Bab 11

41 4 0
                                    

Fea turun ke bawah untuk membuat kopi yang bakal menemaninya di meja makan. Sesampainya di dapur,semua mata tertuju ke arahnya dengan muka kesian.

"Kenapa guys" Fea menunjukkan senyum.

Andre menapak kearahnya dan angkat tangan ingin mengelus kepalanya namun Fea reflek melindungi diri. Dengan itu makin mereka kesian dengan Fea.

"Adik mintak maaf tengking akak pagi tadi." Andre meminta maaf dengan muka kesian. Suaranya lembut sahaja. Dia memperbahasakan diri sebagai 'adik' sebab walau macam manapun dia masih adik ipar kepada Fea.

"Eh tak-takpe akak dah maafkan." Terus Fea cepat-cepat buat air dan keluar dari dapur.

'apa pasal dengan diorang tu?'

-----------------------------------------------------------

Petang itu semua adik beradik Hazman sudah pulang ke rumah masing-masing. Mereka mempunyai rumah sendiri di Malaysia walaupun mereka selalu berada di UK. Mereka tetap akan balik ke Malaysia.

Fea sedang memasak cucur jagung untuk minum petang . Tiba-tiba dia merasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dia pun memusingkan badannya untuk menatap wajah sang empunya badan.

"Abang buat apa kat sini? Duduklah dulu. Sikit lagi nak siap"

"Abang rindu sayang." Jawab Hazman manja. Entah kenapa harini rasa ingin berkepit sahaja dengan Fea.

"Lah, rindu? Kita duduk serumah je abang" bagai tidak percaya dengan kata-kata Hazman.

Tiba-tiba....

"HANGIT!!!! Ni semua abang punya pasal. Orang tengan masak janganlah kacau"bebel Fea sambil tangannya dengan sigap mengangkat cucur jagung itu.

-----------------------------------------------------------
Keesokan paginya Fea terbangun dari tidurnya apabila merasa dirinya ingin muntah. Dia berlari ke tandas. Hazman terbangun kerana mendengar bunyi orang muntah di bilik air. Dia segera berganjak dari atas katil ke dalam bilik mandi. Pandangannya jatuh pada Fea yang sudah terkulai lemas selepas memuntahkan isi perut.

"Sayang ok tak ni?"tanya Hazman dengan cemas.

"Hmm"hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Kita pergi hospital"belum sempat Fea menolak,tubuh Fea sudah dicempung dan Hazman terus masuk ke dalam perut kereta.

-----------------------------------------------------------

"Tahniah, Encik Hazman bakal menjadi ayah."ujar Dzakwan dengan teruja. Tak lama lagi dia juga bakal menjadi bapa saudara.

"A-aku mengandung? But how?" Tanya Hazman dengan muka blur.

"Bukan kau lah bongok, tapi bini kau. Aku tak tahu lah level bengap kau ni dah setara mana" ujar doktor Dzakwan a.k.a abang Hazman separuh menyindir. Bukan separuh actually.

"Ooo cakap lah awal-awal." Hazman melirik Fea yang tertidur di katil. Kesian pulak tengok isterinya yang pucat itu.

"Don't worry,dia akan baik-baik sahaja. Takkan lah King boleh jadi cair macam ni."

"Diam lah bodoh. Kalau orang dengar macam mana? Bini aku pun ada kat dalam ni." Marah Hazman.

Fea sebenarnya sedar dengan apa yang berlaku dan dengar segala butir percakapan mereka hanya sahaja dia tidak mempunyai kudrat untuk membuka mata.

' king?' macam pernah dengar. Tapi kat mana?
-----------------------------------------------------------

Fea terbangun di atas katil biliknya. Dia melihat sekeliling.... Hazman mana? Entah kenapa matanya mula berair.

"Hiks...  A-abang.... Hiks. Abang mana?" Dia bangun dan keluar dari bilik dengan tangisan seraya memanggil Hazman.

Sampai sahaja di dapur dia melihat Hazman sedang memasak. Hazman yang merasa diperhatikan dan terdengar bunyi tangisan langsung memusingkan badannya kebelakang untuk mencari punca suara. Dia melihat Fea yang sedang menangis. Dia langsung menerpa ke arah Fea dan memeluknya.

"Kenapa ni sayang?hm?"lembut shaja suaranya.

"Kenapa abang.....hiks....tinggal sayang?"

"Tak. Abang tak tinggal pun,abang turun masak je. kesian sayang sakit." Pujuk Hazman, dia ingin meredakan tangis Fea

"Abang masak ...apa?"tanya Fea dengan saki baki air mata.

"Abang masak....um...telur goreng. Tapi nasi nak tanak macam mana eh?"tanya Hazman. Hilang kemachoannya , tapi walau macam mana pun kena turunkan ego untuk isteri tersayang..

"Hahaha abang tak pandai masak nasi?" Tanya Fea dengan tawa

"Abang ni dulu duduk UK. Orang UK bukan selalu makan nasi. Abang pandai je kalau masak western but kalau makanan melayu, memang fail."ujar Hazman lagi untuk memberi sedikit pembelaan kepada diri sendiri.

"Nasi kita kena cuci tiga kali"

"Guna sabun tak?"

"Ya Allah abang ni, tak payah"

"Hehe, lepastu?"

"Isi air. Celup jadi abang berhenti betul-betul atas beras and tengok cukup tak satu ruas jari. Or kalau nak senang , abang sukat ikut kalau satu mangkuk beras, buat lah dua mangkuk air. Ha macam tu." Dengan sabar Fea mengajar Hazman.

"Oo ok tq sayang. Pergi lah duduk dulu. Nanti abang panggil kalau dah siap." Suruh Hazman.

"Hiks... abang..." Fea menangis kembali.

"Ke-kenapa? Kenapa nangis?" Tanya Hazman, seingatnya dia tak ada pulak bercakap kasar dengan Fea.

"Sorry...but i want spaghetti Bolognese...hiks sorry... I'm a burden doesn't I? Hiks"

"Eh mana ada. It's ok i will make it for you. Anything for my sweet little angle " Hazman mengucup ubun-ubun Fea dan mencium bibirnya sekilas.

-----------------------------------------------------------

My Mafia Principal is My Lovely HusbandWhere stories live. Discover now