lah tu. Dia serius tak dengan kamu?" Tanya Nordin; ayah ku.
"Ya. Dia serius dengan Nurin tapi dia bos kepada Nurin. Sampaikan pekerja-pekerja dekat syarikat dia tahu hubungan kitaorang." Jawab ku jujur.
"Kamu ada masalah ke? Kalau ada, kongsilah dengan kami, sayang." Kata ibu sambil mengusap kepalaku.
Aku pun menceritakan tentang Akasyah kepada ibu bapa ku.
"Ok, macam ni lah. Ayah dia pun dah tahu kan. Nauha bincang dengan dia dulu dan tentukan tarikh bila kita nak jumpa mak bapak dia." Kata ayah.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
"Ibu,ayah. Nauha masuk bilik dulu ya."
Sedang berjalan menuju ke bilik, aku terserempak dengan adik perempuan ku.
"Kau ok tak?" Tanya Nora.
"Ok. Nanti lah aku cerita. Aku dah mengantuk sangat ni." Kataku lalu menguap.
"Kau dah habis study ke?"
"Nak rehat kejap. Aku nak ambil air kat dapur."
"Ok. Good night." Aku meneruskan perjalanan ke bilik ku.
Aku hendak cerita sikit pasal family aku. Aku anak kedua daripada tiga beradik. Abang aku dah kahwin dan adik aku masih sekolah. Tak lama lagi, dia bakal menjawab SPM.
________________________________________
"Bos, kita kena bincang." Aku dan Akasyah sedang lunch bersama.
"About?"
"Mak ayah saya nak jumpa bos. Mereka nak kita kahwin."
"Kau biar betul?"
"Betul lah. Nampak saya main-main ke?" Aku menayangkan wajah serius.
"Haih, bukan tak boleh, Nurin. Tapi...."
"Tapi apa? Tak payahlah kisah sangat pasal kata-kata orang tu." Kataku dengan nada geram.
Aku mengambil gelas yang berisi air oren lalu meminumnya sambil menggigit straw minuman itu. Geram tengok bos dia ni!
"Apa kata kita bertunang dulu? Kalau kita nikah terus, nampak macam tergesa-gesa pulak. Rushing-rushing nak ke mana?" Kata Akasyah setelah lama menyepi.
"Saya tak kisah tapi bos kena jumpa parents saya."
" Okay."
_______________________________________
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Ha, sampai pun kamu."
Aku menyalami tangan ibu. Akasyah hanya senyum sambil menundukkan sikit kepalanya tanda hormat.
"Kamu ni Akasyah ya?"
"Ya, mak cik."
"Marilah masuk. Ada benda yang nak dibincangkan."
****
"Kalau boleh, saya nak bertunang dulu dengan Nurin. Lagipun ni dah hujung tahun. Nikahnya tahun depan." Kata Akasyah kepada Nordin."Boleh pak cik minta nombor telefon kamu? Senang sikit nak berkomunikasi. Kamu pun tak pasti lagi bila mak ayah kamu boleh datang jumpa pak cik kan."
Akasyah angguk lalu memberikan nombor telefon nya kepada Nordin.
"Terima kasih, Akasyah."
"Sama-sama pakcik." Akasyah menyalami tangan Nordin.
"Saya balik dulu ya. Terima kasih untuk semuanya."
"Sama-sama nak. Hati-hati balik tu."
________________________________________
Hi readers. Maaflah kalau dah lama tak nampak saya update story. Saya tak sihat. Sekarang pun, tak sihat sepenuhnya lagi.
Stay tuned for the next bab ☺️.
To be continue.......
YOU ARE READING
My innocent wife
RomanceTunku Muhd Akasyah X Nurin Nauha Pada awal perkenalan, Akasyah menganggap Nurin adalah personal assistant nya. Begitu juga dengan Nurin. Dia hanya menganggap Akasyah sebagai bos nya. Entah kenapa, semakin lama, Akasyah tertarik dengan sifat innocen...