Bab 4

46 4 0
                                    

Hazman terjaga pada pukul 6 pagi akan tetapi dia menyadari bahawa Fea tidak ada disebelahnya.

"Perempuan ni lari ke"tangannya mencapai sepucuk pistol di dalam laci. Dengan wajah bengang dia turun kebawah.

Sampai sahaja di dapur dia melihat Fea sedang menyiapkan bekal. Fea  yang merasa seperti diperhatikan mula membalikkan badan dan menemukan Hazman dengan wajah bengang dan tangan mengacukan sepucuk pistol ke arahnya. Fea yang terkejut itu terduduk di lantai.

"Aw-awak kenapa ni?"matanya berkaca-kaca .

Hazman yang melihat dia tidak lari menjatuhkan pistol dan menghampiri Fea yang masih terduduk.

"Aku ingat kau lari"jelas Hazman. Dia pun mengangkat Fea supaya bangun kembali."Awal kau bangun". Tangannya mengelap air mata Fea yang jatuh berguguran.

"Saya buat sandwich ni. Awak nak tuna ke telur mayonis?"

"Tuna"dia berlalu pergi naik ke atas untuk bersiap.

------------------------------------

Selepas sarapan mereka bertolak ke sekolah. Fea diturunkan di depan pagar sekolah. Fea terus masuk ke dalam sekolah. Setelah kelibat Fea menghilang dia pun mula masuk ke parking cikgu. Dia masuk ke parking yang dikhususkan untuk pengetua sekolah itu.

-------------------------------------

Pada perhimpunan pagi itu Fea melihat Hazman ada di atas pentas lebih tepatnya di tempat sepatutnya pengetua mereka duduk.

'jangan kata yang dia ni principal baru'batin Fea berbicara.

"Handsome weih pengetua baru kita. Sado weih. Nampak sangat mesti badan dia berketul"

Plak

Fea memukul kepala Damia yang mula berfikir ke arah lain.

"Sakit lah gila!" Damia sedikit terjerit.

And unfortunately diorang got caught by the teacher

"Yang berdua tu berdiri kat depan sekarang"suruh cikgu Erlina.

Mereka berdua cuma pasrah dan berdiri di depan. Memanglah tak sakit setakat berdiri je pun tapi dia punya malu tu,rasa macam nak masukkan muka dalam poket baju.

Hazman diatas langsung tidak menoleh ke arahnya.

"Seperti yang kamu semua boleh tengok, SMK Seri Bandar Cherul telah menerima seorang pengetua baru" cikgu Erlina memberi sedikit ucapan.
"Dengan ini majlis menjemput pengetua baru SMK Seri Bandar Cherul untuk memberi sedikit ucapan, dipersilakan"

Hazman menapak ke hadapan dan mengambil mic.

"Assalamualaikum,saya Hazman Harrison lorenzo bin Ahmad Denniz lorenzo. Saya berumur 23 tahun. Dan itu saja" Hazman meletakkan mic dan terus duduk.

Rude

--------------------------------------------------

Sekarang pelajaran matematik baru sahaja tamat dan digantikan dengan pelajaran bahasa inggeris,dan seperti yang mereka tahu, pengetua adalah cikgu bahasa inggeris.

Hazman masuk ke dalam kelas 4 ibnu Sina dengan santai.

"Bangun!" Ketua kelas mereka iaitu Amin memberi arahan.

"Assalamualaikum class"

"Waalaikumussalam"jawab semua orang di dalam kelas 4 ibnu Sina itu.

Sepanjang pengetua baru mereka itu atau lebih tepatnya suami yang halal dan sah kepada gadis  yang bernama Nur Fea Asyifa mengajar matanya banyak tertumpu pada fea.

"Now fea answer my question. Give me a sentence using past simple"

Muka Fea sudah cuak.

"She ate the cake you left" jawab Fea

"Try to make an advance sentence using past continuous"

Muka Fea sudah pucat. Bukan dia tidak pandai bahasa inggeris tapi dia agak lemah dlam grammar.

"My husband was eating when he heard people shouting 'earthquake'"laju sahaja Fea menjawab. Tapi setelah mengingat apa yang dikatakan oleh nya pipi dia bersemu. Dia menutup mulutnya kerana perkataan yang dia sebut'my husband'

Hazman yang mendengar hanya tersenyum nakal. Dia pun kembali mengajar di depan.

Habis sahaja masa pelajaran subjek bahasa inggeris itu pelajar berpusu-pusu keluar ke kantin. Sudah kebulur agaknya diorang tu.

Fea pun berjalan beriringan dengan Qaseh dan maya. Damia pula entah hilang ke mana. 'Mungkin pergi stalk crush dia atau bahasa Terengganu nya skodeng crush'. Fea hanya membiarkan sahaja Damia kerana sudah masak sangat dengan perangainya yang gatal itu.

Sampai sahaja di kantin sekolah mereka pun membeli makanan kecuali Fea kerana dia bawa bekal iaitu sandwich telur yang membuatnya hampir dibunuh oleh Hazman kerana suaminya fikir dia melarikan diri.

Masa rehat berbaki 15 minit lagi sebelum pelajaran seterusnya diteruskan. Fea melalui harinya seperti biasa.

---------------------------------------------------

Kringg!!!

Bunyi loceng yang menandakan sesi persekolahan hari ini telah berakhir menyebabkan pelajar di kelas 4 ibnu Sina itu yang pada awalnya senyap dan tenang mula berkelakuan seperti monyet yang tidak sabar untuk pulang ke rumah mereka. Fea yang melihat itu hanya menggeleng.

Heran tapi itulah kelas yang digelar sebagai the jungle class. Fea dengan santai mengemas buku-bukunya dan keluar dari kelas itu.

Sampai di depan pagar sekolah terlihat sebuah kereta BMW hitam di depannya dan orang di dalamnya tak lain dan tak bukan adalah Hazman Harrison lorenzo. Ramai gadis yang mula menjerit dan ada yang pingsan. Cuih acah acah cair lah tu.

Fea yang sudah keluar dari pagar tidak tahu harus berbuat apa. Takkanlah nak masuk kereta macam tu je.' Masak aku kalau orang tahu   hubungan aku dengan Hazman'. Fea berfikir sejenak sebelum dia melangkah pergi berjalan meninggalkan kawasan sekolah dan tidak menghiraukan Hazman.

Hazman yang melihatnya itu membiarkan dia berjalan sehingga hilan dari pandangan pelajar yang berada di pondok. Setelah itu dia membawa keretanya ke arah Fea. Dia menapak keluar dari kereta dan langsung meluru ke arah fea dan memikulnya seperti guni beras.

"Eh lepaslah" Fea meronta-ronta. Wajahnya tidak keruan takut kalau dilihat orang-orang.

Hazman tidak merespon. Fea tahu yang Hazman tengah bengang sekarang ni. Hazman tidak menghiraukan Fea yang meronta ronta dari tadi. Sampai sahaja di kereta dia membuka pintu tempat duduk belakang dan mencampakkan Fea ke dalam perut kereta dengan kasar dan menyebabkan kepala Fea terhantuk. Hazman terus masuk dalam kereta dan memecut laju balik ke rumah.

--------------------------------------------------------

Sepanjang perjalanan Hazman hanya diam membatu mukanya dapat menggambarkan betapa marahnya dia. Fea yang takut hanya diam tapi tiba tiba ada cairan warna merah jatuh dari kepalanya. Fea meringis . Dia baru perasan dahi dia berdarah kerana terhantuk. Kepala dia rasa seakan akan berputar sebelum gelap menyapa.

Hazman yang  sedang memandu tidak sedar akan kindisi Fea. Dia terus memandu ke rumah .

Setelah sampai di rumah agam itu dia pun berjalan keluar tanpa menoleh kerana masih marah dengan Fea. Tapi dia berasa pelik kenapa Fea atidak keluar. Dia menoleh ke arah keretanya tapi tinted tingkapnya yang gelap menyukarkan dia untuk melihat ke dalam. Dia pun membuka pintu berniat untuk melihat Fea namun pemandangan yang menyapa nya ialah Fea yang kepalanya berdarah dan badannya lemah. Hazman dengan sigap mendukung fea ala bridal style.

Dia masuk je dalam bilik mereka,membersihkan luka Fea,dan menukar baju Fea. Sepanjang menukar baju Fea, Hazman cuma mampu menutup mata takut tergoda.  Setelah selesai dia pun menyelimuti badan Fea dan berganjak keluar dari bilik itu.

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now