Bab 2: Pertunangan

1.3K 24 2
                                    

Setelah berbincang itu dan ini, akhirnya aku rasmi menjadi tunang kepada Tunku Muhd Akasyah. Majlis pertunangan ini diadakan secara sederhana di rumah keluarga ku. Abang ku turut hadir bersama kakak ipar dan dua orang anak saudaraku.

Kini, tetamu yang hadir sedang menjamu selera. Aku dan Akasyah sedang mengambil gambar mengikut arahan jurukamera.

"Okay, settle." Kata jurugambar itu.

"Hah, penatnya." Aku duduk di atas pelamin yang sederhana itu. Aku memakai baju kurung berwarna maroon dan Akasyah pula memakai kemeja berwarna maroon dan seluar hitam.

"Kau nak makan tak?" Tanya Akasyah.

"Erm, boleh juga. Jomlah kita makan. Family kita tengah tunggu tu."

****
Tarikh nikah telah ditetapkan iaitu pada tahun depan bulan Januari. Sepanjang akhir tahun ini, aku bergelar tunang kepada Akasyah, semuanya baik-baik sahaja. Kadang kadang, Akasyah membawa ku berjalan ke mall.

Seperti sekarang ini, selepas membeli tiket untuk ke pawagam, kami berhenti untuk makan tengahari sementara menunggu waktu masuk pawagam. Kami memilih cerita sijjin untuk ditonton bersama.

Sementara menunggu makanan, kami berbual tentang perancangan perkahwinan.

"Nurin, letak telefon. Saya nak bercakap dengan awak. Takkan dah lupa peraturan yang saya tetapkan." Kata Akasyah dengan sedikit tegas.

Peraturannya adalah semasa kami sedang bercakap atau berbincang, tidak dibenarkan pegang dan main telefon. Kalau tak, kena jentik dengan Akasyah.

"Saya tak lupa. Maaf."

" Apologies accept."

"So, awak nak cakap apa?"

"Pasal perkahwinan kita. Awak nak tema apa untuk majlis resepsi belah keluarga awak?" Tanya Akasyah.

"Pasal tu, saya dah bincang dengan ibu dan ayah. Resepi belah keluarga saya, tema nya tradisional."

Akasyah hanya mengangguk.

"Belah keluarga awak, tema apa?"

"Elegant. Next time, saya bawa awak pergi fitting baju." Kata Akasyah.

Aku hanya mengangguk. Tak pernah aku dengar ada tema elegant.

_________________________________________

Selepas masuk ke dalam rumah, Akasyah menuju ke play room. Ini merupakan rumahnya sendiri. Selepas berkahwin dengan Nurin, dia akan tinggal di sini bersama Nurin.

"Hmm, ada lagi benda yang tak cukup. Nanti lah aku beli kat shoppe." Gumam Akasyah.

Sifat ayahnya; Tunku Muhd Akhtar turun kepadanya iaitu seorang yang minat BDSM sex. Nurin pun nampak innocent. Jadi, dia akan ajar Nurin apa itu BDSM.

****
"Tahniah adik-adikku." Kata Akasyah lalu memeluk adik kembarnya.

Tunku Muhd Azman dan Tunku Muhd Azmin berjaya menamatkan pengajian mereka.

"Abang, nak peluk." Kata Tunku Fiera Mikayla dan Tunku Farah Mikayla serentak. Abang kembarnya sudah tamat pengajian. Mereka berdua masih melanjutkan pelajaran. Tinggal beberapa sem je lagi.

"Anak-anak, mari makan." Panggil Marsya.

"Okay mama."

_______________________________________

Ketika ini, aku sedang bermain dengan anak kepada kakak Akasyah. Raja Aleya Delisya namanya.

"Kak Farisha ada berapa orang anak?" Tanyaku.

"4 orang. Anak sulung akak, Raja Aidan Darwisy. Tu dia." Farisha memandang ke arah Aidan yang sedang bermain dengan Azman dan Azmin. Aku juga turut memandang ke arah anak sulung kak Farisha.

"Akak ni 3 kali bersalin."

"Tiga?" Tanyaku. Tak faham. Anak kak Farisha ada empat orang.

"Akak dapat anak kembar masa mengandung kali kedua. Sepasang. Lelaki dan perempuan. Raja Amsyar Daris dan Raja Aireen Damia."

Aku mengangguk tanda faham. Ohh, begitu rupanya.

"Dan budak comel ni, anak bongsu akak." Kataku sambil mencium pipi Aleya berkali-kali.

"Hihihi" kata Aleya. Hanya boleh gelak kecil. Tak boleh bercakap lagi.

"Nurin, mama dan papa saya panggil." Kata Akasyah.

"Ada apa?"

" Tak tahu. Jomlah."

Farisha mengambil Aleya daripada dukungan ku.

"Pergi lah, Nurin. Terima kasih sebab layan Aleya."

"Sama-sama kak. Jumpa lagi budak comel." Kataku sambil mencubit pipi Aleya.

****
Aku sedang tekun menghadap komputer di depanku. Kata-kata bakal mama mertuaku terngiang-ngiang di telinga.

"Jaga batas dengan Akasyah. Aunty tengok dia macam nak terkam kamu."
Kata Marsya.

"Akasyah, kamu pun. Kawal nafsu, jaga batas bila dengan Nurin. Kalau mama tahu kamu ganggu Nurin, siap lah kamu." Pesan Marsya kepada Akasyah.

"Hei, termenung? Dah sampai mana?" Tiba-tiba, Akasyah berada di depan meja kerja ku.

"Astaghfirullah, bos. Terkejut saya. Kalau saya ada sakit jantung, dah lama saya arwah tau." Aku mula membebel.

"Aku datang sini bukan nak dengar kau membebel. Ni, ada kerja baru untuk kau." Akasyah meletakkan fail hitam di atas meja ku.

"Baiklah. By the way, ni laporan yang bos minta semalam." Aku menghulurkan satu fail kepadanya.

"Thank you." Akasyah mengambil fail tersebut lalu pergi ke mejanya.

****
Aku mendengar ada suara-suara yang sedang berkata mengenai aku dan Akasyah. Katanya, aku tidak sesuai dengan Akasyah kerana Akasyah bos dan aku PA nya.

Huh, whatever. Mereka tidak tahu yang syarikat Tunku Akhtar ini akan bertukar pemilik iaitu Akasyah sendiri. Tunku Akhtar hendak bersara. Katanya mahu meluangkan masa bersama isteri, anak-anak dan cucu-cucunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Teringat pula kepada ayah ku. Alhamdulillah dia masih sihat dan masih mampu bekerja.

Sesampai di meja kerja, aku mengambil cermin lalu membetulkan tudung ku.

****
"Terima kasih hantarkan saya balik."

"My pleasure. Maaflah. Saya tak dapat temankan awak tengah hari tadi. Katanya nak cuba baju kahwin." Kata Akasyah dengan nada serba salah.

"Tak apa. Saya minta diri dulu. Drive safely. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

________________________________________

Maaflah kalau bab ni bosan. Cerita ni jadi slow update sebab kadang tak ada idea and malas.

In Shaa Allah, nanti saya update bab baru cuma lambat sikit. Bye 👋❤️

My innocent wife Where stories live. Discover now